-Lifestyle-Food-Travel-

LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL

LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL

LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Satu acara larian untuk menyokong para warga pembelajaran kurang upaya akan diadakan pada 16 Jun 2019 ini di Central Park Bandar Utama.

Dianjurkan oleh Dignity & Services iaitu sebuah organisasi kebajikan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong orang dewasa dengan ketidakupayaan belajar, acara larian ini bertemakan ‘Everyone Can Run’ (Semua Orang Boleh Lari) dengan tiga kategori iaitu jarak 2km (kategori baru tahun ini), 5km dan 10km.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Umur dan kekurangan upaya bukan masalah, sesiapa pun boleh mengambil bahagian!

"Kami mahu memastikan tiada peserta yang diabaikan. Jadi itulah sebabnya kami memperkenalkan kategori larian 2km tahun ini, " jelas Pengarah Eksekutif D&S, Helen Teh.

Dengan Pusat Beli-belah 1Utama sebagai penaja lokasi untuk tahun keempat berturut-turut, larian ini bertujuan mendekatkan masyarakat bersama-sama dalam suasana keseronokan sambil menarik perhatian kepada pembelajaran untuk warga yang kurang upaya.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Peserta-peserta ‘Everyone Can Run’ tahun lalu.

"Acara larian ini juga merupakan satu perayaan penyertaan," kata Pengerusi D&S, Josh Green.

Sebagai satu acara untuk oleh para keluarga dan warga orang kurang upaya,  D&S berharap dapat menarik lebih banyak keluarga dan pelari untuk berteman bersama peserta dengan cabaran fizikal dan pembelajaran untuk acara tahun ini. Lebih 800 peserta mengambil bahagian tahun lepas.

D&S berharap dapat mengumpul dana RM150,000 untuk membiayai dua projek yang sedang dilangsungkan iaitu:
*  Program Sokongan Hidup di mana ahli mempelajari kemahiran membantu diri; dan
* Bakeri Bermaruah (‘Bake With Dignity’), inisiatif pekerjaan terlindung yang membolehkan ahli bekerja dan mendapatkan wang.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Josh Green, Pengerusi Dignity & Services sedang menyampaikan ucapannya tentang acara ‘Everyone Can Run 2019’.

"Saya percaya sasaran dana itu dapat dipenuhi dengan pemahaman yang lebih mendalam daripada orang ramai. Kami bertujuan menambahkan projek-projek ini untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang dewasa yang kurang upaya pembelajaran, " tambah Green.

Selain 1Utama, penaja lain untuk acara larian ini ialah Navis Capital, RaceXAsia, Boh Plantatation, Southern Rock Seafood, Shucked, SL Parameter, AmBank dan Integrated Public Relations sebagai rakan perhubungan acara.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
 Josh Green, Pengerusi Dignity & Services (kanan) bersama ahli-ahli Bake with Dignity menerima sumbangan daripada wakil BOH Plantation Jenny Ngo, Eksekutif Pemasaran (kiri).

LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Josh Green, Pengerusi Dignity & Services (kanan) bersama ahli-ahli Bake with Dignity menerima sumbangan daripada Ow Xin Dee, Pengurus Operasi Portfolio Navis Capital (kiri).

Terdapat hadiah untuk dimenangi bagi setiap kategori termasuk segmen para pelari kreatif berpeluang merebut anugerah pertandingan Pakaian Terbaik.

Menurut Teh, lebih dari 30 anggota pengakap dan sukarelawan akan bertugas sebagai marshal laluan untuk menyelaraskan lalu lintas jalan dengan polis trafik untuk memastikan keselamatan acara larian ini.

Sila layari laman web D & S di www.dignityandservices.org untuk mendaftar secara dalam talian dengan acara larian Everyone Can Run 2019.  Sesiapa yang berminat digalakkan untuk mengambil kesempatan berdaftar awal dengan yuran serendah RM18 seorang.

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)