Release Stress

Hi. Macam mana korang legakan stress menggunung yang disimpan berhari-hari? 
Berminggu-minggu?
Bahkan ada yang sampai berbulan-bulan?

Orang kata perempuan ni, benda yang sekecil-kecil dan seringkas-ringkas benda pun, bila buat terlalu fokus mesti ada yang tak puas hati. Ada je benda yang tak lengkap. Entah. Aku lah tu orangnya. Haha.

Ada sekali tahun lepas rasanya, aku dah sampai tahap super stress sebab kawan membawang cuti bersalin. 

YES!! KAWAN MEMBAWANG TAKDE PUN BOLEH BAWA STRESS UOLLS!

Orang laki dengar buat cebek mulut je tau! Mende kecik jelah weh. 

Hahaha, tapi itulah realiti sebab bila kita suka bercerita (bukan membawang in realiti tau!) dan gaya kita bercerita seolah-olah Cik Gayah kat pasar tengah pilih ikan sambil sinsing lengan baju, hah, bayangkan bisingnya!

Tiba-tiba Cik Gayah dah tak datang pasar. Lepas tu kerja melambak.
Ikan yang dalam akuarium pun boleh sedih tau!

Aku pula sejenis suka bercakap dengan orang yang boleh bagi respons. Kalau aku bercakap kau macam tunggul, errrr esok lusa aku tak jadi Cik Gayah dah.

Bila dah super stress, aku cenderung untuk buat kerja BODOH. Salah satu kerja bodoh itu adalah call dan bercakap dengan orang yang tak dikenali. 

Tak lega pun perasaan tu. Tapi it cool me down a bit.

Tapi kemudian aku sedar.
Benda bodoh bukan boleh bawa aku ke mana, ye tak? 

Jadi aku perlu fikirkan solution lain.

Bila ada rasa penat otak sikit (penat otak bukan disebabkan stress, selalunya kita penat kerja office sebab duduk menghadap pc berjam-jam atau menghadap jem hari-hari pergi dan balik kerja), aku akan berhenti sejenak dan keluar cuci mata. 

Yes, sejenak je.
Tak percaya?

Ini 2 minggu lepas rasanya, aku keluar office terlambat sikit je dalam 5.10 petang tapi jem jalan ya Rabbi, siput lagi laju dari engkaulah jawabnya! Dari office aku di Taman Medan nak balik Beranang, lalu Balakong sebab nak singgah Aeon. Maghrib baru sampai sini. 

Masa ini pula kami tengah sibuk prepare untuk akreditasi, hm. Harus feeling a bit stress tak? Hehe.

Jadi sebelum ko buat kerja gila entah apa lagi (dulu zaman sekolah aku lagi gila baling meja), lebih baik aku berhenti dan cuci mata sambil tabur duit. Orang kata shopping dapat legakan stress, ye ke uols?

Jadi aku pun ambil pendekatan itu, kita shoppinglah! 
Aeon je pun bang. Toksah nak cebek sangat okay!

Tabur duit dekat makanan. Dan yang penting tak mahal mana pun. Novel dan sushi adalah perkara wajib dan semua ni bukan makan modal besar pun.

Buat yang takut sangat nak belanjakan duit untuk perempuan ni, alah kita perempuan ni bukan mengadap sangat benda mahal. Bagi Aiskrim Unicorn Wall's pun dah cukuplah. Sekali sekala bawak jalan-jalan Lake Garden pun boleh.

So kalau dah nampak ada tanda-tanda penat minda, please release dengan cara yang kauorang rasa selesa. Buat sekali-sekala, macam aku sebulan sekali ajelah mampu buat macam tu.

Tapi kalau asyik-asyik rasa stress, seminggu 3 kali asyik nak membawa shopping, aih itu bukan stress, itu nak kumpul harta! Ekekekekekeke.


P/s: Ada kajian mengatakan orang yang kerja jauh dan menempuh jem setiap hari cenderung untuk meninggal awal. 


Post a Comment

12 Comments

  1. perkara biasa stress...

    stress adalah teman paling akrab kepada manusia akhir zaman..

    kalau nak release stress pergilah melancong hahahaha

    ReplyDelete
  2. dapat jejak kaki kat shopping mall tanpa beli apa2 pun dah ckp puas hati. tp org pompuan ni kalau x beli tak boleh. nnt blk asyik teringat2 menyesal kenapa tak beli walaupun getah rambut satu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. So trueeee, haha 😂. Itu sebab kena beli jugak sesuatu, even murah. Haha.

      Delete
  3. jangan stress stress.. hehehe

    ReplyDelete
  4. usually pergi makan and have me time. jangan kaco kalo time me time tu..
    memang nak duduk sendiri2..

    ReplyDelete
  5. aku kalau stress pergi lepak coffee house, layan coffee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepak coffee house pun ok. No problem. As long as itu cara kita release stress 😉

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)