Saturday, February 9, 2019

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang


Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang | Aku sebenarnya baru pertama kali dengar pasal Terapi Nanotron ni. Itu pun sebab makcik aku ajak mak join terapi ni dan mak aku ajak aku ikut sekali. Aku pertama kali dengar Nanotron? Adik beradik Megatron?

Pusat Terapi Nanotron yang aku pergi ni di Beranang. Bersebelahan dengan Kedai Kek Flourlush & Restoran RH. Mak dan abah dah beberapa kali join. Cop dalam buku pun dah panjang. Aku? Baru pertama kali join hari Rabu lepas.

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
"Senyum mak Ira nak ambik gambar" 😎

Masa ni warm-up pun belum. Tengah panggil nama pada kad. 

Banyak juga kerusi dalam ni. Sekali masuk boleh 60 orang. Sekali sesi kalau dah penuh kena tunggu sesi lain pula.

Oh ya, datang sini ada kad. Ala-ala kad rawatan yang ada rekod kehadiran. Setiap kali hadir dapat point. Point tu nanti kumpul, untung-untung menang motor hadiah.


Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
Tunggu Dr Mohd Rasyid bagi talk. Sambil duduk atas kerusi panas, sambil tu dengar talk. Sebelum tu ada senaman regangan sikit. 

Topik hari tu kenapa selalu mengantuk di siang hari. Quite interesting topic. Bila aku dengar, tengok ciri-ciri mengantuk siang hari, ada sikit setepek kena batang hidung, hehe.

Oh ya. Kat Nanotron ni senang je. Pilih kerusi, duduk. Once duduk tu terus ada rasa panas-panas kat belakang badan sampai punggung.

Mula-mula duduk ehhhh, panas gila pulak. Tak senang duduk aku. 

Rupanya kan suhu dia boleh laras. Kahkah. Suhu sesuai untuk dewasa antara 50 - 70. Aku rasa 54 pun panas dah. Yang tune 70 memang kulit hebat!!


Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
Depan tu hadiah yang aku cakap tadi. 

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
Syarat utama mesti 30 tahun ke atas. Syarat lain antaranya kanak-kanak, ibu mengandung dan orang ada penyakit kulit tak dibenarkan. 

Balik dari terapi ni best juga rasa badan. Asyik sendawa dan banyak keluar peluh. Ala-ala bertungku jugak effect dia.

Oleh sebab FREE, syok jugak kalau dapat pegi hari-hari. Tapi kerja kan, hari Sabtu aje lah masa yang ada.

Makcik aku pun ada jugak buat benda macam ni, tapi dia baring atas katil. Efek mungkin sama, tapi kalau dapat kat aku katil tu, maunya tidur 5 jam! Kahkah.

WAKTU OPERASI PUSAT TERAPI NANOTRON

Isnin - Jumaat (9.00 pg - 9.00 mlm)
Pagi (2 sesi) : 9.00 & 10.45 pg
Petang (2 sesi) : 2.45 & 4.00 ptg

Kemaskini terbaru:
Pusat Terapi Nanotron telah menamatkan perkhidmatan di Beranang dan membuka pusat terapi di cawangan lain.

20 comments:

  1. kalaulah percuma terfikir juga saya bagaimana mereka dapat biaya untuk urusan pentadbiran

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu pasal ni... sebelum ni yang pernah dengar sonotron je.. hehe

    ReplyDelete
  3. terbaek.. kalau kat sini ada ceragem..

    ReplyDelete
  4. ini first time dengar yang Nanotron. before this dengar yang katil panas tu.. dia urut2 siap belakang. tu free jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katil panas-panas tu ceragem kut? Hehe. Tapi sama je fungsi dia.

      Delete
  5. first time juga kenal tentang nanotron..sebelum ni kenal sonotron ja.. hehe

    ReplyDelete
  6. Rawatan dia khusus untuk apa tu? Untuk kaki ada tak?

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  7. saya Keling Langit bekerja sebagai Teknisi sekaligus Blogger tempat yang sangat bagus sekali

    pasti murah murah ya di sana, tempatnya bagus

    ijin share lewat blog saya Cerita Dan Biografi Mudah2an bermanfaat

    Terimakasih Admin

    ReplyDelete
  8. belum pernah dengar pun, oklah bagus ceritanya,hehe! mampir juga y!

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (98) Lifestyle (80) Personal (58) Resepi (34) Tips blogging (38) travel (49)