Tuesday, January 1, 2019

Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Cleanser & Serum Dalam 1 Botol

January 01, 2019
Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Cleanser & Serum Dalam 1 Botol | Siapa yang tak suka jika ada yang boleh memudahkan kerja nak jaga kecantikan kan? Pencuci muka dan serum dalam 1 botol? Sambil mencuci muka untuk menghilangkan mekap dan kekotoran, kulit muka juga akan kekal segar dan terhidrat umpama disapu serum! 2 dalam 1 kebaikan.

Itulah yang menarik mengenai Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini!

ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Cleanser & Serum Dalam 1 Botol

Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini ada kandungan mint yang beri kesan segar di muka. Sensasi serum yang terkandung didalamnya memang tak mengeringkan kulit (tested and proven! Hoho) dan dapat membantu mengecilkan liang pori.

Ia juga pH balancing dan sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.

Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Cleanser & Serum Dalam 1 Botol

Macam mana cara nak guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni? 

Sebagai Penanggal Mekap a.k.a Makeup Remover
1 - Tuang Althea Pore Purifying Serum Cleanser secukupnya ke tapak tangan
2 - Sapukan ke muka dan urut lembut dalam gerakan membulat (untuk buang mekap, habuk dan kekotoran di liang pori)
3 - Bilas dengan air.

Sebagai Pencuci Muka
1 - Basahkan muka dan letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser secukup ke tapak tangan
2 - Sapukan ke muka dan urut lembut dalam gerakan membulat selama 5 - 10 saat
3 - Cuci bersih

Senang saja kan?

Yang bestnya aku gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser untuk double-cleansing. Round pertama dengan Althea, second round baru cuci muka dengan pencuci muka berasaskan susu.


Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Cleanser & Serum Dalam 1 Botol

Botol pun comel senang nak bawa ke mana saja. Setakat ini aku bertukar-tukar guna sebagai Penanggal Mekap mahupun Pencuci Muka, Alhamdulillah serasi di kulit aku. Tak rasa kulit gatal atau keluar merah-merah. Setakat mekap yang aku pakai ke pejabat (cc cream, compact powder, eye liner) memang boleh hilang. 

Boleh dapatkan di https://my.althea.kr/ dengan harga hanya RM33.

Untuk maklumat lanjut & pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea Korea
Instagram : @altheakorea


#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (98) Lifestyle (80) Personal (58) Resepi (34) Tips blogging (38) travel (49)