-Lifestyle-Food-Travel-

Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling | Aku dah kehilangan sebilangan besar gambar-gambar yang tersimpan dalam handphone. Sebabnya? Handphone rosak jatuh dalam bas masa ke Hatyai baru-baru ni. Adeh. Sedih sangat sebab kebanyakkan gambar travel semua aku tak habis transfer ke dalam hard drive lagi. 

Ada beberapa je gambar yang boleh dijadikan cerita, rezeki sebab tersimpan dalam Google Photo, tapi masih lagi rasa ralat ๐Ÿ˜ญ

Pengajaran sungguh kali ini untuk cepat simpan gambar dalam drive. Beli handphone baru, tengah godek-godek ternampak backup drive & clone phone. Okeh, lepas ni semua kena masuk backup drive supaya kalau jadi lagi benda macam ni, aku boleh dapat semula fail-fail dalam tu.

TEN YEARS RESTAURANT @SRI PETALING

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Sebenarnya kami dah beberapa kali juga ke Ten Years Restaurant ni. Paling dekat dalam Sunway Pyramid. Jauh sikit dari office ke Sri Petaling. Kadang-kadang saja nak jalan jauh, so kita ke Sri Petaling aje lah ye? Hehe.

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Ten Years Restaurant claim Top Rated Malaysian Food. Eh, iye ke? Haha.

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling
Kalau pergi outlet Sunway Pyramid, biasa-biasa je deco dia. Tapi yang outlet Sri Petaling, deco dia comel dan classy! Gambar tahun 2016 uols. Sekarang entah macam mana dah deco dalam dia. Sebab datang sekali yang mula-mula je beria ambik gambar deco. Masuk kali kedua kita ambik gambar makanan je. Kali ketiga dan seterusnya....... Makanan aje lah.

Yang menarik mengenai menu-menu yang ada di Ten Years, ada antaranya resepi turun-temurun yang terkenal di sesebuah negeri. Contohnya macam yang aku order King Char Kuey Teow kat bawah ni. Dah 60 tahun legasi katanya.

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling
Tiger Char Kuey Teow. Best in Penang katanya.
Makan dengan sambal dia sedap! Biasa aku makan char kuey tiaw basah ada kuah. Tapi mungkin juga original char kuey teow kering macam ni ye?

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling
Air aku juga. 
Lemon madu. Sedap, tapi over letak madu. Manis berdenting!

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling
Asam Laksa.
Kat tekak aku rasa kureng.

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling
Datang kali entah ke berapa, aku order roasted honey chicken rice, rasanya?

Nasi ayam chinese style ni memang favourite aku. Dulu masa kat Tawau, semua nasi ayam dia baik restoran atau warung, style macam ni. Nasi Ayam Sabah katanya. Ada cili, kicap dan paling penting, ada bawang putih.

First time aku makan nasi ayam sabah, aku pelik kenapa ada sebalang bawang putih atas meja? Cili pun sebalang, gila betul ada ke makan cili banyak macam ni. 

Lepas tu kawan aku yang ajar cara makan. Bawang putih campur dengan cili, pehhhhhhh. Nikmat dunia okay makan nasi ayam ni. Itu yang bila jumpa nasi ayam kat Ten Years, ada garlic, ya ampun. Laju-laju terus order tak pandang menu lain dah.

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling
Bandung cincau.
Not my fav, tapi review kata sedap. So apa lagi kalau malas nak beli sirap buat bandung sendiri, silakan ke kedai.

Review Top Rated Malaysian Cuisine - Authentic Malaysian Food @Ten Years Restaurant Sri Petaling

Yang kami terjah ni Ten Years Restaurant @Sri Petaling
Alamat:
No. 1, Jalan Radin Bagus 6, Bandar Baru Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur.
Whatsapp:
010-9668862


6 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)