Althea Korea Milk Peel Cream Mask! Best Sebab Ada Protein Susu!

Review Althea Korea Milk Peel Cream Mask | Dah baca blogpost Althea Korea Petal Velvet Sunaway, sunblock dengan SPF50++ yang best di kulit tu? Sebab kali ini nak share something best from Althea Korea lagi, Althea Korea Milk Peel Cream Mask.

Review Althea Korea Milk Peel Cream Mask

Review Althea Korea Milk Peel Cream Mask

Apa yang menarik mengenai MILK PEEL CREAM MASK ini?

KANDUNGAN
Protein Susu - Memberi kelembapan dan menguatkan kulit
AHA & BHA - Pengelupas kulit mati secara lembut untuk kulit yang lebih licin
Kaolin - Detoks dan efektif menarik kekotoran keluar dari liang pori

Bercakap mengenai mask /  masker, aku ada a lot of choices of mask kat rumah. Sebut je, clay mask, peel off mask semua ada, courtesy of 4 orang wanita 1 rumah, hehe. Tapi bila Althea Milk Peel Cream Mask ni ada, temptation untuk cuba new kind of mask jadi memuncak. Lagi satu sebab kandungan utama dia ada AHA & BHA dan juga protein susu. Aku addicted (super addicted actually) dengan protein susu. Pencuci muka aku dari susu kambing okeh! Cuma cream bath dari susu aku tak jumpa lagi yang best. Yang itu hold dulu.

Review Althea Korea Milk Peel Cream Mask

Cara pakai Althea Milk Peel Cream Mask senang je uols.

Mula-mula sekali, basahkan muka, picit botol mask dan sapu clay mask di muka, urut dengan gerakan membulat sehingga menjadi buih pekat. Kemudian biarkan sehingga 30 - 60 saat sebelum bersihkan muka dengan air. Senang sangat. Jimat masa lagi.

Sesuatu yang baru pada aku, dari clay mask bila kita urut-urut muka tu, clay mask bertukar kepada buih pekat ala-ala whipped cream gitu! Bila dah bertukar kepada whipped cream tu, memang muka rasa berdenyut sikit, tegang tetapi selepas dibersihkan dengan air, serius rasa tak kering. 

In fact, kulit lebih lembut dan hydrate (ada kandungan protein susu tadi kan). Syok ah Althea ni bagi barang asyik yang buat kulit lembut jek. Rasa addicted dengan barang Korea, hehe. 

Review Althea Korea Milk Peel Cream Mask

Siapa yang sesuai pakai Althea Korea Milk Peel Cream Mask?

- Kulit jenis kombinasi
- Pori besar
- Kulit kasar & kulit sensitif 
- Kulit kering

Tetapi adakah orang kulit berminyak tak boleh pakai / tak sesuai pakai Althea Milk Peel Cream Mask ini? Jawapannya boleh je pakai. Aku living proof yang tested, memang just nice je dia kawal pengeluaran minyak di muka selepas cuci. Pengelupasan lembut dari AHA & BHA bagus sebenarnya untuk semua jenis kulit. 

Review Althea Korea Milk Peel Cream Mask

Saiz comel memang sesuai bawak berjalan.

Nak cuba mask ni, sekarang ada FREE SHIPPING directly from Korea. Gunakan kod PBSHIP sebelum bayar & juga ada beberapa coupon code yang boleh digunakan di laman Althea Korea.


Post a Comment

9 Comments

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)