-Lifestyle-Food-Travel-

Jom Jalan-Jalan Cari Makan | iCompEx 2018 Jitra

Jom Jalan-Jalan Cari Makan | iCompEx 2018 Jitra | Cerita bulan 3 hari tu sebenarnya. Asyik terlupa je nak cerita. iCompEx ni event institusi pengajian TVET untuk bentang kertas penyelidikan dan produk inovasi. Pertama kali join tahun ini, aku ingat penyertaan hanya dari kolej komuniti dan politeknik, rupanya tak. Banyak agensi awam dan sekolah yang join, kira event besarlah jugak.

Aku dengan kawan aku, kami 3 orang bertolak dari KL pagi-pagi buta hari pertama pertandingan. Kalau nak diikutkan, pendaftaran sehari sebelumnya, tapi membazir masa pula rasanya duduk tempat orang lama-lama, haha. Lagipun kawan aku risau nak tinggalkan anak diorang lama-lama. 

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah

Shell Sungai 2, Nibong Tebal Penang
Shell Sungai 2, Nibong Tebal Penang.
Tak ingat ini berhenti kali ke berapa. Berhenti sebab nak cari toilet dan cari benda nak buat kunyah-kunyah. Best berhenti kat sini sebab ada Costa Coffe. Lepas tu luar dia cantikkkkkk. Ala-ala oversea gitu, hehe.

Shell Sungai 2, Nibong Tebal Penang
Nah close-up.

iCompEx 2018 Dewan Wawasan Jitra Kedah
Ni je satu-satunya gambar yang ada bukti datang iCompEx 2018. Yang lelaki tu Dr Person-In-Charge untuk pembentangan paper. Senang deal dengan Dr ni sebab kita call / whatsapp berbalas. Banyak PIC bila buat event besar, sama ada taknak bagi no. phone personal atau bila kita call / whatsapp tak balas. Stress agaknya ramai orang cari.

Aku maklumkan yang kami daftar pembentangan lambat pun dengan Dr ni. Sebab sepatutnya pendaftaran hari sebelumnya. So, sampai je Jitra terus register kat kaunter. Tapi awal-awal lagi dah buat scene kat kaunter tu. Goodies bag habisssss!!

Over sangat haku kan, goodies bag habis je pun. Kahkah. Student yang jaga kaunter pun dah terkulat-kulat, macam mana nak bagi goodies ni sebab memang dah habis. Pelik juga sebab katanya diorang sediakan cukup-cukup untuk peserta.

Ok apa yang ada dalam goodies bag tu?

Pas masuk dewan, tentatif, flash drive pembentangan paper, air mineral & roti. Itu je pun kan? Nothing important hidup dan mati pun. Kahkah.

Tapi bagi tetap kena bagi weh. Semua peserta bayar yuran penyertaan kut. Dan masa tu Dr ni sampai kat kaunter tanya apa masalah. Nak redakan amarah pompuan lambat dari KL ni (aku la tu sape lagi), diorang pun bagi another goodies bag yang ada semua benda kecuali flash drive. Dengan janji "nanti saya pos ye".

Bagus solution ni, aku terima. Yang penting aku dapat juga flash drive. Dah dapat beg apa lagi, meh la kita bergambar. Gambar ni sudah pastinya kami hantar kat group rasmi kerja, nak bagitahu semua orang yang kami kerja kuat. #DoneClaimKerja. :D

Homestay Jitra berdekatan Dewan Wawasan Jitra dan Politeknik Jitra Kedah
Settle presentation baru check-in homestay. Homestay dapat setelah bersusah payah cari. Hotel & sewaktu dengannya sold out!!! Adeh, jenuh call & cari, akhirnya dapat juga tempat berteduh.

Homestay ni tak jauh pun dari Dewan Wawasan Jitra. Owner cikgu sekolah, dan selain rumah ni dia ada juga rumah lain yang dibuat homestay juga. Nah sila nikmati gambar dari facebook owner.

Ada 3 bilik, 3 bilik air. 2 bilik ada aircond & 1 bilik (yang ada 2 katil single) berkipas. Dapur ada semua barang nak masak, dont worry kalau korang rajin masak. Rumah dia corner lot, memang luas habis. Kebetulan pula masa datang, pokok mangga tepi rumah tu berbuah lebat, ya ampun meleleh air liur tengok mangga orang. Cumanya masa ni Jitra musim kemarau agaknya, panas berbahang gila. Aku pergi homestay kawan aku yang lain kat taman lain pun panas gila dalam rumah. Kiranya kalau musim ni, rumah ko takde aircond memang macam sauna. Penyelesaiannya aku lepak dalam bilik je layan aircond, lalu ruang tamu kalau nak keluar je.

Lepas tu kami beli air mineral botol besar sumbat dalam peti ais. Heaven gila minum air sejuk masa ni. Haha. Dan yang lain kira just nice macam homestay lain.

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Malam makan char kuey tiaw. Tak ingat kat kawasan mana, tapi berdekatan KK Bdr Darul Aman dengan supermarket besar. Dia ada banyak gerai sepanjang jalan tu. Kami pun hentam je pilih mana-mana kedai asalkan makan.

Rasa dia biasa-biasa je. Aku pernah makan yang laaaaaagi best & sedap. Nasi goreng kawan aku pedas gila. Overall tak satisfied malam tu.

Restoran Tok Keramat Jitra Kedah
Lauk macam ni baru RM5.

Syok lahai makan kat Kedah. Murah. Area office aku, nasi dengan ikan je dah RM5. Itu pun ikan kecik. Kalau ikan keli ni, seekor tanpa nasi dah kena RM5. Belum kira sayur & lauk lain.

Kami makan kat Restoran Tok Keramat. Tagline "Paling Murah di Malaysia". Yang best air sirap free boleh refill. Puas togok air sejuk tengahari buta.

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Cuba teka border mana?

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Close-Up lagi.

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Masuk Kompleks Bebas Cukai uols.

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Yaaaa, Bukit Kayu Hitam la mana lagi. Dah alang-alang bawa kereta moh la kita lajak ke Danok kan?

Tapi........
Ada sorang tak bawak passport. Takkan nak tinggal tepi jalan je kan? Makanya tak dapeklah kami ke Danok, mampu masuk Zon Bebas Cukai je. Bagi aku tak best! Harga barang lebih kurang sama je macam harga barang bercukai. Yang ok cuma coklat aje lah. Borong coklat, jalan-jalan 1 kompleks then lepas tu balik.

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Makan meehon sup kat Pekan Changlun. Sedap.

Mutalib Roti Canai | Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Morning Malaysia!

Mutalib Roti Canai | Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Roti Pulau Gearbox satuuuuuuu!!

Gila nafsu makan pagi-pagi buta makan gearbox, haha. Ni kami singgah breakfast kat Mutalib Roti Canai. Dekat dengan IPD Kubang Pasu. 

Mutalib Roti Canai | Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Roti Pulau Kuah Dal. 
Kawan aku tak makan lembu dan keluarganya. Termasuklah kuah pun taknak.

Mutalib Roti Canai | Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Kedai ni femes sebab Roti Pulau dan gearbox dia. Roti Pulau sebab roti canai dikelilingi kuah dan atas dia ada telur mata cair.

Aku pernah makan Roti Canai Telur Goyang kat Pantai Dalam. Lebih kurang macam ni, kuah banjir tapi yang versi Pantai Dalam guna telur separuh masak 2 biji. Dua-dua sedap kat tekak aku. Tapi versi Jitra lagi syok sebab kuah kari daging dia pekat gila. Aku siap request kari kambing. Gearbox kuah asing. Laaaaagi nala sedap dia.

Mutalib Roti Canai | Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Belum makan pun pipi dah kembung. Dah makan ko jangan tengok pipi aku. Kahkah.

Oh ya, owner kedai ni ayah pelakon kanak-kanak Buntat yang dalam Drama 7 Hari Mencintaimu. Kami sampai je siap request dengan ayah dia nak bergambar dengan Buntat, haha. Ada gambar tapi handphone aku kan rosak. Semua gambar gone baby gone *nyanyi sambil pejam mata penuh penghayatan*.

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Balik dah. Menang Pingat Emas uols untuk Kategori Inovasi PdP.

Sepanjang nak keluar Kedah disambut dengan sawah padi kering. Betullah tengah musim kemarau. Tapi view cantik kan? Aku post gambar ni dalam ig kawan aku ingat aku dekat oversea. Austradah mungkin? 

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Tepi highway berderet kedai jual tembikai kuning. Murah-murah je harga dia. Sebelum beli kami request nak rasa, sekali tester dia bagi sebijik tembikai buat bekal makan dalam kereta kata dia. 

Kawan aku memang borong beli 2,3 biji sebab kat KL mahal. Aku? Cukuplah sebiji je buat cukup syarat.

Tempat makan best dan menarik di Jitra Kedah
Perhentian terakhir di RnR Sungai Perak.

Berhenti solat jamak Maghrib dan Isyak dan makan lagi! Haaa, boleh celen perut orang pergi outstation tapi bedal makan 5 kali sehari? Lauk macam ni kalau makan kat RNR faham-faham lah harga dia. Selamat tinggal RM5.

10 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)