-Lifestyle-Food-Travel-

Dirham Nubex

Beli Dirham Perak Nubex | Aku dah ada hobi baru sekarang, kumpul Dirham pulak, hehe. Sebenarnya tak pasti boleh dikatakan sebagai hobi ke tidak sebab baru je berjinak-jinak beli. Itu pun sebab mengikut kakak kat office aku yang suka kumpul gold bar. 

Sebab apa aku boleh terikut & terjebak? Satu sebab harga syiling dirham ni murah jaaaaa, hehe. Alah, setakat 1 Dirham Perak = 2.975g Perak. Berapa sangatlah kan?

BELI DIRHAM NUBEX

BELI DIRHAM NUBEX
Inilah koin Dirham yang buat aku tertarik nak beli. Dirham Koleksi Masjid, dan pada koin tersebut juga ada ukiran Masjid tersebut. Cantik kat mata aku. Koleksi Masjid ni ada 10 design. Memang cuci mata kami nak pilih. 

Tapi walaupun murah, aku beli dalam 5 design je. Kak office aku beli sampai 6 design. Bila dah sampai nampak cantik juga koleksi ni.

Oh ya, kami beli dari Nubex atau Nusantara Bullion Exchange.

NUSANTARA BULLION EXCHANGE (NUBEX)

beli emas nubex

Nubex ini seolah one-stop-centre untuk jual dan beli emas. Ada pelbagai jenis emas tinggal berani tak berani saja nak laburkan duit. Tapi macam aku, aku beli Dirham Perak saja. Sebab kebetulan Nubex menawarkan 20% diskaun hujung tahun. Kalau tiada diskaun aku tak pasti pula berapa harganya, jangan tanya aku yaaaa.

Kalau jual semula boleh untung ke?

Tak pasti sebab aku beli suka-suka nak buat koleksi. Hobilah katakan haha. Itu pun beli yang murah je. Aku pernah baca yang bila harga emas naik, harga perak juga naik, in fact perak lebih banyak perbezaan kenaikan harga berbanding emas.

Entah, aku bukan mahir sangat pun pasal pasaran barang kemas emas perak ni. Aku pun ikut orang je. Ditakdirkan kalau kemudian hari kakak office aku dah pindah tempat lain. Adakah aku akan tergoda shopping Dirham dan sewaktu dengannya lagi? 

Tentulah tak! Hahaha. Lagi mau tanya. Tapi buat masa ini best juga ada orang boleh share bercakap pasal koleksi kita. Walaupun koleksi Perak 2.975g sajaaaaaaa....

Dan rasanya tahun depan raya aku dah boleh bagi Dirham Perak ni dekat anak buah aku buat pengganti duit raya. Amacam? Bernas tak idea? Kihkihkih. Aku harap je janganlah mak pak anak buah aku ingat itu koin buat masuk mesin dobi. Hm.




No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)