-Lifestyle-Food-Travel-

MITC Hotel Ayer Keroh Melaka Ok Ke?

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka | Wah soalan bukan main. MITC Hotel Ayer Keroh Melaka ok ke tak? Biasalah soalan tanya kat Mr. Google nak tengok review ok ke tak. Aku pun dah terjebak tanya soalan yang sama setiap kali outstation.

Aku ada update dalam fb yang aku banyak check-in hotel disebabkan kerja. Kali ini sebab kursus. Yang lepas konvokesyen kolej aku share Aeton Hotel Nilai. Jadi, why not kita share terus pasal hotel tu kan? So lets check it out.

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Ada swimming pool kat luar rupanya. Serius tak keluar, padahal nampak je sign pool. 

Ciri-ciri staf  mithali memang macam ni lah kan? Kahkah. Bos hantar pi kursus, memang kursus aje lah matanya. Benda lain tak nampak dah. By the way, gambar atas ni semua dari Agoda. Gambar 'profesional' dari photographer KakSha bahagian bawah ni.

Petang lepas check-in pun dah macam rusa masuk kampung. Takde satu manusia pun yang aku kenal, entah dari poli ke kk? Aduhhh, siap doa lagi pleaselah takde roommate sebab aku sejenis tak pandai borak dengan stranger. 

Sekali memang takde roommate. 
Dan takde kawan kursus. 
Kejunglah kau mengharung 3 hari kursus.

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Wallpaper cantik gila. Aku suka wallpaper dia. 

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Cermin mekap ada 2. Senang tak payah berebut. Dalam drawer ada telekung. Arah kiblat ada kat atas siling.

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Wardrobe moden 

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Bilik aku rasa comey dah. Moden minimalis. Masuk bilik air, aik design lama? Aku syak designer room dengan bathroom lain-lain zaman. 

Tapi apadakes, asalkan hos ada, air laju. Bombastik dah rasa, haha.

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Selfie senget adalah wajib.

Kursus aku mula jam 4 petang. Mula-mula nak cari dewan pun dah tersalah masuk dewan kursus lain. Kahkah. Petanda tak baik nampaknya.

Jumpa dewan yang betul, masuk dan tarraaa, jumpa juga sorang manusia yang aku kenal. Phew lega.

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Plate dinner malam pertama.

Yang ni tak berapa menikmati makan sangat sebab aku makan sorang. Kawan aku orang Melaka, dia balik rumah dulu sebab datang hotel sehelai sepinggang dari kolej.

Kek dia out. 
Tapi kuih sedappppp. Malam pertama asam pedas ayam. Spoil sikit sebab aku terambik  ayam part daging. Nasib ikan lemon sedappp. Habis sepinggan uols. Masa terpandang ayam daging tu aku dah berzikir dalam hati.

"Tak habis la nasi macam ni"
Perasan sangat macamkan tak habis nasi boleh kurus. Padahal habis jugak bedal sepinggan. 

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Asam pedas perut ke tetel. Lupa. Maigod, kalau tak pikir orang belakang, dah lama aku sauk 1 periuk masuk pinggan aku.

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Entah lunch ke dinner hari kedua. Tak ingat pulak. Haaaa, masa ni aku marathon makan.

Yang bestnya, kuih melayu dia sedap! Kuih cara berlauk tu ulang makan mau 6 biji? Walau rupa kurang semenggah, tapi lembut sedap. Kuih lain pun ada, sedap jugak.

Kawan aku kata dia makan banyak. Aku pun angguk, ok takpe ada geng makan. Sekali ek eleh, banyak sangat makan tu, 1 piring kuih, setengah pinggan nasi.

Langsung tak boleh celen lauk pinggan aku.  Nasi sepinggan, sup semangkuk, kuih 2 kali marathon. Memang sujud tengok pinggan aku. Heh, itu pun aku rasa aku tak cukup makan lagi? Kahkah. 

Hari kedua malam takde bengkel sebab penceramah cepatkan slot ke petang. Kiranya bagi rehat kepada peserta. Petang lepas habis kursus, lif rosak hasil hujan lebat petir-memetir. Kebetulan petang tu hujan lebat gila. Aku pandang je kereta aku dari kejauhan. Aduhai, semoga ko selamatlah kereta aku parking sebelah rumah tnb.

Mendaki tangga ke tingkat 5 memang azab sangat untuk orang kurang bersukan macam aku. Sampai tingkat 3 dah separuh nafas rasanya. Ni malam ni fikir nak turun makan, naik balik ya ampun. Sesak!

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka

Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka
Tapi rugilah tinggal makanan sedap hotel okeh. Demi asam pedas, tangga 5 tingkat sanggup ku renangi.

Malam membawak ke esok hari nak checkout hotel instruct guna lif staf. Syukurlah nak memikirkan tetel yang berenang dalam perut nak naik tangga lagi, mau muntah belahak balik kat tangga. 

Overall, pada aku MITC Hotel just nice untuk vacation dengan family. Kedudukan pun strategik bersebelahan MITC Melaka. Dekat dengan main attraction dan stesen bas. Makanan boleh tahan. Kuih muih sedap (kecuali kek fail. Chef buatlah kek lain please). Ada pool dan playground dalam kolam. 

Antara lain kedudukan MITC Hotel bagi aku agak strategik sebab sangat berdekatan dengan tempat tarikan menarik di Melaka dan berdekatan pusat bandar. Lari dari kesesakan dan kesibukan bandar Melaka. Buat yang tak suka menempuh kesesakan mungkin boleh pertimbangkan menginap di sini.

Katanya nak diet, tapi aku manusia yang rapuh. Apabila disogok makanan, terus lupa diri 😪

MITC HOTEL MELAKA
Jalan Konvensyen,
75450 Ayer Keroh, Melaka
06-2331551

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)