-Lifestyle-Food-Travel-

Hotel Takde Fridge

Review Aeton Hotel Putra Nilai | Ye, cerita dimulakan dengan cerita konvokesyen kolej. Masuk ni sempatlah juga merasa 3 kali konvo sejak posting Selangor ni. Kalau tahun lepas aku berulang je dari rumah ke USIM, tahun ini punya konvo aku bermalam kat Nilai. Saja nak ubah angin padahal kat Nilai tu sekangkang kera je dari rumah. Aku tempah Aeton Hotel Bandar Baru Nilai melalui platform Agoda. Pernight baru RM80 kongsi 2 orang. Jarak lebih kurang 7km je dan paling penting. Murah! Hehe.

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Pagi-pagi dalam renyai hujan dah gerak pergi USIM. Aku gerak dari rumah, masuk LEKAS ambil masa dalam 15 minit je. Untuk orang yang setiap hari berulang-alik ke KL sejam setengah / trip, 15 minit ke tempat kerja sangat heaven!  Terasa-rasa nak pindah office, takpun tukar kerja lain. Masalah utamanya ada ke yang nak ambik aku? Kahkah.

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Katil Queen cukup untuk 2 orang bergolek.

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Rezeki dapat bilik hujung, jadi saiz bilik agak luas. Dari katil nak ke tingkap bolehlah korang bentang 2 helai toto. Aircond sejuk ya ampun! Malam tu tidur setelah naikkan suhu hingga 25 darjah. Dah serupa tak payah pakai aircond kan?

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Lemari konsep open. 

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Bilik air dia ok pada aku. Standard hotel biasa, tapi bukan standard bajet yaaaaa. Up lagi sikit.

Review Aeton Hotel Putra Nilai

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Ada marking arah kiblat.

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Selfie kepala senget is a must!

Oh ya, korang ada perasan apa-apa yang lain sikit mengenai Aeton Hotel ni? Skrol atas tengok sebelah katil ada kettle semua kan? Yang takde? Peti ais!

Aku naif sangat rasanya tak tahu ada juga hotel takde fridge. Kahkah. Serius tak perasan dalam Agoda biasa dia senaraikan apa kemudahan yang ada, bila dah masuk bilik pusing-pusing baru perasan mana fridge nak letak air sejuk ni? Kalau sebelum naik lif tu perasan lah juga ada mesin air Coway, tapi maleh acik nak naik turun ambik air sejuk malam-malam.

Cepat-cepat aku maklumkan Kak Wawa yang sedang dalam perjalanan tu, fridge takde? Member tu pulak mesti kena mengepam susu, adeh. Dah terfikir nak tumpang letak susu kat hotel orang lain. Ataupun tumpang fridge hotel? Errrr.. But then....

Saja cuba nasib call receptionist tanya pasal fridge. Mana tahu boleh upgrade bilik yang ada fridge kan? Aku tak kisah nak tambah duit. Tapi rupanya semua bilik takde fridge :D Heh, dah macam hotel bajet gila ni. Macam tak mungkin sebab hotel ni dari luar ok juga, boleh tahan senonohnya sebabkan sebelah hotel ni ada PappaRich okeh. Hidup area ni sebab ramai yang datang lunch & dinner.

Review Aeton Hotel Putra Nilai
Gambar hotel dari Agoda. Lama dah gambar ni agaknya. Bangi Kopitiam pun dah bertukar servis ke PappaRich.

Haaa, semenggah la jugak kan pada aku. Kira ok lah harga per malam yang aku dapat kat Agoda baru RM80. Selamat murah nak claim lambat lagi weh! Haha.

Lepas call receptionist, receptionist kata okeh. They will send up the fridge to our room! And tanpa tambahan kos! Rezeki KakWa sungguh la kan? 

Kalau tanya aku, if kolej aku buat konvokesyen lagi tahun hadapan kat sini, adakah aku akan pilih hotel ni lagi? Why not kan? Murah, bilik besar boleh main tenteng 10 orang. Bawak toto bentang depan tv ler apa lagi, hehe. Dan fridge available at your request. Parking pun banyak dan senang sangat dan BONUS. Dekat dengan Aeon Nilai yang akan siap tahun hadapan. 

Ya ampun, memang muka aku lah kat situ tahun depan masa malam konvo tengok movie tengah malam. Kahkah.

Arah ke Aeton Hotel Bandar Baru Nilai.

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)