Tuesday, October 2, 2018

Pengalaman Scammer Online Malaysia

Pengalaman Scammer Online Malaysia| Ok sebenarnya baru terbaca tadi kawan aku update pasal scammer, online scammer to be exact. Iye lah, kalau dulu famous dengan scammer fizikal, means macam gores dan menang, kau dah gores dan katanya dapat hadiah tapiiiiiii... kena bayar dulu baru dapat barang. Ehhhh, kejadahnya scammer tak menahan. Tapi dah nama scammer mulut manis ramai yang terpedaya.

Lepas bermacam pendedahan, now Malaysian diserang pula scammer online. Dan call.

Aku adalah juga beberapa pengalaman dengan scammer ni. Alhamdullah tahu dah Malaysian ni kreatif gila cari duit sampai tak kira dah duit halal haram. Kreatif sampai tahap semua benda boleh jadi scam. Takut!

So, here is the list..

SCAMMER SHOPEE

Pengalaman Scammer Online Malaysia | Scammer Shopee | Scammer Carousell | Scammer Phone Call
Pengalaman Scammer Online Malaysia | Scammer Shopee | Scammer Carousell | Scammer Phone Call
Nak shopping dalam shopee memang harus settlekan payment / soalan semua dalam aplikasi shopee je. Kalau dah buyer mintak whatsapp kat luar tu memang dah something fishy la kan.

Ramai yang suka shopping dalam shopee ni sebab rasa secure. Korang beli barang, selagi barang tak sampai shopee tak kan release duit kepada seller. Aku sebagai customer suka benda ni. In case barang tak sampai ke ape, payment pending.

Sebagai seller pulak, aku ok je lagi senang dengan shopee sebab tak payah layan whatsapp
 "sis, pm"
"sis ade stock lagi tak?"
"bro ada kaler lain tak?"

Eh bro pulaks, haha ðŸ˜†
Customer bayar, shopee bagi notifikasi, kita pos barang, barang sampai, payment masuk. Simple.

Ada beberapa kali juga dapat message macam dalam screenshot atas. Aku tak layan, dan tak lama lepas message macam tu masuk biasanya account diorang terus kena block. Shopee ada algorithm ke ape dapat detect cepat gila. Kadang tu aku tak sempat nak report scam tetiba dah declare scam. Bagus senang keje aku.

SCAM CAROUSELL

Kalau shopee tak galakkan customer whatsapp luar apps, berbeza dengan Carousell suka hati korang nak deal macam mana. Tu yang asyik jumpa scam.

Actually, bukanlah scam sangat. More to orang yang suka-suka nak mintak diskaun tak munasabah. Sebab dalam Carousell kita boleh buat tawar menawar sampai puas hati pihak buyer-customer lepas tu customer offer harga, kita setuju dengan harga tu. Customer buat payment dan step last bagi berapa smile untuk seller.

Aku selalu dapat buyer yang nak mintak kurang. Bayangkan harga barang aku letak RM5 (kat luar barang sama selalu RM10), tu pun nak mintak diskaun lagi. Adehhhh, untung aku dah la RM1 je weh. Jual murah sebab saja nak buat sibuk, tapi macam itulah. Diorang ni yang mahal terus bayar, yang murah sokmo lagi mintak murah. Hmm. Lepas tu ramai jugak yang sampai tahap dah bagi no.account janji nak transfer duit sampai ke sudah tak transfer. Penatlah sis melayan customer gini tau.

Smile ni pula kira benchmark seller bagus ke tak. Kalau banyak yang message tapi seller tak balas ada emoticon yang update ko active ke tak. Dalam kes aku, terus kena declare seller tidur sebab aku tak reply message potential customer. Kahkah. Malas lah weh nak balas-balas ni. Shopee gak senang.

Pengalaman Scammer Online Malaysia | Scammer Shopee | Scammer Carousell | Scammer Phone Call
Not responsive zzzzzzz. Please jangan pilih seller macam ni yaaa..

Nak tutup account Carousell sayang pulak. Takpe, nanti aku fikir nak buat ape dengan Carousell ni.

SCAMMER PHONE CALL

Aku pernah dapat phone call yang mengatakan aku ada saman tertunggak. Mula-mula je dengar suara aku dah tahu itu SCAM. Sebab ape?

Pertama, telor Indian.. Sorry ya, aku bukan racist, but kita semua tahu yang untuk agensi kerajaan semua akan guna bahasa baku, bukan yang slang pelat ni semua. Termasuklah slang Indo atau Chinese. Yang aku dapat ni slang Indian.

Dan tak mungkin suara mesin sangat pelat. Kegigihan scam ni memang aku salute. Ayat dia berulang 2 kali dalam senafas je okeh! Masa aku dengar tu, aku senyap je. Agaknya dia fedap, terus letak call. Selamat.

Mak aku pernah dapat call macam ni. Tahu melalui apa? Fixed line phone! Phone rumah kita tu. Berkali-kali jugak diorang call. Mak aku buat derk je.

Tapi bila kami adik-beradik balik kerja riuh mak bercerita. Ya Allah korang, berdebar dengar tau. Fixed line pun nak cuba. Minta-minta janganlah kena dekat mak pak kat kampung yang tak cakna isu scam ni. Anak-anak please update kat mak pak isu macam ni. Bahaya!

Aku rasa, why not share experince ni untuk orang lain supaya kita lebih alert. Please-please make sure kalau ada certain issue, bertanya dulu dengan orang lain. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati yang maha Esa :)


10 comments:

  1. pilihan di tangan kita...kalau rs was2 tu elok ignore shj pembelian tu... ada kala kita perlu ikut / dgr kata hati sblm ditimba musibah yg lbh teruk...

    ReplyDelete
  2. kalau di telefon, install apps truecaller..
    boleh detect scammer

    ReplyDelete
  3. pernah kena, kata ada hutang bank, surirumah je pun, nak mintak pinjaman bank pun susah. Camne boleh hutang. Terus letak je hp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang random call aje. Dulu ada kes insan tu dah arwah berpuluh tahun pun dikata ada hutang 😅

      Delete
  4. bagus perkongsian anda tu dan amat bermanafaat melau pembacaan saya di internet semua mangsa mengaku tidak tahu cerita pasal scamer ni dan cara mereka istilah undang undang mo(modus operandi) olih itu mari kita bersama mendesak kerajaan supaya giatkan kempen untuk rakyat memahami scamer ni sama ada melalui mass media dan lain lain kerajaan bolih hantar sms peringatan kepada pemilik hp untuk maklum mo scamer ini sebagaimana sebelum pilihanraya dulu ada terima sms dari pemimpin tertentu berkaitan kempen. kerajaan bolih arahkan masjid melalui jabatan agama diselitkan dalam khutbah jumaat berkaitan penipuan scamer ini kita berasa kesian melihat pesara yang menghabiskan masa puluhan tahun berkhidmat tetapi hanya dalam sekelip mata wang persaraan mereka lesap. harap semua bloger bekerja sama membenteras penipuan scamer ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea dan apa kata kita pembaca yg cakna isu ini juga sama-sama sebarkan untuk kebaikan bersama 😊

      Delete
  5. slalu kn smpi mls nk layan mn2 call msk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Sekarang ni unknown no memang malas nak angkat.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (8) food (98) Lifestyle (80) Personal (58) Resepi (34) Tips blogging (38) travel (49)