-Lifestyle-Food-Travel-

Kursus

Semalam masa dalam kelas ada student aku mintak ambik gambar diorang semua tengah buat tugasan berkumpulan.
Alah, tugasan kumpulan aje pun, bahan semua aku sediakan. Tinggal nak conteng kertas mahjong je.
Mengada je lebih mintak gambar, haha.

Aku ok je nak snap pic, tapi masa tu aku malas nak keluarkan hp, jadi aku kata NO. Then tiba-tiba student aku kata

"Nanti puan boleh update dalam blog"
"Dalam blog?"
"Ye, puan kan ada blog?"

Hahahahahahahahahahahahahahahaha. Korang ni kan baru je buat tahap insecurities aku mencanak naik. Sama macam kat Tawau dulu. Aku tak kisah orang lain, tapi kalau student aku yang baca, iols is kenot. 

Mungkin sebab dalam blog aku baik? Kat luar iols is singa? Kahkah.

Dah berhari-hari balik ke kerja hujan lebat gila. Semalam sempat juga merasa mini ribut melanda opis. Kat opis aku tu sepanjang pintu ada pokok. Agak lebat jugak daun tinggi dia melebihi 2 tingkat.

Jadi semalam petang sebelum pukul 5 hujan dah start menggila. Aku dengan kawan aku bizi susun dokumen bila daun dan dahan pokok sebelah cermin opis kitorang (tingkat 2) menghempas-hempas.

Gila takut weh kuat gila sebatan daun tu mau pecah cermin. Nak tunggu hujan reda, merasalah aku balik pukul 6 semalam. Hukhuk. 

Itulah, baru rasa hujan lebat sikit pun dah takut. Entah apelah nasib orang orang yang face dengan taufan, banjir, tsunami tu semua kan? Super duper takut kan? Silap hari bulan trauma sampai ke tua.

Masa aku ke Acheh bulan Mei lepas, ada wisata dia kapal atas rumah. Serius dalam ig pun tagged Kapal Atas Rumah Lampulo. Kapal tangkap ikan yang besar tu hanyut fan tersangkut atas bumbung rumah. Boleh bayangkan betapa tingginya air? 

Acheh sangat hargai tinggalan masa tsunami tu. Dan kat sana ada Muzium Tsunami. Antara yang wajib masuk, Terowong Tsunami dia. Diorang design dalam Terowong tu suasana (bunyi & hujan) seolah masa Tsunami. Tapi tak ekstrem sangatlah, sesuai untuk pelancong. 

Hari ni study PLC. Duduk depan sekali uols. Baru pertama kali duduk seat depan. Masa belajar dulu nakal sentiasa seat belakang. Haha. Dah tua-tua ni belajar benda baru memang buat iols pening kepala 😅

Dulu masa study, aku memang xde belajar PLC semua ni. Yang ada Matlab dan C++. Tu pun sepatah haram dah lupa sebab dulu ada orang yang tolong projek aku. Kahkah. Patut aku bebal programming.

Then FYP aku kena programming Matlab. Memang tertonggeng aku belajar balik sendiri-sendiri. Padan muka aku kan? Haha.

Habis kursus macam biasa KL hujan maha lebat. Aku on waze set nak balik rumah. Aku ingatkan waze bawak aku terus masuk Sungai Besi. Alih-alih tetiba aku terkeluar kat Keramat? 

Keramat ni serupa Kg. Baru jugak appearance dia kan? Kedai makan banyak! Tapi jalan alahai sempit sikit. Seram! Keluar Keramat masuk Ampang baru boleh bernafas lega.

Aku keluarkan bekal untuk jem. Kuih Koci!

Yang pasti koci ni sedap!!! Terubat craving nak beli donut viral Padang Tembak. Koci dia inti kelapa manis, yang bestnya ada santan putih luar tu. Cukup masin dia. Alaaa, sedaplah cerita kesimpulannya.

Overall, orang tua macam aku bila berkursus memang kena bagi makanan sedap. Baru dia semangat. Kalau dapat bekal balik macam ni laaaaaaagilah semangat. Eh. 

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)