-Lifestyle-Food-Travel-

Goreng Biar Garing

Hectic weeks! Dah beberapa minggu berkejar-kejar antara mesyuarat majlis konvokesyen kolej komuniti, antara kolokium penyelidikan, kelas, bengkel peperiksaan dan juga paling tak boleh elak. Cuti. Haha.

Punyalah banyak cuti peristiwa bulan ini. Gembira gila rasanya banyak cuti ni. Tapi bila kau banyak kerja bertangguh, sebab cuti agenda tergendala memang automatic cuti kurang tenteram.

Macam semalam. Pagi-pagi lagi mata aku dah terbuntang nak ajak bangun awal supaya dapat gerak awal pergi office. 

Gerak awal, tapi sampai punch card merah jugak sebab KL jem teruk angkara hujan. Ya Rabbi, bestnya la hai kalau hari ni cuti jugak! Kahkah.

Ha, sampai office mula jam 8.00 pagi sampailah 5.00 petang office aku macam dilanda garuda!

Gegak gempita sebab esok (hari ni) ada kolokium penyelidikan dan inovasi. Yang jadi gegak gempita sebab tak cukup kakitangan weh. Kami lah urusetia, ajk, runner, assistant, kami lah peserta! Kahkah gila kuasa punya pasal.

Aku pun petang sebelum tu buat aje lah mana yang sempat. Buat tu sikit, ni sikit. Pukul 5.00 sharp toing bangun dari kerusi. Lets go home!

Dah habis usaha rasanya, hari ni  memang redha dan berserah, huhu. 

 Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Negeri Selangor 2018,
Geng Merah Taman Medan
Dont play-play

 Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Negeri Selangor 2018,
Goreng sampai garing

 Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Negeri Selangor 2018,
Goreng lagi. 
Tapi kali ini student aku yang datang menanya apelah projek aku buat ni. Projek inovasi aku ada guna Arduino tapi mungkin sebab guna bahan recycle (kotak luar), dah tak tertonjol pulak Arduino tu. Aku pun lupa nak mention tu. Bila juri dah bergerak pergi meja sebelah baru ingat. Haih.

 Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Negeri Selangor 2018,
Geng-geng Kelana Jaya semua berbaju merah ala-ala nak berhimpun 4.0 weh! Kahkah. Kawan sebelah aku ni buat projek inovasi pasal aircond. Aku tak berapa tahu sangat konsep dia, tapi masa juri sampai, penerangan dia menarik perhatian sampai aku pun tertonggeng sama tengok. Aku syak dah diorang menang Inovasi Akademik ni. Entah, aku syak aje lah kan. Resultnya tak keluar lagi.

Perjalanan nak menjayakan program ni bukan calang-calang. Mungkin sebab main power kecik, seorang tu buat multiple works! Dewan ni pun satu hal. Mula-mula dah sewa dewan lain yang lebih besar. Bila dah dekat tarikh program baru tahu yang dewan tu closed sebab nak renovation. 

Lepas tu dengan LO makan supplier lambat. Macam-macam. But overall pengalaman sangat. Yang penting semua banyak belajar. 

Dan paling best. Goreng biar sampai garing tapi jangan sampai hangus! Hehe.



No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)