-Lifestyle-Food-Travel-

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang

Sempena nak pegi bengkel kerja 3 hari tu, aku plan nak publish blogpost Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang. Tapi rupanya tak terpublish, entah aku pun tak perasan. Haha. Balik ni hari ini baru ada masa mengadap blog, laaaaaa... tak publish lagi rupanya. 

Ada sekali tu, aku terbaca dalam group Semenyih, ada orang tanya apa yang best / tempat menarik kat Semenyih ni. Soalan tu bagus dah, tapi yang tukang jawabnya ramai yang merapu. Mengekek aku baca reply sorang-sorang. Haha. Hampeh betul korang buat soalan serius jadi jenaka ya.

Aku pun salah seorang manusia yang selalu google apa tempat best nak pergi kat Semenyih ni. Malas kut nak keluar jauh, so bila pemaju SP Setia & Eco World berlumba buat park best untuk  beriadah, syukurrrrlah nak ada juga ko tempat berjimba. 

ADVENTURE PARK ECO HILL 2

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Alah, Adventure Park ni sebenarnya tapak kebun getah je uols. In fact mostly projek perumahan yang naik kat Semenyih ni tapak dia kebun getah. Aku lah saksi perubahan tempat ni dari level kampung, tetiba ada highway then naik perumahan siap ada kondo dan baru ni mall baru tengah naik. Siap tahun depan kut. 

Dalam gambar tiba-tiba ada muffin sebab  brother cyclist ni lama nau duduk lepak situ. Tak dapat dielakkan kehadiran dia even angle mana pun aku ambik. Last-last nasib la dapat muffin 😂

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Peta Adventure Park. Ada 2 arah perjalanan kiri dan kanan. Aku tengok sebelah kanan tak ramai orang faktor bukit tinggi kut, so aku pun pilih naik sebelah kanan.

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Pemandangan sebenar bukit ni lagi tinggi. Kalau ko Japanese, confirm ko ikut arah anak panah. Tapi sebab aku Malaysian, suka hati aku la nak duduk lane mana 😂.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Bulatan serupa bulatan Tawau. Cukup lukis je, cyclist lalu kemain korang round bulatan ya.

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Yang best Adventure Park ni, sebab diorang dedicated beberapa trail, blue, green dan red  untuk bicycle trail. Walking Trail ada 2, Forest Trail dan Light Blue. Kod warna ko tengok pada warna di sisi jalan.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Aku ngelat ambik bicycle trail. Sampai simpang Blue Trail aku shortcut pilih Blue Trail. Dari Blue Trail mendaki ke arah atas, akan jumpa Canopy Walk.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Canopy Walk

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Lepas Canopy Walk aku masuk Forest Trail. Trail dia landai, bolehlah tahan kalau training dalam ni. Level-level aku (read: gems) 😂 pun boleh sebab aku boleh.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Penampakan cendawan Alice in Wonderland dalam hutan. Cendawan ni ada masa Eco Hill buat tema Alice kat showroom diorang tahun lepas. Sempatlah jugak bawak anak buah aku fefeling jadi rabbit dengan teko. 

Tengah berlakon spoil si Sarah berak dalam pampers. Hadeh. Haruslah mokcik menamatkan lakonan dan kembali ke sarang. Tetiba jumpa dalam hutan getah ni. Bawak pakai ape agaknya?

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Bukit Tempurung Peak.
Sampai atas nampak pemandangan kilang Beranang je, hahaha. Oklah atas ni sebab ada ni haaaa..


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Apa nama benda alah ni korang? Buaian ke? Hentamlah nama dia. Atas ni ada 4 buaian. Yang signage bulat biru tu signage untuk Forest Blue Trail. 


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Aku give-up dan malas nak ikut forest trail dah. So lepas ni aku nak turun guna Bicycle Blue Trail (Bicycle Trail semuanya jalan bertar)

Atas ni banyak nyamuk weh. Lagi satu mungkin sebab aku pakai all black. Haruslah laaagi jadi bufet ramadhan nyamuk. So kalau ada yang nak trekking dengan anak-anak, better pakai semburan anti-nyamuk. Selamat sikit.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Jumpa Playground. Kalau dari entrance naik dari arah kiri, memang akan jumpa playground ini dulu. lepas habis meronda on the way nak balik ke entrance penuh dah playground ni dengan parents dan budak-budak main. Agaknya diorang tak perasan kut, selain Adventure park ni, South Creek yang berjarak 500m dari situ ada playground yang BESAR punyaaa. Nanti kat bawah ni aku sambung cerita ya.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Dari bulatan playground, ada 5 choices trail. Aku ambik je mana trail yang belum lalu, terus menghala ke bawah bukit. Ada yang lebih menarik?


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Obstacle Run!


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Kebetulan ada group ni macam tengah coaching. Aku suspek group yang macam kurus sihat 1 Malaysia agaknya. Seronok aku jadi saksi kakak-kakak ni naik turun rail.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Nak main Flying Fox sekangkang kera pun tidak berjaya disebabkan couple ni lama nau melepak berulang kali naik Flying Fox.


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Okeh, balik lalu jalan lain menghala ke entrance. Kan tadi aku kata dari bulatan entrance, aku naik ikut sebelah kiri kan? Kalau lalu sebelah kanan akan lalu laluan ni. Terus je ke depan akan jumpa playground tadi. Jalan ni tinggi sikit, sebenarnya bawah tu ada off-road bicycle trail untuk yang sukakan cabaran sikit.. Syok aku tengok orang naik bicycle keluar masuk kebun getah semua.

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Entrance / Laluan Masuk

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Adventure Park Setia Eco Hill 2 dibuka setiap hari dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Setiap hari ada guard Eco Hill yang jaga kat bawah ni. Kebetulan aku nak balik, ada Polis Bantuan Eco Hill datang meronda. 

Lepas berpeluh sakan kat sini, aku plan nak pergi South Creek pula. Tak jauh pun, dalam 500m je simpang dia. Dari jalan besar, akan jumpa bulatan pertama. Belok ke kanan untuk ke Adventure Park atau jalan terus untuk ke South Creek. South Creek ni berdekatan dengan kawasan perumahan, tapi playground yang besar punya!

SOUTH CREEK SETIA ECO HILL 2

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Kat sini boleh sewa basikal. Kadar sewa ikut jam dan ada banyak jenis basikal. 
Ada basikal budak kecik, basikal dewasa, nak naik 2 orang. Untuk yang naik 4 orang (carriage) pun ada.

Kali pertama aku datang sorang, duit pun tak bawah sehelai sepinggang gitu. Haha, makanya tak adelah aku naik basikal. Aku cuma berjalan-jalan ronda besarnya kolam kat taman ni. Kali kedua datang aku bawak anak buah aku. Time tu diorang sewa basikal kecik.

Untuk basikal kecik, RM4/jam. Kopak omak eh bayar 2 orang budak. nasib anak buah aku dah pandai kayuh basikal. Bolehlah biar diorang berkayuh sendiri. Tinggal baby Kazim je berlari-lari sendiri nak orang kejar dia.

Ni antara harga sewaan basikal kat situ:
Basikal Kanak-Kanak : RM4/jam
Basikal Dewasa : RM10/jam
Basikal Berdua : RM20/jam
Carriage : RM40/jam

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Boleh main roller blade, takpun skating.

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Kalau Adventure park tadi tapak kebun getah, South Creek ni macam tapak paya. Kolam besar, ada ikan lagi. Jangan ada yang buat pasal mancing ikan kat sini naya je. Ada pekerja Eco Hill yang sentiasa maintain dan bagi ikan makan. 

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Playground dia itu je. Best lagi playground Eco Hill 1. Tapi sebab aims sini nak ada kepelbagaian riadah (ex: basikal, skating, main bola - ada padang kat hujung tu).

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Tengah kolam ada jambatan.

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Test style ambik gambar kononnya.

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang


Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Nak bersenam singgah sini. Kat Playgrong Eco Hill 1, yang serupa basikal kena tolak ke depan sampai kita ternaik tu dah jahanam. Mintak-mintak kat sini panjang la sikit hayat dia.

Adventure Park dan South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih Beranang
Overall, bagi aku pemaju Eco Hill ni memang pandai attract pengunjung dengan melabur bagi faciliti yang orang ramai boleh guna. Sedikit sebanyak dah bagi free advertising yang tersebar dalam media social.

Benda-benda macam ni yang bagi nilai tambah kepada kredibiliti pemaju. Aku sebagai orang awam mestilah laagi beruntung, ye tak? Lepas ni banyak dah tempat nak beriadah, nak bergembira, hehe.


No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)