SweetMuslimah.com

Tuesday, August 7, 2018

# travel

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel

Travelogue 4H3M Brunei | Day 1: Brunei Internet Visitor Plan, Bas Brunei & LeGallery Suites Hotel | Bismillah. Finally, baru ada kesempatan nak mula bercerita mengenai trip bercuti 4H3M ke Brunei bersama mak dan Eja baru-baru ini. Trip ke Serambi Mekah, Brunei ini pada awalnya aku rancang 2 orang je dengan Eja. Beli tiket awal tahun lepas masa AirAsia  promo Free Seat, dapatlah harga RM 99 untuk seorang termasuk in-flight meal. Jadi bila 2 orang je, itinerary yang aku buat dah ala-ala backpacker, padat dan tak ada ruang bernafas! ­čść

Tapi bila dah hujung-hujung menghampiri tarikh, mak kita nak ikut uols. Jadi, dari backpacker trip, terjunam jadi sukahati trip.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Boarding time 6.30 am okeh. Pagi buta abah hantar kami ke airport. Thank you abah sebab support anak dan bini dia yang nak berjalan, hehe.

KLIA2 macam biasa, ko datang pukul berapa pagi pun tetap meriah. Dulu masa pergi Aceh, tour guide mintak gambar bertiga depan Balai Berlepas. Gambar pengecaman katanya. Tapi bila pi Brunei ni, trip sendiri pun dah terikut tebiat guide Aceh. Ekeke.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
See u when I see u.

Yang tak gemar bila boarding time pagi buta ialah bila nak solat subuh. Kami masuk gate awal, duduk-duduk dulu. Memang rezeki sangat surau & toilet betul-betul depan gate. Tak payah risau kena tinggal kapal kalau surau jauh.

Sambil tunggu tu, tengok masa menghampiri subuh, berbondonglah kami anak beranak ke toilet. Sekali....... Toilet depan gate tutup untuk dicuci! Dang! Nak masuk mintak permission pun tak lepas. Ke toilet lainlah jawabnya. Takpelah. Like sort of exercise dipagi hari. Hehe. Alhamdulillah selesai solat subuh tanpa insiden berebut telekung. Dan just nice lepas habis solat, masuk gate, terus dipanggil untuk berlepas.

Brunei.... Here we come!
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Dalam flight, kami diberi kad putih seperti di atas untuk diisi. Ada 2 bahagian, Arrival dan Departure. Isi je dua-dua bahagian. Aku dengan yakin isi kat tempat Last Place of Embarkation : Aceh. I thought tempat terakhir travel? 

Bila sampai kat Kaunter Imigresen, Pegawai Imigresen double confirm. Betul ke dari Aceh sebab flight yang turun masa tu, dua-dua dari Malaysia. Royal Brunei Airline dan AirAsia. Kalau Aceh entah turun dari flight mana?

Adeh, salah translate aku ni. Malu betul salah tulis bertolak dari mana. Tebal muka. Itu sebab pentingnya English Education uols. Dan buat Malaysian yang tak pasti kita perlukan Visa atau tidak untuk masuk Brunei. Jawapannya, Malaysian tak perlu Visa untuk masuk Brunei, dan setiap kali kemasukan kita dibenarkan untuk berada di Brunei sehingga 30 hari tanpa visa.  In fact Malaysian tak perlu Visa untuk jelajah negara Asia Tenggara.

Arrival side pada kad putih tu diorang ambik. Departure side nanti bila kita keluar dari Brunei baru Immigresen collect. Jadi, jangan hilangkan kad tu. Sebab Imigresen Brunei strict!
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Dalam airport lagi. Welcome to Brunei. Tengok mak, so happy of her kan? 

Aku baca blog orang travel pasal Brunei, semuanya puji sebab penggunaan tulisan Jawi keseluruhannya. Dah macam tulisan kebangsaan tau! Aku tengok ukiran tulisan jawi dia cantik berseni sangat. Betullah tu apa yang orang puji. 

Keluar je dari Balai Ketibaan, disambut dengan this view! Cantik moden gak airport. Kecik sikit, tapi serius nampak baru. KFC dan Burger King. Jenuhlah korang eja jawi ya, haha.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
KFC dan Burger King

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites HotelBooth Progresif

 Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel

Brunei Internet Visitor Plan

Tak makan kat airport sebab dah makan dalam flight tadi. Kami teruskan misi nak cari pelan internet untuk kegunaan selama kami berada di bumi Brunei. Aku touch down je Brunei, terus cabut sim kad postpaid Maxis. Satu sebab tak ambik roaming. Mahal! Tak berbaloi ok. Dan lagi satu aku takut trauma kot tetiba dah balik Malaysia, datang bil kena bayar ribu raban. Tak sanggup mak noks. 

Dah survey dari Malaysia, ada 2 telco untuk visitor/traveller. PROGRESIF / DST. DST adalah syarikat penawar khidmat telekomunikasi terbesar di Brunei. Kawasan liputan yang meluas. Tetapi setelah ditimbang tara, kami pilih telco Progresif.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Progresif Visitor Plan tawarkan 2 plan yang sah digunakan selama seminggu.

$10 - 1GB data
$25 - Unlimited data. Boleh share seramai yang ko mahu.

Kami ambil pakej $25 = RM75 untuk 4 hari. Share 3 orang. Banyak sangat dah jimat berbanding buat roaming (pada aku lah). Internet Brunei ni, UNLIMITED dan LAJU. Puas hati streaming video malam-malam sebelum tidur.

Both branch Progresif dan DST berada di Balai Ketibaan. Jika keluar dari Balai Ketibaan, booth Progresif berada di sebelah deret kiri, sementara DST di sebelah deret kanan.

Oh ya, di Brunei tak ada Grab. Dart, sejenis seperti Grab jugak, je yang ada selain pengangkutan awam dan kereta sewa. Prebet sapu not sure ada ke tak. Tapi aku tak pernah cuba Dart sebab nak rasa naik bas Brunei. Hari kedua pula dah arrange sewa kereta dengan Malaysian yang dah bermastautin di sini.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
DST bagi data roaming.
200MB - $3 / 3 days
400MB - $5 / 6 days
1GB - $10 / 30 days
3GB - $20 / 30 days

Keluar dari terminal ketibaan, selepas Jollibee belok ke kiri untuk ke tempat menunggu bas. Semua bas dari airport akan terus ke Terminal Bas di BSB dahulu. Jadi, untuk ke hotel, kami naik bas 23 yang tiba di perhentian bas airport. Selain bas 23, boleh juga naik bas bernombor 24/34/38.

Masa tunggu tu, non-Bruneian macam kami ada 2 orang je. Sorang look Chinese, sorang lagi English. Memang stail backpacker dengan beg sandang besar. Bila bas dah sampai haha, adeh comel sangat bas.

Bas Awam Brunei

Masuk dalam bas, terus je duduk dulu sebab nanti tengah jalan baru driver bas / konduktor ambik duit. Style bas kita dulu-dulu sungguh kan? Dan tadi kan aku cakap beg besar? Kerusi dia comel weh. Aku pun duduk mengereng je sebab beg besar ­čść
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Tambang bas hanya $1 sorang nak ke Terminal Bas BSB! Murah bangat! Dan tips nak hidup aman kat sini sambil bercuti, janganlah ko convert ke duit Malaysia. Haha. Geng backpacker memang suka naik bas ni sebab murah. Tapi jangan terkejut, dalam bas mostly non-Bruneian. Driver kitorang masa bas dari airport memang orang Brunei.

Bas kedua dari terminal nak ke hotel, pemandu dan konduktor orang pakistan/bangla.  Not sure. Tapi memang diorang dah lama kerja, siap cerita raya tahun ni dapat masuk Istana Nurul Iman join sambutan hari raya. Bestnya!

Sampai Terminal BSB, haus dan lapar. Sempat lagi tu beli air mineral $1 dan puding kelapa $0.50. Sejuk sedap tekak baru boleh berfikir, nak ke LeGallery Suites Hotel macam mana.

Direction dari Tourist Information Airport kata, dari Terminal BSB kami boleh jalan kaki je ke hotel. Eh, cannot lah dah lah first time sampai, bawak mak lagi. Dengan penat lagi takkan nak bawak mak jalan kaki kan? Jalan-jalan tanya orang, oh rupanya ada je bas yang lalu berhampiran hotel.

Kami naik bas no. 1A dan berhenti di Hentian Hotel Badiah. Lepas tu jalan kaki dalam 3 minit untuk sampai ke hotel. Trick nak naik bas kat Brunei ni senang je. Dia bergerak dalam loop. Confirm akan lalu Terminal BSB. Di terminal, setiap lorong bas ada tercatat board laluan bas. Kalau tak pasti juga, tanya je orang bas. Diorang sangat membantu untuk suggest korang naik bas mana. Boleh juga download maps laluan bas ni untuk mudahkan korang.

Map Laluan Bas Awam Brunei

LEGALLERY SUITES HOTEL

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Dah sampai hotel.
LeGallery Suites Hotel.

Seperti biasa, tempah di Agoda. Tempahan 3 malam RM285.49. Hotel ini ada complimentary airport transfer tapi kena book awal. Aku terlambat nak book, bila dah berbalas-balas message dalam agoda, last message dia tak balas sebab dah malam. Esok paginya nak terbang dah. Tak dapatlah complimentary airport transfer. Nasib tambang bas murah.

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Gambar Lobby dari Agoda.

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Bilik 2831. Jom masuk. Assalamualaikum..


Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Halah, dapat pulak connecting room! Masuk-masuk je try buka pintu connecting tu, ehhhhh boleh buka pulak! Tak menahan orang sebelah ni ingat takde orang. Kami terus kunci pintu dari bilik kami. Letak beg, baringkan badan. Leganya.

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Toilet ok-ok je. 

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Perabot biasa-biasa je. Takdelah nampak baru, tapi still consider ok. Yang penting aircond sejuk gila. Okeh aku senaraikan extra marks hotel ini:
- Aircond sejuk gila
-Toilet ada hos
-TV Astro (tapi ada 5 je channel, salah satunya Astro Prima selain CNN dan sekategorinya. Memang terpaksa layan Prima je sampai muak ­čść)
-Free Parking
-Sebelah restoran best. Next entry aky cerita ya
-Dekat dengan shopping complex
-Ada fridge
-Ada complimentary untuk buat air
-Arah kiblat

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
SEMUA bangunan kibarkan bendera Brunei dan kain rentang kuning sempena nak sambut birthday Sultan pada 15 Julai nanti. Jalan kaki ke belakang hotel ini dah jumpa shopping complex. Kat situ kami ada makan ayam penyet yang SEDAP!

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel, Harga Bilik Hotel LeGallery Suites Hotel Brunei
Senarai harga walk-in. Rasanya book online lagi super duper murah.

Hotel ini sebenarnya boleh tahan jugak nak berjalan kaki ke bandar. Dalam 10 minit jalan kaki gitu, tapi sesungguhnya perjalanan tu worth sangat sebab lalu jambatan cantik dan kampung ayer yang versi belum dimodenkan. Tapi kalau nak lagi best, dan tak sewa kereta atau buat backpack style, elok cari hotel yang betul-betul kat bandar. Mudah nak naik turun bas dari terminal bas.

Okay, panjang lagi perjalanan cerita ini. Nak tahu cerita selanjutnya, kena baca next entry pulak ya.

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88


6 comments:

  1. Kak sha sambung lagi... Nak tahu itinerary ke brunei. InsyaAllah ada rezeki nk pi ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, tengah cari mood rajin ni, hehe

      Delete
  2. akan ku jejaki langkahmu... tak lama lagi... err duit brunei ada lebih x? hahahahaha

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88