-Lifestyle-Food-Travel-

Travelogue 4H3M Brunei | Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin & Tamu Gadong

Travelogue 4H3M Brunei | Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin & Tamu Gadong | Sambung cerita Travelogue 4H3m Tempat Menarik Brunei sebelum ini DISINI.  Perkara pertama yang aku buat bila masuk bilik hotel adalah check hos paip tandas! Ada hos ke tidak? Trauma betul duduk hotel takde hos macam kena di 4 star hotel Sandakan dulu.

Okeh, dah siap letak beg semua baringlah sekejap kononnya nak lepaskan penat. Jauh jalan hari ni. Dari konon nak baring 15 minit terlajak tidur sampai 2 jam! Penat punya pasal kan tak sedar diri semuanya. Bila bangun, settle solat jamak, here we go nak mula ronda Brunei.


TRAVELOGUE TEMPAT MENARIK BRUNEI

Tempat Menarik di Brunei - LeGallery Hotel & Suites
Tunggu Eja lama nau bersiap. 
Yang best LaGallery Hotel ni sebab setiap wing dia ada ruang untuk bersosial macam ni. Set of kerusi. Setiap tingkat juga disediakan bilik tv dan pantry in case nak sosial dengan penghuni hotel lain. Setakat ni yang pernah aku nampak foreigner yang suka stay dalam pantry tu bancuh air.

Tempat Menarik di Brunei - LeGallery Hotel & Suites
Nak jugak bergambar senget.

Benda pertama yang kami buat selepas keluar hotel adalah cari tempat makan! Lapar sebab last decent meal kami masa atas flight. Jadinya nak makan something yang cepat dan kenyang. Nasi semestinya.

Jadi kami bergerak ke shopping mall Plaza Abdul Razak yang terletak betul-betul belakang hotel. Dekat sini kami makan nasi ayam penyet di Waroeng Penyet. Punyalah jauh datang, makan nasi ayam penyet jugak kan? Padahal kat Malaysia pun ada! Hahaha. Nasiblah, lapar punya pasal tak sempat nak survey habis sekeliling.

WAROENG PENYET | PLAZA ABDUL RAZAK

Tempat Makan Menarik di Brunei - Waroeng Penyet Plaza Abdul Razak
Nasi ayam penyet dan ayam panggang.
Aku dengan mak ambik ayam penyet dan Eja ambik ayam panggang. Rasa dia?

Of course sama dengan Malaysia uols. Bubuk atas ayam penyet tu best gila! Krup krap krup krap je makan. Again, of course sama macam kat Malaysia kan? Haha. Sambal best, pedas berapi berasap mulut. Dalam pedas tu pun, aku habis jugak semangkuk, mintak lagi refill 2 kali. Ayam panggang tu manis, sambal pun manis sikit. Overall lagi prefer ayam penyet.

Tempat Makan Menarik di Brunei - Waroeng Penyet Plaza Abdul Razak
Pedas baru 'kick'

Dah siap makan, aku bentangkan itinerary untuk hari tu dekat mak dan Eja. Aim untuk hari pertama adalah bagi diorang rasa travel style backpacker. Bagi pencerahan sikit acaner tu style backpacker ekonomi planning sebab selama ni berjalan memang naik kereta je kan? Hahaha. Bila kata backpacker, maknanya banyak jalan kaki kan? 

Correct!!! Sebab kita nak jalan kaki dari hotel ke bandar BSB. Kalau dari LeGallery Hotel nak ke BSB senang je. Belakang hotel ada bulatan, lalu bulatan tu dan ambil lorong kecil yang menghala ke kawasan parking. Kawasan parking ni tempat penduduk Kampung Ayer park kereta diorang.


KAMPUNG AYER BRUNEI

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
On the way ke Kampung Ayer. Ini lah jalan kecik tu. Sebelah kanan ada kawasan perkuburan tapi terpisah jauh dengan sungai. Dari jauh dah boleh nampak Masjid Omar Ali Saifuddin. Belakang mak tu Jambatan Eko-Koridor yang menghubungkan Kampung Ayer dengan BSB. 

Nampak tak plastik yang Eja pegang tu? Dalam tu ada roti kacang yang sedap dan murah yang kitorang beli di stall depan Waroeng Penyet. Murah bangat weh. Sebiji baru $1.20! Yang isi kacang merah sedap gila! Makan masa panas-panas, uihhhh. Tak cukup 2 biji. Ini kira sebagai bekal perjalanan untuk petang. 

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Atas jambatan ke Kampung Ayer.

Ko tengok jambatan tu. Rasa seram tak nak lalu kalau air pasang? Hehe. Yang depan tu sekolah rendah rasanya. Memang penduduk sini kalau nak balik rumah jalan jauh jugak dari depan tu ke rumah. 

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Sepanjang lalu jambatan ni ada je orang offer bot nak ke seberang bandar BSB.

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Adik nak pergi sekolah. 
Perkampungan Ayer ni besar sangat. Bukan setakat area yang aku jalan ni, in fact sepanjang-panjang sungai. Kampung Ayer yang dah dimodenkan ada rumah batu 2 tingkat tu bukan kat area ni. Itu di perkampungan bersebelahan. Nampak je dari jambatan ni. Sepanjang jambatan ada banyak jeti, ala-ala water tol yang mewakili lorong. 

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Kampung Ayer Brunei adalah perkampungan yang dibina diatas air terbesar di dunia. Wiki yang cakaplah, tapi aku macam percaya sebab Kampung Air kat Sabah pun tak besar macam ni okeh. Serius besar, ada saja perkampungan sepanjang sungai. Kampung Ayer ni ada sekolah sendiri, masjid, balai bomba pun ada. Lengkap macam di darat.

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Kampung Ayer moden next entry aku cerita ya sebab kami pergi hari berikutnya. Now lepas settle meronda, kami patah semula ke Jambatan Eko-Koridor untuk ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.

JAMBATAN EKO-KORIDOR

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Jambatan Eko-Koridor ni baru je dirasmikan. Tak silap aku tahun 2017. Atas ni selain view Kampung Ayer yang lawa, berangin ada juga batu peringatan solat seperti kat atas.

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Selepas jambatan ada taman. Taman Eko-Koridor ni besar dan cantik. Bersih lagi. Pokok bunga sentiasa di-trim. Memang seronok beriadah kat sini sementara menunggu masuk waktu solat.


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong

MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Jom kita ke Masjid Sultan Omar Ali Saiffudin. Masjid ini dinamakan sempena Sultan Omar Ali Saifuddin III, Sultan Brunei ke-28, ayahanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei sekarang. Masjid ini antara masjid yang tercantik di Asia Tenggara! Dan kubah masjid ini bersalut emas! Soooooo, tempat wajib singgah solat! 


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Tengah berlagak seperti tourist, azan Asar pun berkumandang. Maka marilah kita bergerak. Oh ya, dalam kawasan masjid juga ada Bahtera Mahligai. Memang kalau google nama masjid ini, akan keluar iconic pic masjid bersama Bahtera Mahligai. Kitorang tak sempat ambik gambar. Tengok je dan terus jalan. 


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Bangunan Royal Regalia dekat je dari masjid. Jalan kaki dalam 8 minit gitu. Jadi kitorang cadang nak pergi terus petang tu. Makanya berjalan lah kami anak beranak mencari bangunan Royal Regalia atau Bangunan Istiadat dan Alat Kebesaran Brunei ini. 


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Jalan lagi hingga ke tengah BSB. Berjalan tanpa bawa air minum memang benda yang tak patut buat! Silap jugak dari hotel tak bawak air. HAUS SANGAT!

Eja kata dah haus gila, dengan tak jumpa Royal Regalianya lagi. So, ubah plan jom kita balik hotel dulu. Lagipun, masa masih panjang kan? Ini baru hari pertama, masih ada 2 hari untuk sight-seeing dan cari makan, hehe.

MENARA JAM BRUNEI

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Kebetulan ternampak Menara Jam yang terletak di persimpangan jalan. Menara Jam ni adalah hadiah kerajaan Malaysia kepada Brunei. 

Selepas je lalu simpang ni, kami nampak arah petunjuk ke Tamu Kianggeh. Sempat singgah ke Tamu Kianggeh pada waktu petang tetapi tiada apa yang menarik perhatian sebabnya tarikan sebenar Tamu Kianggeh adalah pada waktu pagi. Jadi kami bercadang untuk datang lagi ke sini pagi hari berikutnya.

Dari Tamu Kianggeh, jalan kaki ke Bus Stand BSB. Naik bas lagi, kali ini kami naik bas bernombor 48 dan seperti biasa turun di Hentian Hotel Badiah. Harga tiket hanya $1. Selain bas no. 48, boleh juga naik bas no. 42/44/45/46/47/49. Semuanya lalu depan Hotel Badiah.

On the way ke hotel lalu hypermart. Di situ memang borong air mineral botol besar!

TAMU GADONG BRUNEI

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Yey, malamnya kami ke Tamu Gadong yang hanya dibuka pada waktu malam. Malam hari pertama kalau ikut perancangan aku, kami sepatutnya dinner di restoran berdekatan hotel.

Tapi rezeki Allah bagi, owner kereta sewa kami bagi kereta awal disebabkan esoknya dia ada urusan lain. Alhamdulillah panjanglah langkah kaki malam tersebut. Hehe. Dari hotel ke Tamu Gadong hanya ambil masa tak sampai 10 minit berpandukan Waze.

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Tamu Gadong like our food court. Macam-macam makanan ada, harga pun ada yang murah. Tapi kerang bakar tu harga bagi aku memang harga buat kecut perut. Hehe. Sepinggan $7 = RM21.

Well I guess, kerang kat ceruk dunia mana pun pricey. Habis dah benih kerang jadi makanan orang 'have-have' je lepas ni 😅


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Kuih Malaya Babu Cantik. 
Must try kuih melayu berjenis kat sini. Harga pun murah tau! $1 dapat 3 ketul. Kat sini aku beli kuih koci. Kuih koci saja pun ada berjenis weh. Koci labu, pulut hitam, durian, pandan, keladi dan ape entah lagi. Tapi serius berjenis dan koci dia SEDAPPPPP! Jenis koci yang kena dengan selera aku. Karipap pun berjenis, ada karipap isi ketam, isi udang. Haaaaaa, orang Malaysia plislaaa buat karipap isi udang. Best! Then banyak lagi kuih melayu lain yang aku tak tau nama, haha.
Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Gerai kuih melayu jugak. Pun must try. Sini aku beli popia. 

Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Orang kata wajib try buntut madu panggang? 


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Nasi Ayam Penyet $2 sahaja. Ayam besar tau!


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Mak mengidam cheesetart. Rasa biasa je.


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Gerai yang menarik hati malam itu. Gerai sup! Tengok mangkuk claypot tu buat kita teringin pulak wak! 


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Mee Sup Kambing, hehe.
Isi meriah, harga pun meriah. 1 mangkuk ni $7. Pada aku agak mahal, tapi nasib sedap. Ko tambah cili tu pehhhhh syurga.


Tempat Menarik di Brunei - Kampung Ayer, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Tamu Gadong
Mak pilih meehon sup perut. $4 saja.

Overall, keseluruhan hari pertama berjalan lancar. Alhamdulillah. Seronok tengok mak enjoy jalan. Next day, hari kedua akan bergerak menggunakan kereta sewa. Oh ya, kami sewa kereta dengan Rasyid Masran, Malaysian Johorean yang tinggal di Brunei ni. Kami sewa kereta Vios dengan harga $60 / day. Kereta tiptop berkilat. Boleh add di facebook atau whatsapp terus +6738884769.

Okey, baru habis cerita hari pertama. Perjalanan hari kedua akan bersambung ke entry seterusnya yaaaaaa......




No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)