-Lifestyle-Food-Travel-

Tips Selepas Cabut Gigi | Gusi Bengkak

Tips Selepas Cabut Gigi | Gusi Bengkak | Hai. Hari ini masih kat opis melanguk disaat semua orang dah balik raya. Jalan pun kosong boleh buat main teng-teng. Then ni haaa, lupa nak say thanks dengan blogger @anies sebab bagi hadiah jadi pengkomen tegar blog. Lama dah dapat, baru hari ni tergerak nak update. Haha. By the way, pin Aidijuma ni cantik tau! Dan sekali dengan pin ni, poskad Yehliu Geopark. Ini mesti beli masa pergi Macau hari tu kan? TQ again ya ☺

Pin Aidijuma dan Poskad dari blogger Anies

Kita sambung cerita pasal sakit gigi hari tu. Seminggu lepas cabut gigi geraham aku pelik kenapa gusi masih sakit. Adakah benda biasa sakit sampai seminggu? Bila aku tanya adik  yang sebelum ini cabut gigi jugak, dia kata sekejap je sakit. Eh sebenarnya the next day lepas cabut gigi pun dah ok. Dah boleh makan macam biasa. Tak payah telan ubat tahan sakit sampai habis.
 
Macam aku.

Habis aku telan ubat tahan sakit tuuuu 😭

Pelik sangat. Dah google pun masih tak dapat jawapan kenapa lepas seminggu gusi masih bengkak sakit. Jadi genap seminggu aku pergi semula ke klinik gigi yang aku pergi untuk cabut gigi tu. Dan jumpa juga dengan doktor yang sama.

Lepas dah terangkan semua, aku kena BEBEL! Hahahaha.

Saya dah kata JANGAN BERKUMUR-KUMUR. JANGAN BERUS AREA KAWASAN GIGI BARU CABUT TU. MAKAN MINUM MAKANAN SEJUK

Padan muka aku. 

Sebabnya kan, sebenarnya aku korek dalam gusi yang berlubang tu sebab aku ada nampak ada benda putih. Mati - mati aku ingat nasi termasuk kat situ. Korek guna berus gigi tau! Lepas tu geram benda tu tak nak keluar aku pegang guna tangan lagi. Ya ampun. Macam manalah tak kena bebel! Bebal jugak rupanya aku. Lepas tu mengadu sakit gusi sebab kawasan gusi tu dah ada infection.

Kena korek balik gusi aku! Sakit lebih kurang macam cabut gigi jugak. Aku nampak je benda alah apa doktor guna nak bersihkan gusi aku. Horror tau. Terbuntang-buntang mata aku pandang siling dengan lampu je. Pipi lenguh menganga pun aku tak cakap.

Siap bersihkan semua, dapat pesan lagi. 

JANGAN USIK GUSI TU DENGAN JARI. JANGAN KUMUR-KUMUR. JANGAN KOREK DENGAN BERUS GIGI LAGI

Dah tua bangka pun kena bebel, hahaha. Tapi Alhamdulillah, doktor baik je sebenarnya. Dia terangkan sampai kita faham masalah gigi kita tu. Takde marah apa pun. Cuma kita ajelah, dah buat salah, lepas tu sakit sendiri. 200% rasa bersalah atas kebodohan sendiri. Dan benda putih yang aku ingat nasi tu sebenarnya adalah tisu gusi yang baru nak ok. Baru nak hidup aku korek. Nahaslah kan.

Dapat lagi Ubat Tahan Sakit yang versi lagi kuat, Antibiotik 2 jenis dan Cecair Kumur Oradex. Ubat Tahan Sakit tu memang diakui kuat, malam tu lepas aku makan je terus flat sampai esok pagi. 

Ubat Kumur Oradex bantu legakan sakit gigi
 Ini Oradex Antibacterial Mouthwash. Hari tu viral dalam FB.

Surprisingly, esoknya pergi ofis gusi tak sakit dah! Boleh makan Kepci.....

Pantang selepas cabut gigi supaya luka gusi cepat sembuh yang doktor pesan. Ada beberapa pesan, ini antara yang aku ingat.
  1. Jangan kumur-kumur dalam masa beberapa jam pada hari cabut gigi. Paling bagus sampai malam, bangun tidur esok pagi baru boleh berkumur, itu pun perlahan. 
  2. Ganti kapas di kawasan gusi berdarah setiap setengah jam.  
  3. Makan/minum makanan dan minuman yang sejuk kerana ia sangat membantu supaya darah cepat berhenti. 
  4. Elakkan makan makanan pedas, panas, berminyak dan manis. 
  5. Tidur awal selepas cabut gigi untuk bagi badan rehat. 
  6. Makan ubat yang diberikan ikut kesesuaian. 
  7. Datang berjumpa doktor semula sekiranya gusi / kawasan gigi yang dicabut sakit.

Aku kan punyalah takut dengan dentist ni siap cakap "Siapa yang tak takut dengan dentist?" Kahkah. Tapi memang serius takut sebab masa pergi pertama kali sepanjang cabut gigi tu aku menggigil habis. Dengan berpeluh lagi basah baju belakang aku. Yang kali kedua pulak takut jugak, itu yang pandang je siling. Dan bila ingat balik, rupanya aku tak ingat pun muka doktor tu macam mana. Tengok siling je dan takut punya pasal, ahaha.

Nasihat aku dan untuk peringatan diri aku sendiri. Lepas ni kalau sakit, tak kisah sakit apa pun terus ke klinik. Jangan tahan-tahan, takutlah apa lah. Kalau aku boleh lawan perasaan takut tu, korang apa lagi kan? After all, we all Wonder Woman right? 😉

Selamat Hari Raya Aidiladha 😉😉

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88


No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)