SweetMuslimah.com

Friday, August 3, 2018

# Adsense

SOAL JAWAB ADSENSE

Bukan main tajuk entry ini. Okay. Kali ini khas pertanyaan untuk Adsense yang pernah orang tanya kepada aku, baik email atau dari komen di entry.

Aku mengaku ya, yang aku bukannya terer dalam selesaikan hal Adsense. Eh tak, salah ayat. Langsung tak terer. Ini semua sebab sebelum ini banyak try-and-error dan kumpul teori hasil bacaan blogger lain.


Aku banyak share pasal Adsense (mana yang aku tahu) sebab nak lebih ramai blogger dapat tuai hasil blog dari Adsense ( selain hasil review/advertorial) and others. Dan sebenarnya banyak cara lain lagi untuk jana duit. Please bear that in mind ya.

3 Cara Pasang Kod Iklan Adsense di Blog (*Dah tak berapa valid sebab ada in-line & matched content. Lagi mudah)

BLOGSPOT
Semua tutorial yang aku sertakan adalah dari platform blogspot. Wordpress atau cara mohon untuk platform lain aku tak pasti.

GOOGLE MAIL
Permohonan Adsense hanya boleh menggunakan email google. Please jangan tanya kalau guna selain gmail boleh mohon Adsense ke tak.

INSUFFICIENT CONTENT
Kalau Adsense di tolak disebabkan alasan Insufficient Content, tolonglah percaya dan improve isi kandungan blog. Banyakkan entry original dan berkualiti (tak termasuk entry giveaway, pertandingan, lagu/lirik lagu dan sebagainya). Dan tak silap, bilangan patah perkataan pun diambil kira. Lagi banyak lagi bagus. Kalau blog baru, mungkin boleh pertimbangkan tunggu dalam 3 bulan sambil-sambil update blog. Lepas tu mohonlah Adsense banyak kali.

DIFFICULT SITE NAVIGATION
Periksa semua paparan blog, samada di pc/mobile view. Kadang kala, pada paparan mobile, ada code / bugs yang menyebabkan teks terhalang. Ini termasuk juga broken links. Sediakan page penafian dan polisi. Kalau dah lulus nanti, boleh je keluarkan page tersebut (jika nak).

BLOG BLOGSPOT
Blog Url blogspot lebih mudah untuk diapprove berbanding blog ada domain. Tapi blog yang berdomain jika dapat Adsense penuh lagi beruntung sebab 1 akaun boleh guna untuk banyak blog.  Jadi kalau ada akaun Adsense penuh, buat banyak blog. Semua blog tersebut boleh diletak kod Adsense. 

RESPONSIVE
Pertimbangkan untuk gunakan template blog yang responsive / mesra untuk semua paparan, baik pc/smartphone/tab. Chances lagi tinggi untuk lulus.

TUKAR EMAIL
Kalau dah berkali-kali apply Adsense guna email yang sama, tapi masih tak berjaya, boleh pertimbangkan guna email lain. Invite email baru sebagai admin di blog sedia ada. Lepas tu dah boleh apply Adsense semula menggunakan email baru.

Baru 7. Tolong bagi idea lagi apa nak aku kongsi di entry blogpost ni.



4 comments:

  1. xbleh up entry sensitif. sy kn tegur aritu pd hal entry tu sy ambil inti pati dr ceramah UAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana diorang tafsir entry sensitif ye? Pelik jugak.

      Delete
  2. Zumal dah bertahun tunggu tak lulus pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Alahai. Nak Sha tolong tengokkan ke?

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88