-Lifestyle-Food-Travel-

Review: Original Cake | Cheese Cake Yang Sungguh Fluffy

Review: Original Cake | Cheese Cake Yang Sungguh Fluffy | Tambah lagi entry makan-makan. Pernah dengar Original Cake yang berasal dari Taiwan ni? First time makan Original Cake ni di outlet Original Cake di IOI Mall Putrajaya. Masa tu baru lepas habis makan Dubuyo dengan Epa. 

DubuYo Meal Set for 2 - IOI Mall Putrajaya

Kalau tekak teringin nak makan Korean Food, memang terjah DubuYo je. Masa makan ni tak tahu lagi K Fry dah ada. Kalau tahu dah terjah K Fry, haha. Tapi DubuYo sedap je kat tekak, dah ulang makan beberapa kali dah sebenarnya.

Selalu kalau pergi mesti ambil Meal Set For 2. Meal Set untuk 2 orang makan ni ada:
- Soondubu Jigae (Seafood / Beef / Chicken)
- Honey Garlic Bulgogi (Chicken / Beef) OR Korean Spicy Wings OR Honey Mustard Wings
- 2 DubuYo Rice
- 2 Roasted Barley Tea OR Korean Green Tea
- 2 Dessert (small)
- Free Flow Banchan (side dishes)*refillable

DubuYo Meal Set for 2 - IOI Mall Putrajaya
Lapar sangat sampai ambik gambar pun menggigil, haha.
Kami pilih Seafood Soondubu Jigae dan Beef Honey Garlic Bulgogi. Banchan hari tu dapat 3 jenis, Kimchi (WAJIB ada. Ini 2,3 kali mintak refill), Tauge (tak berapa best, dah serupa kerabu tauge rasa dia) dan sambal manis ikan bilis kacang.

DubuYo Meal Set for 2 - IOI Mall Putrajaya
Sorang makan. Nampak macam sikit, tapi kenyang gila sebab banyak side dish. Patutlah Korea main dish 1 je tapi makanan penuh meja. Side dish pun makanan sihat. 

ORIGINAL CAKE FLUFFY GILA - IOI MALL PUTRAJAYA

Review: Original Cake | Cheese Cake Yang Sungguh Fluffy
Dah habis makan on the way ke parking lalu depan outlet Original Cake ni. Pelik sangat sebab apesal orang beratur panjang-panjang? Sejenis kegigihan okay ko beratur semata-mata nak beli kek?

Maka aku pun menambah kegigihan dengan sambung beratur belakang tu. 

Review: Original Cake | Cheese Cake Yang Sungguh Fluffy
Original Cake originated from Taiwan dan expand ke Malaysia disebabkan diorang dapat kenalpasti potensi besar di sini. Of course Malaysia ni, semua benda makanan boleh hidup. Malaysian kan antara penyumbang industri makanan, haha. Makanan-makanan yang kalau kena viral ni memang sekejap je laku. Viral gila sampai orang beratur. Yang Original Cake ni aku tak pasti ada viral ke tak.

Yang pasti kalau kat Korea ada kedai macam ni wajib join Baek Jong Won's Alley Restaurant, hehe. Aku suka gila tengok show tu even kadang-kadang Baek Jong Won macam poyo sikit, tapi advice yang diberi agak bernas. Sebab kita ni tengok cara serving kedai macam ok, rupanya bila masuk pertandingan haaa kau kena kritik terus sentap. Ekekekeke.

Review: Original Cake | Cheese Cake Yang Sungguh Fluffy
Beli sebab kagum tengok cake besar gabak baru keluar dari oven. Fresh baru keluar lepas tu terus potong kek depan customer. Eh, fluffynya awak.

Yang depan aku ni yang original flavor. Selain itu, ada juga flavor Frozen Chocolate, Golden Cheese Cake & Durian (limited time sahaja). Sampai masa aku depan kaunter, yang boleh beli hanya Golden Cheese & Original. Chocolate dah habis. Makanya beli ajelah dua tu. Panas-panas masuk beg kertas.

Review: Original Cake | Cheese Cake Yang Sungguh Fluffy
Yey, dapat dah. Sebab panas lagi, itu sebab beg tu ternganga. Outlet IOI Mall Putrajaya ni sentiasa ramai orang. Last time aku pergi outlet Sunway Piramid tak ramai orang. Haha. Pelik tapi beli aje lah buat bekal balik rumah.

Mungkin sebab orang tak ramai, rasa macam kek yang beli kat Sunway Piramid tak freshly made keluar oven gitu. Mengada sangat. Tapi memang boleh rasa beza yang Original Cake beli di IOI Putrajaya lebih fluffy, lembut je bila makan. Ayah aku suka Original Flavor. Yang Golden Cheese tu ada rasa masin-masin cheese sikit, nice juga lah tapi aku prefer Original flavor.

Kalau korang suka flavor apa pula?

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)