-Lifestyle-Food-Travel-

Cafe Jiran PJCC | Tempat Makan Best PJ

Review : Cafe Jiran Petaling Jaya (PJCC) | Disebabkan perasaan Monday blues masih menebal, hari Isnin jadi hari review resto gayanya. Kalau korang tengah survey tempat makan best di PJ, tekan je tags food aku. Banyak jugak dah share resto area PJ ni. Last time share pasal Khadijah's Kitchen, which is owned by artist Khadijah Ibrahim. Dan kali ini nak share pasal Cafe Jiran PJCC, which is dekat sekangkang kera dengan office aku. 

Cafe Jiran ni selalunya kami terjah bila teringin nak makan decent western food. Decent kat sini, maksudnya food presentation wise, harga pun setanding rasa. Overall satisfied. 

Oleh sebab dah beberapa series of lunch, jadi ada beberapa menu lah yang dah rasa. Antaranya ni hah,

Grilled Chicken. Come with corn, coleslaw and spiral. 

Aku suka kuah blackpaper dia. Selalu tak cukup kuah! Kena tambah lagi. Tapi ada beberapa kali bila mintak tambah kuah, kena charge tambahan.. Adeh, lepas tu terus berjimat cermat makan kuah blackpaper. 

But, kami dah jumpa tempat nak makan western food harga ekonomi! Bukan setakat harga, presentation pun ekonomi, rasa ok je. Bolehlah buat penghilang craving bila poket nipis. Will be updating next time ya! Hehe. 

Chicken Chop. Comes with coleslaw and chips.

Selalu bila kawan order ni, aku jeles tengok besarrrrrrnya ayam!  Ayam lagi besar tapi harga lagi murah dari grilled chicken. Yang ini dapat sekali 1 bowl blackpaper sauce. Selepas insiden dicharge sebab mintak add-on blackpaper sauce, aku tumpang mintak kawan aku je sebab selalu diorang tak habis dip kuah.

Kedondong Juice.
This is my favourite! Pleaselah order yang ni bila makan kat sini. Sebab diorang guna buah pure.. Sedap! 

Grilled Chicken lagi. Kali ini tak ada jagung, diorang ganti dengan bread.

Kentang Goreng.

Spagetti Bolognese.
Biasa je kat tekak aku.

Kan dah kata kedondong juice tu favourite air aku. Tak ingat entah berapa kali order air yang sama. But now sejak komitmen  bertambah dan poket sentiasa nipis, order air suam je. Sedih.

Mee Kungfu rasanya ni. 
Kawan aku order rasanya sebab ada cili potong. Style aku makan tak ada cili potong walaupun tak pedas.  

Laksa.
Order ni masa diorang perkenalkan menu baru. Rasa pada aku biasa-biasa je. Mungkin chef diorang memang King dalam Western Food. Now rasa tak sure. Sebab kalau datang sini memang order western je.

Nutella Cheese.
Okeh, ini bukan beli kat Cafe Jiran. Haha. Nutella Cheese ni beli dengan home baker kat area office aku. Aku tak ingat ig dia, tapi Nutella Cheese dia sedap gila! Harga dalam belas-belas rasanya. Kuantiti cheese dan nutella memang melimpah ruah.

Ya ampun. Sedapnya buat tambah lemak!

Cafe Jiran Petaling Jaya
No. 19-G, Jalan PJS 5/30
Petaling Jaya City Centre (PJCC)
46150 Petaling Jaya
Selangor
Opening Hour
Everyday from 12.00pm to 12.00am

Selain di PJCC ni, Cafe Jiran juga ada cawangan di Wangsa Maju dan Kota Bharu. Cawangan lain aku belum pernah cuba. Yang dah cuba, boleh share review ya ūüėČ

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)