-Lifestyle-Food-Travel-

D'Pisang Ikan Bakar Beranang

Tempat Makan di Beranang | D'Pisang Ikan Bakar Beranang | Asyik cerita tempat makan kat KL, sekali sekala tukar angin cerita tempat makan kat Beranang pulak la kan? Kenapa Beranang? Bukan Berenang? 

Sebab aku tinggal kat Beranang. Memang setiap hari berulang-alik Beranang-Petaling Jaya. Berapa km tu Kak Sha? Hah, soalan feberet 😂. Nanti aku cerita ya.

Beranang ni pada aku masih boleh dikira sebagai kampung, walaupun banyak kawasan perumahan, walaupun Setia Eco Hill dan Eco World pemaju perumahan elit Eco Majestic dah siap dibina. Drama #JanganBenciCintaku TV3, rumah Shah-Fika dan rumah mama Fika kat situlah. Jangan tanya aku, aku pun tak pasti yang mana satu rumah diorang 😂.


D'PISANG IKAN BAKAR BERANANG


Hari tu pergi sini sebab saja nak JJCM kawasan Beranang ni. Asyik makan kat restoran RH Beranang je, boring jugak. Kat Beranang mostly kedai biasa, takde yang fancy sangat pun. 

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Ada skrin besar. Bestla tengok bola sambil makan. Sebenarnya masa makan ni kami 5 beranak. Abah MIA berborak dengan kawan dia 😂

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Sotong Goreng Tepung tersentil nama dia. Kahkah. Sotong goreng tepung sini masih tak boleh challenge kedai tomyam thai. Entah cemana Thai buat, kemain cantik dah serupa cekodok. Cantik rupa, tapi tebal laaaaaa. 

Sup Tulang faberet abah.

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Aku order chicken chop with cheese. Sampai-sampai tengok cheese dia sekelepok atas ayam 😂. Adeh. Tak tahu nak gelak ke nak sedih.

Yang tiada dalam gambar, kueytiaw kungfu dan nasi goreng usa. Dan siakap bakar sebab lambat sampai atas meja. Lapar sangat, ambik gambar terus makan. Kahkah.

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Sup Tulang geng #membawang dia adalah telur dadar dan sambal belacan. Gandingan serasi gitu menu abah. 

Overall, makanan ada yang ok, ada yang so-so. Kena pandai pilih. Deco kedai ok lah dan ada surau untuk solat, ruang makan kat luar/dalam kedai boleh pilih. Parking luas. Cuma waiter tu la, hampes sikit. Lama kami duduk, terkebil je mata pandang. Ehhhhh, nak kena aku yang panggil ke macam mana ni 😂.

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88


15 comments:

  1. Mmg menu makan klu silap pilih boleh spoil mood
    Meriah nampaknya

    ReplyDelete
  2. Fuhh, sup tulang kalo dapat kawan sekali dengan telur dadar & sambal belacan + nasi putih ckup dah.

    ReplyDelete
  3. mcm xnk menjual je ciken cop tu sha adehhh manusia ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah. Chef tak habis ajar kut, hehe

      Delete
    2. tp jgn laa mcm tu... baik laa ko cair kn dgn picit je atas ciken cop tu... jujur ckp mcm x ikhlas je...

      Delete
  4. Dah buat terliur bro ni hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha chicken chop tu memang sangat-sangat below expectation. Dibayangkan "with cheese" tu macam lain. Sekali mari, Eh? Kenapa macam ni? hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, nama menu dah best, cara masak out. Nasib badan.

      Delete
  6. Teringin pula sotong goreng tepung...

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)