-Lifestyle-Food-Travel-

Sakit Lutut Kerja di Kedai Dobi

Sakit Lutut Kerja di Kedai Dobi | Semalam macam biasa, bila-bila hari cuti atau datang mood rajin, aku datang tolong abah kat kedai dobi. Kedai Dobi? Iye betul lah tu, hehe. Dah lama jugak abah berkedai semula ni, last time hari tu kedai runcit. Then dah jual. Rehat-rehat sekejap kat rumah. Tapi agaknya dah biasa kerja. Tiap-tiap pagi hari keluar rumah pergi pasar semua, bila dah tak ada buat apa-apa, mati kutu lah bosan duduk rumah.

Itu yang berkedai dobi pula. Alhamdulillah, kedai dobi ni tekanan dan modal pusingan kurang berbanding kedai runcit. Kami pun lagi syok boleh datang guling-guling kat kedai, hehe. 

Jadi semalam datang tu ganti abah sebab abah balik kampung sekejap. Masa datang tu dah petang, hari Sabtu. Taaaaaaapi.....Rupanya petang tu banyak pula kain nak lipat! Berbakul-bakul dan semuanya nak hari esoknya, which is hari Ahad! Itu belum kira dengan kain yang belum dibasuh lagi! Adeh. Dah lah tinggal seorang je sebab staf abah dah habis shift. Pandang je lah kain yang berbakul tu sambil kerut dahi.

Yang bergantung baju nak gosok. Yang dalam bakul tu beratur nak kena basuh dan lipat. Ya ampunnnnn.

Selalu kalau abah balik kerja malam hari selalu kata lenguh kaki. Ye, abah pun buat kerja melipat jugak uols. Sebab staf abah selalu buat kerja menggosok kain baju. Kalau tengah masa sibuk memang abahlah yang terer lipat kain. Kadang tu aku tengok abah lipat lagi cantik dari aku lipat 😂.

Aku pun LENGUH KAKI. SAKIT LUTUT. Sebab melipat kain sambil berdiri. Kalau duduk lambat tangan bergerak. Lepas tu berulang-alik ke depan, ke belakang. Angkat kain dari mesin basuh tukar masuk ke dalam mesin pengering. Huuuuuu, lencun baju. Berpeluh. 

Nasib ada spray Biobax Cool Theraphy. Ingat tak sebelum ni aku pernah cerita pasal Biobax ni? Memang benda wajib ada dalam handbag aku selain barang mekap. Macam kelakar pulak kan simpan minyak angin dalam handbag? Kahkah. Serius aku tak tipu. Kejap aku cari entry mana. Haaa, ada ni ha ENTRY INI.


Sebab aku memandu pergi-balik dari rumah ke tempat kerja jauh. Sehala sahaja dah 50km. Belum masuk sangkut dalam traffic jam. Kalau traffic lancar dapatlah sampai dalam masa 1 jam lebih sikit. Kalau jam? Boleh capai tahap sejam setengah tau! Balik sememangnya jalan jam. Memang lenguh lutut aku. Itu sebab Biobax item wajib dalam handbag. Nasib botol dia comel kecik je. Takdelah berat sangat handbag aku.


Handbag kecik pun muat.

Semalam pun tak terkecuali. Balik je rumah lepas tutup kedai rasa nak tercabut lutut. Kadang-kadang buat kerja kat kedai ni masa tengah banyak kain memang penat jugak badan. 

Balik je rumah terus sembur Biobax kat lutut. Urut-urut sikit dan kemudian luruskan kaki sebentar sambil tengok tv. Baru lega sikit rasa lutut dan kaki ni. Sebelum ini pun aku bawak Biobax masa ke Vietnam. Penat shopping uols. Haruslah ada Biobax buat spray kaki. Pada aku, ini antara must bring travel item selain plaster.

Memang best sebab Biobax ni wangi. Selalu nak pakai kat office pun tak segan bau minyak angin sebab Biobax wangi, hehe. Tak melekit kat tangan, yang penting mudah meresap dalam kulit. Dan baju kurung aku tak kotor kaler kelabu ke coklat ke macam minyak angin biasa.


Pakai kat office.

Untuk mak dan abah memang aku dah bagi 1 botol untuk diorang guna bila-bila masa. Macam banyak pulak kan beli Biobax ni, aku punya, mak abah punya. Kemain lagi beli banyak sebab kalau beli 2 botol, sekarang ada diskaun RM20. 

Iklan promosi diskaun RM20 Biobax Cool Theraphy di laman web rasmi Biobax
Nak dapatkan diskaun tersebut hanya di laman web Biobax https://biobax.my/product/biobax/

Masukkan kod "RM20" di ruangan yang disediakan selepas memilih beli 2 unit Biobax. Dah beli banyak ni, boleh passover kat orang lain ye korang. 

Sebelum ini pun dah biasa juga tolong abah kat kedai dia. Tapi bila dah tinggal sorang, terkontang-kanting juga tau nak kejar kain, ahaha. Lepas ni ok kalau kena tinggal kat kedai pastinya aku angkut sorang adik buat teman tolong lipat kain. Bahagianya lahai kalau mesin lipat kain tercanggih di dunia wujud dan boleh dibeli letak kat kedai. Nescaya everything will be settled in a blink 😉

8 comments:

  1. Elok ada dalam beg dan npk senang nk dibawa ke mana-mana.. Fiza follow sini juga. Jemput ke blog fiza yer..

    ReplyDelete
  2. Memang boleh lenguh, sakit lutut, sakit pinggang menguruskan laundry begitu. Jangan lupa rehat, sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rehat baring sambil baca novel.Bestnyaaa

      Delete
  3. nasib ada biobax hilangkan sakit kaki. Penat tu buat semua kerja sorang je

    ReplyDelete
  4. nnt sy nk hntr baju laa kat kedai dobi ni tp nak sha yg basuh dan lipatkan... boleh tak? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak alamak. Kita part time je kat situ, haha

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)