-Lifestyle-Food-Travel-

Pablo Matcha Cheesecakes dan Cheese Tart

Review Pablo Matcha Cheesecakes dan Cheese Tart | Aku memang suka makan cheese tart. Half baked cheese tart laaaagilah suka. Kalau jumpa cheese tart, baik yang King's takpun Hokkaido Baked Cheese Tart, mesti beli buat kudap-kudapan 😁

Kebetulan selalu ke Putrajaya berbengkel, ada sekali tu aku singgah IOI Mall. Syurga dunia rasanya masuk mall masa office hour, haha😂. Orang tak ramai jadi memang boleh perasan banyak outlet.

Lepas tu terperasan kedai ni. Pablo Cheese Tart. Promoter dia pun bukan main melambai-lambai ajak singgah. Singgah depan kedai dan perkara pertama aku tanya. 
Halal ke tak?

PABLO CHEESETART

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Pablo Cheesecakes besar gabak ok! Saiz cheesecakes ni dah besar pinggan. Harga pun lagi mahal dari pinggan ok! Lain sangat saiz banding dengan Hokkaido. Masa datang ni ada perisa matcha (teh hijau), strawberry dan original.

Jadi saja cuba Pablo Matcha Cheesecakes. Dan ada juga beli original cheese tart.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Dah biasa makan Hokkaido dan King's Half Baked Cheese Tart, harus beli buat kudapan (kahhhhhhhh 🙈🙈) dalam kereta nak bandingkan dengan yang lain. Sebab aku ada baca review blogger yang kata Pablo lagi best!

Entah. Tu semua subjektif ikut apa yang orang rasa la kan?

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Matcha Cheesecakes selling fast. 
Dekat sini jugak jadi benda ridiculous. Lepas aku bayar harga cheesetart, dapat je cheesetart lepas tu terus blah jalan. Menonong je balik.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Aku beli seketul je mini cheese tart. Jadi la buat celah gigi. Haha. Dapatlah beg kecik mini cheese tart. Lupa nak ambik Matcha Cheesecakes yang besar gabak tu! 

Lepas menonong, rasa takde benda menarik aku pusing balik ikut laluan aku datang dari parking kereta. Kebetulan lalu lagi Pablo.

Then tiba-tiba promoter Pablo tahan, sambil kata "Akak ye yang beli matcha cheese tart tadi? Tertinggal kat kedai"

Ya ampun. Buat malu je tertinggal cheesecakes!  

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Inilah Pablo Matcha Cheesecakes yang tertinggal tu. Ekeke. Rupanya bila kita beli yang versi besar pinggan ni, staf Pablo akan re-heat. Jadi kena tunggu sekejap. Adeh.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Bandingkan saiz dengan ipad.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Matcha cheesecakes ni saiz dia memang besar! Serius besar dan berat. Paling sedap makan masa sejuk!

Lupa nak bagitahu rasa original cheese tart. Sedap jugak, crust tart tu rapuh je bila gigit. Dan rasa cheese dia lebih padu dan buncit. Hehe. Beli 1 je, masuk kereta terus selesai. Tapi kalau ikut selera aku, lebih prefer Hokkaido. Selera korang tak pasti la pulak.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Matcha Cheesecakes guna Uji Matcha Powder. Dan dalam tu ada paste kacang merah. Memang kombinasi yang menarik dan sedap! Tekstur kek lembut. Paduan rasa antara matcha dan cheese serasi je kat tekak aku.

Mula-mula potong tu ingat coklat, rupanya kacang merah. Menjadi juga kombinasi kacang merah dengan teh hijau. 

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

 Sekarang Pablo ada Premium Cheese Tart. Tak rasa lagi, tapi kalau dah nama premium. Hm. Lagi sedap?


18 comments:

  1. dah lama teringin nk mkn tp x mkn2 jg... bla dtg asik sold out or kena tggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara selling fast kat Pablo. Ini pun rezeki sebab datang weekday

      Delete
  2. Selalu tengok kat kedai rasa macam mahal. Lepastu balik kempunan

    ReplyDelete
  3. Hahahah! Dah beli mahal mahal dia pergi tinggal pulakkk! Aduhh terliur tengok, selalu Nani beli yang Hokkaido tu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hokaido akak pun selalu beli. Pablo ni tak jumpa kat tempat lain.

      Delete
  4. ya allah sambil scroll sambil telan ailio.. i lemah makanan2 macam ni. nak kenaaa cari ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari jangan tak cari. Kita pun dah menjejes air lior tengok gambar blog sendiri ni

      Delete
  5. Ya Allah..melting tgok..nmpk sedap

    ReplyDelete
  6. Fuh, tergugat nafsu ai. Sedaaaapnya...

    ReplyDelete
  7. besaq gedabak betul.. hahaha. penuh mulut kalau makan. boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau potong ok je. Kalau gigit terus tu yang tak muat mulut, hehe

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)