SweetMuslimah.com

Thursday, July 12, 2018

# food

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan Petaling Jaya | Musim durian tiba lagi, yeyyyyy. Peminat durian yang jumpa durian dan durian dan durian lagi berlonggok tepi jalan menunggu untuk dilapah dibuka kulit, dimakan peh. Nikmat dunia.

Kalau malam sebelum ini aku dah makan durian 4 biji yang abah beli di rumah, semalam tengahari aku sambung kenduri durian lagi di office, kali ini di Taman Medan, Petaling Jaya.

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Baru makan doyan 6 bijik muka dah besar pinggan 😒

Keluar lambat sikit daripada waktu lunch, dalam pukul 2.00 petang macam tu. Rezeki juga tempat Pesta Durian Murah & Sedap tu dekat sepelaung je dari office. 3 minit perjalanan kereta dah sampai. Dan bila kami sampai je just nice lori durian pun sampai. Terus berpusu-pusu orang yang menunggu serbu durian.

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Durian Kampung RM5/RM8
Durian Kawin RM8 / RM10
Durian D101 RM12
Durian Udang Merah RM12
Durian Musang King RM20

Officemate aku memang memborong habis durian. Ada durian kampung, durian kahwin, durian D101, udang merah & musang king. Eh jap. D101 dengan durian kahwin tu baka yang sama ke? Konfius 😅

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ

Lagi kelako. 101 aku ingat ioi. Siap promote cakap doyan ioi. Kahkah. Ingat ioi putrajaya ke hape? 😆

Ada yang tanya kat facebook aku, musang king murah ni RM20 sebab durian gred B ke?

Eh, musang king ada gred-gred ke? 

Tanya aku yang serba tak tahu ni, errr. Memang hampeh la kan. Hehe. Aku tahu makan je. Kalau tanya beza durian musang king, udang merah, kampung? Haram aku tahu 😆. 

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Bawa expert pilih durian. Tangan brader ni memang hebat pilih durian. Semua yang kitorang makan memang sodap. 

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Udang merah.
Ya ampun. Malam ni mimpi durian balik even dah mencekik 6 bijik

Tapi yang pasti, durian kat sini memang THERBAIKKKK!! Merecik hawau orang kata. First time aku makan udang merah & musang king. Ya ampun. Balik opis pun tangan semerbak bau durian. Petang tu bakal pelajar datang dengan parents dia nak tanya untuk kemasukan semester depan. Ada 3 benda yang aku perasan masa kami tengah berborak.
1) Kolej bau durian
2) Aku bercakap bau durian
3) Tangan aku bau durian

Dan aku dah sabun tangan laaaaa!!!!

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Geng bawang bertemu durian.

Buat yang nak datang borong durian ni, dia dekat PJCC, sebelah Taman Medan. Waze je Villaria Condo PJCC sebab stall durian ni betul-betul depan kondo. Better datang awal, dalam pukul 2 gitu sebab masa tu lori baru sampai. Boleh la korang serbu dengan bergaya!

8 comments:

  1. Replies
    1. Hehe, mai la sini. Rasanya ada tetiap hari start pukul 2 sampai 8 mlm. Tp area situ memang jem sbb org brenti beli durian

      Delete
  2. wahhh meriahnya! Harga murah pulak tu, harga durian runtuh fuhhhh bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, time2 gini la dpt makan durian byk sbb tgh murah.

      Delete
  3. Kenduri durian ke tu kak sha? Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyooooo, kenduri ler sementara boleh 😁

      Delete
  4. Ya Allah. Nie syurga untuk orang yang hantu durian. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanggggg pun. Tambah-tambah musang king tu. Ya rabbi, sedap gila. Murah pulak. Semoga harga doyan sentiasa murah. Amin.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88