SweetMuslimah.com

Friday, July 27, 2018

# Personal

My mum is my travel buddy

Mak dah lama berhenti kerja. Last mak kerja masa aku sekolah lagi, last kat Salak Tinggi seingat aku. Dah berhenti kerja pun, takdelah jadi suri rumah sepenuh masa sebab tolong abah berkedai runcit.

Masa tu merasalah macam mana ada kedai runcit. Hehe. Tambah pengalaman, sebelum ni aku pernah rasa berniaga ayam kat pasar malam. Kerja kat Jusco. Memacam kerja rasa. Tapi kerja kat kedai runcit abah ko? 

Heaven! Nak minum air laaaaa paling gembira. Ambik je dalam fridge, zasssss. Urk. Bunyi kenyang. 😁

Masa tu kita dah widely use smartphone. Tapi mak still guna yang jenis handphone picit button sebab kata tak reti guna nak touch screen segala ni. 

Last-last bila abah belikan handphone baru, tetiba muncul kat whatsapp ko. Ada aku cerita kat blogpost ni. Kelako.

Tahun 2017, 2018 tahun menggila travel. Travel dengan officemate. Dengan adik beradik. Dengan orang yang first time jumpa kat airport. Sebelum ni gila travel gak, tapi sebab takde kawan dulu aku selalu angkut mak. Mak la travel buddy ai uols.
Travel Brunei, baru lagi ni. Awal bulan hari tu, bertiga dengan Eja. Yeye je mintak mak posing comel. Ekeke.

Penang. Berdua je dengan mak.

Penang with mom. Entry ini baru Part 1. Ya ampun. Entry travel selalu KIV lama.

Bukit Tinggi, Pahang. Ini berlima celebrate birthday abah.

Entry birthday abah Part 1 & Part 2

Aceh. Yang ini berompek dengan Amin dan Eja.

 Bawak mak naik MRT for the first time. 

Raya 2017 dulu. Comel jugak abah aku bergambar tunjuk angpow duit raya, hehe.

Yaaaa, my mom is my travel buddy. Lepas ni pun inshaAllah ikut mak jugak nak JJCM Hatyai uols. Join geng Muslimah area rumah aku yang semuanya kawan-kawan mak. Geng bas sekolah lah kita lepas ni 😋


17 comments:

  1. Wah bestnya mak nak jadi travel buddy. Zumal je xde geng. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Zumal, dont be sad. InshaAllah nanti ada la geng tu =)

      Delete
  2. Seronok dapat travel ni, lagi seronok dengan Family.. Dapat eratkan hubungan silaturahim

    ReplyDelete
  3. sweet nya travel dgn mak, nk tiru jugaklah nnti somedayy...

    ReplyDelete
  4. kalau mak jenis x kesah g memana x pe... sng keje... mama sy agk memilih...nk g tmpt2 islamik je... waduhhh sbb tu sy byk travel dgn kwn2 banding family / mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. Lain taste mama kita ikut je, hehe.

      Delete
  5. Alhamdulillah, emak Shahira sihat, dpt travel sama2. You're a good daughter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still and will keep trying to be better daughter kak. InshaAllah.

      Delete
  6. mak nina dh tak travel.. skrg travel ikut perangai dia. kaki jalan. hahhaa.
    bab fon still pakai fon nokia ada torch light tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak mak kita dah pandai main fb & whatsapp, handphone 3310 dia dah campak tepi, hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Aah, now mak yang banyak ajak berjalan, hehe

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88