-Lifestyle-Food-Travel-

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya |  Bukan Kak Sha koranglah kalau tak buat blogpost cerita tempat makan-makan. Selalu memang cerita tempat makan kat kawasan Petaling Jaya sebab dah kerja sini. 

Blogpost campak belakang ni seperti biasa diperam sampai jadi tapai, haha baru terhegeh nak upload. Bila kemaskini gambar baru perasan restoran Khadijah's Kitchen dah ada perubahan sikit kat hiasan dalaman dan signage kedai. Takpelah, yang penting menu dan presentation makanan tak berubah, ye tak?

KHADIJAH'S KITCHEN PETALING JAYA

Rasanya datang sini sebab nak celebrate birthday Kak Wawa, office mate aku. Dulu masa office belum siap renovate, kami memang duduk berhimpit 5 orang kat 1 ruang kecik. Now dah siap renovate, Kak Wawa duduk sebelah aku pulak. Team #makcikbawang sangat.

Waktu lunch pergi ok lah jugak. Sebab masa tu kebetulan kurang orang. Masuk-masuk je terpegun sebab deko cantik sangat. Banyak gambar Khadijah Ibrahim, pencapaian sepanjang berkhidmat dalam dunia seni semua terpampang / tergantung. Eh, takdelah semua kan. Tapi ada banyaklah. 

Peminat Khadijah Ibrahim mesti suka datang sini. But sadly, tak ada rezeki jumpa. 
Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Depan tu kaunter pembayaran.
Pun nampak cantik je, hehe.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Laksa Penang
Kalau tengok dari gambar pun dah nampak, kuah memang pekat meletop. Recommended. Aku order yang ini.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Laksa Johor.
Kak Wawa and Kak Huda order. Review katanya ok lah. 

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
So sorry. Dah lupa nama apa menu ni 😅.
Tapi review kata biasa je. Tapi sate memang sedap. Dan tak cukup 2 cucuk. Haha.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Cucur Udang.
Set cucur udang datang sekali dengan tauhu dan sos. Aku lagi prefer cucur udang dengan kuah kacang.


Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Ada banyak pilihan seating.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
So in love with the decorations.

By the way, ada beberapa menu memang original resepi Khadijah Ibrahim. Hm. We ols semua tak terorder pulak. Tak tahu sebenarnya. Masa nak bayar baru tahu. Adeh.

Restoran ni memang sesuai untuk gathering, makan together-gether dengan family ke kawan-kawan ke. Dan paling best. Memang IG spot betul. Kahkah. Itu je fikir.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Tak ada rezeki jumpa owner, inshaAllah will come back again =)

Khadijah's Kitchen
Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya Selangor.


14 comments:

  1. Menu yang best dan deko sangat ohsem...

    ReplyDelete
  2. makanan yang lupa nama tu macam tak kenyang je nak makan, huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah PR, tengah mengingat ni rasa dia macam mana, haha

      Delete
  3. bestnya konsep kedai ni.thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. sy cuma tahu resto dia kat setapak je

    ReplyDelete
  5. Besar jugak eh restoran dia. Tak pernah sampai lagi sini. Hehe. Laksa Penang tu nampak sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa penang tu memang sedap! Terbaikk

      Delete
  6. banyak juga branch eh.. alaaa lapaq tengok laksa penang.

    ReplyDelete
  7. alahaiii bestnya tgok semua makann n restoran dia. Xpernah try lg.

    http://www.cikfira.com/

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)