-Lifestyle-Food-Travel-

Perbaharui Insurans Kereta Dengan Takaful Malaysia

Hi! Dah perbaharui insurans kereta dan cukai jalan? Jangan buat-buat lupa ya dan menjadi satu kesalahan memandu kenderaan yang tiada cukai jalan. Dan kalau nak perbaharui cukai jalan kereta, wajib ada Insurans kereta yang aktif.

Kalau sebelum ini, aku memang selalu perbaharui insurans dan cukai jalan kereta menggunakan MYEG. Senang sebab semuanya dihujung jari sendiri, buka website, tekan-tekan, bayar, dan wallah.... Cukai jalan yang baru dihantar ke pintu rumah / pejabat. Sangat membantu untuk orang yang pemalas keluar macam aku, hehe.

Kali ini, saja bertukar angin dan mencuba perbaharui Insurans kereta dengan Takaful Malaysia. Kesimpulan yang aku boleh dapat setelah menggunakan platform Takaful Malaysia untuk perbaharui insurans, ianya memang mudah dan tidak memakan masa yang lama. Serta default information seperti no. chassis boleh dikesan apabila kita memasukkan no. plat kereta dan butir peribadi lain.

 

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

2) Pilih Motor -  Get Quote untuk pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan Takaful Malaysia.
3) Sign In.
4) Masukkan no. IC baru, no. plat kereta, poskod dan alamat e-mel. Tekan get a free quotation.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA



LANGKAH 1 - GET QUOTATION
5) Masukkan maklumat kenderaan seperti model dan varian kenderaan. Maklumat seperti no chassis dan enjin automatically detect daripada no plat kenderaan tadi.
6) Masukkan juga maklumat syarikat biaya pinjaman, aspek keselamatan (garage/anti-theft), import type dan aspek keselamatan dalaman
7) Hanya 2 nama pemandu yang boleh diletakkan di dalam Cover Note secara percuma. Pemandu ke-3 perlu tambahan bayaran.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Tekan Get Quotation
PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

Sum covered (harga kereta semasa). Nilai ini boleh ubah tetapi ada range yang dibenarkan. Pastikan nilai kereta tidak terlalu rendah untuk mengelakkan masalah perlindungan insurans.

Anggaran sumbangan Insuran terpapar di sebelah kanan. Pecahan harga setelah tolak diskaun NCD dan rebat 10%.

Oh ye, GST 6% dikenakan disebabkan masa aku perbaharui Insurans ni pada bulan April, GST masih dikenakan. Selepas itu tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

LANGKAH 2 -  ADD ADDITIONAL COVERAGE
Di bahagian ni, pengguna boleh pilih perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin hadapan (windscreen), tambahan pemandu, perlindungan banjir dan sebagainya.

Untuk cermin hadapan, perlindungan harga cermin bermula serendah RM75 untuk harga cermin RM500. Dan tambahan nama pemandu ketiga RM10/pemandu.

Klik Add to Certificate seperti diatas.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

Compensation for Assesses Repair Time (CART)
Sekiranya ambil tambahan CART, mengikut PIDM, pengguna boleh claim RM30, RM40 atau RM50 / hari mengikut cc kenderaan sekiranya kenderaan rosak dimasukkan ke bengkel. 

Dah siap pilih perlindungan tambahan , tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
 PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Masukkan maklumat pemandu pertama dan kedua. Tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Settlekan payment. Boleh guna transfer via FPX atau Debit/Credit Card. Tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Selesai semua pembayaran, akan ada e-mel susulan pemberitahuan status JPJ untuk pembaharuan cukai jalan daripada Takaful Malaysia dan juga e-mel Cover Note.

Status JPJ aku. OK.

Hari seterusnya aku perbaharui cukai jalan menggunakan mesin JPJ. Comel je mesin, ala-ala mesin ATM. Haha. Senang saja cara gunakan mesin ini. Ikut saja langkah demi langkah yang tertera di skrin. Cara pembayaran boleh guna kad debit / kredit. Dalam 3 minit dah siap! Lagi mudah dan cepat berbanding beratur panjang dalam JPJ.


4 comments:

  1. dulu mmg terkial2 laa nk renew roadtax bagai...skrg semua dah sng... mls dgn x je kann ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas, boleh je mintak agen buatkan. Tapi with extra charges la, hehe.

      Delete
  2. Wah, tak pernah lagi zumal buat sendiri...

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)