-Lifestyle-Food-Travel-

Yasss Raya 2018 - Kumpul BIGPoint Sehingga 4X Ganda | Jom Shopping Sampai Cun !

Yasss Raya 2018 - Kumpul BIGPoint Sehingga 4X Ganda | Jom Shopping Sampai Cun ! | Diam tak diam, sudah separuh bulan kita berpuasa. Selepas Ramadhan, akan tiba bulan Syawal, bulan kemenangan, dan semestinya topik persiapan mesti menjadi perbualan hangat. Bagaimana dengan persiapan raya Syawal nanti?

Ada yang suka untuk menyiapkan keperluan raya sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Dan ada juga yang tak berkesempatan, dan perlu mencari di saat--saat akhir. Buat yang belum mempunyai persiapan raya, apa kata datang ke Quill City Mall Kuala Lumpur dan membeli belah di Yasss Raya 2018! Shopping Sampai Cun! 

Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda

  YASSS RAYA 2018 - QUILL CITY MALL KL

Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda

Yasss Raya 2018 diinspirasikan daripada trend dekorasi raya moden.  Pengunjung Quill City Mall akan disajikan dengan tema moden yang diserikan dengan warna-warna pastel dan lampu neon, dekorasi hipster.

Yang bestnya, terdapat lebih 1,000 pilihan koleksi  hari raya dan lebih 40 buah gerai jualan terdiri daripada jenama terkemuka dan para selebriti seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle'e Belle'e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El. Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De' Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara dan banyak lagi. Semua ini boleh didapati di Main Entrance dan Main Atrium Quill City Mall KL.

PELANCARAN YASSS RAYA 2018

Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda

Pelancaran Yasss Raya 2018 dimulakan dengan persembahan tarian yang ceria dan berwarna-warni dan seterusnya ucapan dan pelancaran rasmi oleh Dato' Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill. 

Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda

IamNEETA pun ada tau memeriahkan majlis semasa pelancaran Yasss Raya 2018 ni tau! Selain persembahan artis secara langsung, pada tarikh-tarikh tertentu akan ada selebriti undangan seperti Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz yang akan hadir dan memeriahkan Yass Raya 2018 di Quill City Mall. 

26 Mei 2018, 4:00 petang hingga 7:00 malam 

- Lily Petuna – Yaya Zahir
- NSAbẽau – Syafiqah Ainaa & Hafiz Mahamad
- Petra – Rafidah
- Calaqisya – Hazwan Faiz & Yana Khairuddin


2 Jun 2018, 4:00 petang hingga 7:00 malam 

- Anzel Hair – Anzalna Nasir
- EL – Elfra Loy
- Minaz – Hafiza Hamid
- Calaqisya – Hazwan Faiz & Yana Khairuddin


9 Jun 2018, 4:00 petang hingga 7:00 malam 

- Mora – Mira Filzah
- byRCW – Rozita Che Wan
- ASHH & Annas – Annas Easkey
- Lily Petuna – Yaya Zahir

Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda
100,000 Big Points AirAsia di dalam belon untuk semua pengunjung yang hadir ke majlis pelancaran Yasss Raya 2018. Memang peluang yang terbaik untuk mula mendapatkan Big Points AirAsia 

PROMOSI & PERTANDINGAN YASSS RAYA 2018

Tak lengkap sekiranya tiada promosi gempak dan pertandingan untuk para pengunjung Yasss Raya 2018 kan? Jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai aktiviti yang disediakan sebabnya promosi dan pertandingan Yasss Raya 2018 memang sangat menarik!

1) Carousel Ride

Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda
 
Belanja minimum RM50 dan ke atas untuk menebus satu pas percuma untuk menikmati 1 pusingan carousel ride. Kadar biasa ialah RM5.00 untuk setiap entry untuk carousel ride.


2) Penebusan Paket Hari Raya

Belanjakan minimum RM88 untuk menebus Yasss Raya Paket yang direka khas untuk tempoh perayaan Raya ini. Penebusan mesti dibuat dalam satu atau maksimum 2 resit terkumpul.


3) Yasss Raya Lucky Grab

Tebus pas masuk ke “Lucky Grab Chamber” dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100 untuk memenangi hadiah hebat. Penebusan mesti dibuat dalam satu atau maksimum 2 resit terkumpul.


Step 1: Belanja minimum RM100 dan ke atas di Quill City Mall KL
Step 2: Dapatkan borang penyertaan di Kaunter Concierge, Tingkat Bawah
Step 3: Tebus satu pass masuk untuk “Lucky Grab Chamber”
Step 4: Dapatkan sebanyak mana hadiah yang terdapat di dalam "Lucky Grab Chamber" dalam masa 20 saat.

4) Yasss Raya Photo Contest


Peserta hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:
1.Snap photo anda dengan sebarang decoration Yasss Raya di Quill City Mall KL
2.Upload photo itu di Instagram dan #YASSSRAYA2018 #QuillCityMallKL
3.Tag 3 kawan di caption pada post
4.Set Instagram profile anda ke public


Pertandingan akan bermula pada 17 Mei sehingga 12 Jun 2018, hanya satu gambar untuk setiap penyertaan, peserta boleh menyertai pertandingan ini tanpa had dan hanya 3 pemenang akan dipilih secara rawak untuk memenangi baucer tunai membeli belah dari Quill City Mall KL sebanyak RM500.00.

5) Shop, Dine and Win 3.0 contest prizes


Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda

Minggu 1 & 2 (18 Mei – 3 Jun 2018)
Audio Desktop YAMAHA, 10,000 AirAsia BIG Points, kad The Coffee Bean & Tea Leaf bernilai RM200 & Tumbler

- Minggu 3 & 4 (4 Jun – 17 Jun 2018)
Mesin Basuh Panasonic, 10,000 AirAsia BIG Points, Set Pot Seramic Happy Call


 - Minggu 5 & 6 (18 Jun – 1 Julai 2018)
Peti Sejuk Twin Cooling Samsung, 10,000 AirAsia BIG Points, Pengisar Kaca Philips


- Minggu 7 & 8 (2 Julai – 15 Julai 2018)
49’’ Smart LED TV, 10,000 AirAsia BIG Points, Mesin Pencetak Canon


- Minggu 9 & 10 (16 Julai – 29 Julai 2018)
iPad, 10,000 AirAsia BIG Points, Kad Starbucks bernilai RM200 & Tumbler


6) Program Kesetiaan AirAsia Big Points

Pelancaran Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL - Jom Shopping Sampai Cun | Shopping Raya dan Dapat Kumpul Big Points Air Asia Sehingga 4X Ganda

Bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 24 Jun 2018, pembeli boleh mendapatkan 2X BIG Points untuk pembelian di setiap kedai di Quill City Mall KL. Pembeli berpeluang untuk menebus 4 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 2 BIG Points pada hujung minggu. 

Pembeli juga berpeluang untuk menikmati 3X BIG Points eksklusif untuk pembelian di GSC. Pembeli berpeluang untuk menebus 6 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 3 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hujung minggu. 

Ahli Program Kesetiaan BIG Points AirAsia boleh mengumpul point untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan serendah 500 BIG Points AirAsia. Pembeli boleh memilih destinasi seperti Alor Setar, Penang, Jakarta, Surabaya dan banyak lagi dengan point serendah 50 sehingga 500 point.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran untuk program dan promosi di Quill City Mall KL, layari laman sosial Quill City Mall di:

Facebook: @quillcitymallkl
Instagram: @quillcitymallkl
Laman web: http://www.quillcitymall.com.my



 

14 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)