SweetMuslimah.com

Monday, June 11, 2018

# Info

Nak Balik Kampung? Muat Turun VSP Dahulu Untuk Maklumat Polis!

Pernah dengar VSP? VSP atau Volunteer Smartphone Patrol merupakan inovasi baru oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis.

VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP)

Buat yang meragui status kesahihan aplikasi ini, tidak perlu risau kerana VSP dibangunkan menerusi kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAMPU dengan PDRM dibawah Program Rakan Cop. 

Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

MUAT TURUN APLIKASI VSP DI SMARTPHONE

Aku dah muat turun aplikasi ini di dalam smartphone, sebab hari raya yang semakin menjelang ni, mesti nak keluar beraya atau balik kampung. Kalau sebelum ini, kita hanya mengharapkan bantuan pihak polis untuk meronda taman/kampung kita, apa kata kali ini dengan adanya VSP, kita pula yang maklumkan pihak polis secara terus menerusi VSP tentang masa ketiadaan kita supaya pihak polis boleh merancang masa rondaan yang sesuai.

Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Daftar terlebih dahulu. Kena masukkan nama dan nombor telefon bimbit.

Antara modul yang terdapat di dalam VSP:

1) Aduan
Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)


2) Balik Kampung
Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
 Hantar maklumat balik kampung kepada pihak polis untuk memudahkan pihak polis membuat rondaan dan pemantauan.

3) Direktori
Senarai alamat dan no. telefon ibu pejabat kontinjen polis.

Jangan lupa juga ambil langkah pencegahan sebelum pulang beraya ke kampung. Antaranya mematikan dan mencabut semua plug elektrik yang tidak digunakan, menutup semua lampu dan kipas serta memaklumkan kepada jiran yang boleh dipercayai sepanjang ketiadaan kita.

Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri :)


 

6 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88