-Lifestyle-Food-Travel-

Tebus Fave BIG Deals Menggunakan BIG Points AirAsia

Tebus Fave BIG Deals Menggunakan BIG Points AirAsia | Baru-baru ini aku berpeluang untuk ke Pelancaran Big Deals by Fave, pelancaran kerjasama eksklusif AirAsia BIG bersama Fave, untuk menawarkan lebih banyak promosi menarik yang terdapat di dalam aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG.

Kerjasama Program Kesetiaan AirAsia BIG dan Fave beri pengguna mata ganjaran di lebih 8,000 tawaran

BIG DEALS BY FAVE

Kerjasama yang menarik buat kaki shopping, kaki makan, travel hunter atau mencari voucher dan promosi menarik, kini kita berpeluang menggunakan mata ganjaran BIG untuk menikmati promosi sehingga 95 peratus daripada pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan oleh Fave. Ahli BIG boleh menggunakan Mata Ganjaran BIG untuk menebus baucar BIG Deals dalam kategori makanan, kecantikan, pelbagai aktiviti, perkhidmatan automotif, pelancongan dan kecergasan dari jenama-jenama popular seperti A&W, Healthland, Forever 21, Le Meridien Kuala Lumpur, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi di lebih daripada 3,700 cawangan.

Kerjasama Program Kesetiaan AirAsia BIG dan Fave beri pengguna mata ganjaran di lebih 8,000 tawaran

TEBUS PENERBANGAN AIRASIA PERCUMA DENGAN FAVE

Tambah menarik lagi buat travel hunter dan pengguna setia AirAsia, dengan setiap RM1 yang dibelanjakan di Fave, ahli BIG akan mendapat 1 Mata Ganjaran BIG! Siapa tak nak kan jika dengan hanya membeli-belah dalam talian, Ahli BIG boleh menebus penerbangan PERCUMA! 

Kerjasama Program Kesetiaan AirAsia BIG dan Fave beri pengguna mata ganjaran di lebih 8,000 tawaran
Serena Teoh, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG

Kami mempunyai lebih 3.6 juta Ahli BIG di Malaysia yang setia menyokong kami selama ini. Dengan kerjasama ini, kami boleh memberikan ganjaran kepada mereka bukan hanya melalui tempahan perjalanan, tetapi sepanjang masa dengan tawaran  hebat dalam pelbagai kategori setiap hari, semuanya hanya melalui aplikasi Program Kesetiaan AirAsia BIG.

Kerjasama Program Kesetiaan AirAsia BIG dan Fave beri pengguna mata ganjaran di lebih 8,000 tawaran
Joel Neoh, Pengasas Fave

Kerjasama dengan Program Kesetiaan AirAsia BIG ini akan membolehkan kami meningkatkan lagi misi kami untuk menawarkan kemudahan dan ganjaran harian kepada pengguna BIG dan Fave. Sama ada mereka memilih untuk melakukan aktiviti tertentu, membeli minuman atau percutian singkat, kedua-dua pengguna Fave dan Ahli BIG kini boleh mendapatkan Mata Ganjaran BIG.  


MUAT TURUN APLIKASI KESETIAAN AIRASIA BIG

Muat turun aplikasi Program Kesetiaan AirAsia BIG dan daftarlah hari sebagai Ahli BIG  untuk mula menikmati BIG Deals by Fave dan mula mengumpul Mata Ganjaran BIG! Tebus tiket penerbangan ke lebih daripada 130 destinasi AirAsia dan baucar BIG Deals, semak akaun ahli BIG dan baki Mata Ganjaran BIG serta ketahui berita dan promosi terkini, semuanya di dalam aplikasi AirAsia BIG LOYALTY. 

Muat turun juga aplikasi Fave dan mula menikmati penjimatan melalui tawaran hebat dalam pelbagai kategori.

GANJARAN BERGANDA, KUMPUL MATA GANJARAN DAN TEBUS TAWARAN KEGEMARAN BIG DEALS MELALUI APLIKASI AIRASIA BIG LOYALTY 


GANJARAN BERGANDA, KUMPUL MATA GANJARAN DAN TEBUS TAWARAN KEGEMARAN BIG DEALS MELALUI APLIKASI AIRASIA BIG LOYALTY GANJARAN BERGANDA, KUMPUL MATA GANJARAN DAN TEBUS TAWARAN KEGEMARAN BIG DEALS MELALUI APLIKASI AIRASIA BIG LOYALTY

1) Muat turun aplikasi AirAsia Big Loyalty. Daftar masuk
2) Pilih ikon "shopping bag"
3) Pilih mana-mana kategori pilihan
 
GANJARAN BERGANDA, KUMPUL MATA GANJARAN DAN TEBUS TAWARAN KEGEMARAN BIG DEALS MELALUI APLIKASI AIRASIA BIG LOYALTY GANJARAN BERGANDA, KUMPUL MATA GANJARAN DAN TEBUS TAWARAN KEGEMARAN BIG DEALS MELALUI APLIKASI AIRASIA BIG LOYALTY

4) Pilih promosi / tawaran yang disenaraikan. BIG Points yang diperlukan untuk menebus tawaran tersebut dinyatakan. Atau boleh juga bayar menggunakan opsyen lain selain BIG Points.
5) OK dengan BIG Deals yang ditawarkan? Pilih 'continue'

GANJARAN BERGANDA, KUMPUL MATA GANJARAN DAN TEBUS TAWARAN KEGEMARAN BIG DEALS MELALUI APLIKASI AIRASIA BIG LOYALTY

6) Kalau baru mendaftar, confirm tiada BIG Points kan? Ataupun BIG Points tak cukup. Boleh pilih opsyen pembayaran lain. Teruskan.
7) Voucher / promo yang ditebus tadi ada di bahagian My Voucher. Tebus voucher tersebut HANYA apabila anda berada / telah menghubungi merchant tersebut.
 
 Dengan setiap pembelian melalui Fave, BIG Points akan dikreditkan ke dalam akaun BIG dalam masa 30-60 hari dari tarikh pembelian. Tetapi ingat, BIG Points hanya akan dikira sekiranya anda melalui aplikasi BIG Loyalty ataupun aplikasi Fave (link BIG member account terkebih dahulu) sahaja. 

Lets reward ourself with great deals from Fave, start earning BIG POINTS and kickstart your journey with free flight from AirAsia!

 
 

6 comments:

  1. Wowww...! menariknya boleh tebus mata ganjaran macam ni. Apa lagi, makin rajin la kita terbang dengan Air Asia lepas ni kan.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Kak Ain. Kalau boleh rasa nak tetiap bulan terbang. Eh.

      Delete
  2. Replies
    1. Takpe, boleh start kumpul points lepas ni =)

      Delete
  3. big point pun bru 200... fuh kena rajin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya byk je cara nk dapat AA big points, hehe

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)