-Lifestyle-Food-Travel-

Lupa Paling Extreme

Hi! Baru-baru ini ada kawan share yang husband dia tertinggal handphone atas kereta. Ya tuan-tuan dan puan-puan. ATAS BUMBUNG KERETA.

Dan kereta tu pulak, husbandnya bawa ke tempat kerja! Ya ampun.

Sampai di tempat kerja baru sedar handphone hilang. Tapikan, memang masih rezeki, handphone tu masih selamat berada di atas bumbung kereta, melekat macam punggung melekat di kerusi bila kau puasa. Haha.

Bila gambar ko senget, try lagi sampai tak senget. Kerusi ni aku punya! Haha.

Rezeki, Alhamdulillah.

Bila aku baca, rasa nak gelak. Macam mana boleh lupaaaaaaaa sampai macam tu? Haha. Tapi bila ingat balik, eleh. Sebenarnya banyak ja benda yang kita lupa, even benda tu ada depan mata kita, kan?

1) Tahan kencing
Kahkah. Tak menahan tajuk. Tapi ini memang boleh jadi lupa nak kencing bila kau terjumpa kawan bawang tengah jalan. (Sekurang-kurangnya akulah manusia itu). Habis je borak baru teringat tujuan utama pergi ladies nak kencing.

Nasib tak terburai depan pintu. 😅

2) Cari handphone
Yeeeeeee, kau cari handphone yang tengah kau pegang. Lagi sadis, tengah on call, then cakap "mane handphone aku ni?"

Tepuk dahi.

3) Cari getah rambut
Okeh, ini baru berlaku sahur tadi. Bangun tidur nak ikat rambut, tapi tak jumpa mana getah nya. Jadi terpaksalah turun bawah dengan rambut mengerbang kelawar pergi dapur carik getah sayur. 

Dah ikat-ikat rambut semua, tanyalah Epa ade nampak tak getah rambut aku. Sebelum duduk makan tu, sempat mencari-cari kat lantai sebab malam tu, aku tertidur depan tv, then baru naik bilik.

Tak jumpa jadi kita teruskan makan. Masa nak cedok nasi baru nampak.

Getah rambut kat pergelangan tangan kanan. 😪

4) Beli makanan nak bawak balik rumah, makanan tertinggal kat meja office
Ini pun sejenis lupa yang aku selalu kena. Bukan setakat makanan, barang hasil shopping online pun sama. Buktinya, hari ni aku tertinggal lagi parcel tudung yang baru sampai tadi kat office.

Tak dapat nak melaram tudung baru esok 😭.

5) Lauk tapau nak bawak balik tertinggal tepi punch card
Ini lupa paling extreme, hahaha.

Kawan aku, kemain bungkus lauk nak bawak balik sebab nanti tak payah masak dah untuk dinner. 

Dah bawak turun office, singgah punch card. Lepas punch card, terus balik tak bawak sekali lauk bungkus dia tepi mesin punch card tu. Padahal lauk tu duduk elok je sebelah punch card. Ko punch kompem nampak punya. Punnnnnn tertinggal.

Hahadoi. 

6) Lupa kereta parking kat mana
Tahun lepas masa aku outstation kat Melaka, ada 1 malam tu aku dengan kawan keluar pergi Aeon Mall. Alah, benda biasa buat.

Window shopping. 

Keluar kereta dengan yakin waktu masih siang, terang benderang kat luar.

Habis jalan nak balik, dah malam, bila cari kereta TAKDE! Rasanya betul dah pintu keluar tu sebab tempat parking tadi dekat dengan gate keluar. Tapi kereta takde! 😭

Panik.

Tapi takpe, kita jalan dulu cari. Mana tau silap mata ke? Dan teruslah kami berjalan sepanjang parking Aeon.

Hujung sebelah sana........ Baru nampak kereta. Sebelah pintu gate keluar jugak. Bezanya itu pintu gate selatan. Kahhhhhhhh.

Sebesar-besar Aeon, takkan 1 je gate keluar, ye tak? Ya rabbi bila ingat balik kesengalan berjalan dari hujung ke hujung parking Aeon. Rasa nak berguling gelakkan diri sendiri. Dahlah sambil berjalan tu sambil bawak hasil shoppingan. Semput ok bawak barang sambil tahan gabra sambil lari-lari anak kuasa negatif 10.

Ini pun lupa baru berapa kali makan pulut mangga seumur hidup. Rasanya baru sekali ni, tapi kawan aku kata sebelum ni aku pernah makan.

Hadoiiiiii. Macam mana diorang lagi tau aku makan apa? Tolong selesaikan 😪

12 comments:

  1. Nak tergolek zumal gelak tau tapi bab kereta parking kat mana tu selalu gak lupa tapi kalau parking bertingkat tu memang susah betul nak cari, jadi zumal tangkap gambar kawasan parking tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, selalu klu parking bertutup/bertingkat selalu jugak snap gambar tiang. Ni sbb parking open air 😅

      Delete
  2. no. 2 dan no 6 tu ye pernah buat... haha...

    ReplyDelete
  3. hahahahhahaha...

    sbb tu laa setiap kali parking, sy akn snap gmbr dulu kecuali tmpt tu sy dah familiar ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu snp jugak. Tapi ni sebab open park, takde tiang nak jadi rujukan. Tu yang menggagau cari kereta x jumpa, ekeke

      Delete
  4. #6 & #4 tu akak familiar betul! Tapi actually, byk jg yg akak slalu lupa...Paling lemah bab muka org - fotografik memory akak mmg off abis. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, Sha terbalik pulak. Muka orang cepat ingat, nama yang susah sikit nak ingat. Student sendiri, hujung sem baru boleh ingat nama diorang semua :D

      Delete
  5. semua yg dinyatakan kecuali no 2.. hahaha.. memang muda2 pun lupa skrg

    ReplyDelete
  6. yang paling sekali jangan lupa solat...

    kalau lupa solat sunat masih boleh juga dimaafkan..

    hahahaha

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)