SweetMuslimah.com

Wednesday, June 13, 2018

# Lifestyle

Beza raya tahun ini dan tahun lepas


Dah sampai 27 Ramadhan kan? Sekejap je rasa, tup-tup dah menghampiri penghujungnya. Kalau masa awal-awal Ramadhan hari tu, rasa ehhhhhh..... lamanya masa berlalu. Baru mula puasa, perut pun asyik sebu masuk angin. Manjang sendawa keluar angin kerjanya sehari 2 tu.

Kentut? Slow-slow ah lepas. Agak-agak nak meletup macam bom ko larilah laju-laju keluar office, kahkah.

Tapikan, tahu tak dulu masa kecik, sekolah rendah tak silap. Aku pernah tanya kat mak
Kalau kentut batal puasa tak?

Rasanya konfius batal puasa dengan batal wudhuk. Ekeke. Tabahnya lahai mak aku layan soalan anak. Tapikan kalau ikut lojik, mau ungu muka semua orang nak tahan kentut masa puasa.

Rasanya ini Ramadhan ke-7 aku sejak bekerja. Ramadhan ke-3 sejak balik posting KL. Dan kan....... Rindunya nak Ramadhan lagi kat Tawau. Tawau berbuka awal sejam dari KL. Itu yang paling dirindui, kahhhhhhhhh. Orang KL baru nak solat Isyak, kitorang kat Tawau dah balik Terawih. 
  
SINGGAH PASAR
Dan waktu-waktu macam ni kan, lagi seminggu nak raya, aku dah siap-siap beg nak balik kampung. Seminggu sebelum raya dah mohon cuti untuk 2 minggu, mohon tiket balik raya, pergi Pasar Gantung shopping brooch, kain batik, kain pelekat.

Lepas tu pegi Pasar Ikan pulak. Nak shopping ikan uols, hiks.



Dulu setiap kali balik, lobster, ikan kerapu, ikan jenahak, udang laut dan entah hape-hape lagi aku bawak balik. Dah macam pemborong ikan weh! Frozenkan siap kat rumah, hari nak balik menggulupur beli polisterin box, wrap siap bawak naik kabin. Mengengkeh bawak beg, bawak badan & bawak ice box. Kahkah.

Itu pun korang tak tahu dalam beg baju aku bukan setakat ada baju. Ada sekali amplang (amplang sotong sedapnyaaaaaaaa, malam ni mimpi keluar air liur), ikan bilis siap kopek indrasabah, udang kering.

Amacam. Usahawan berjaya tak? Sebab kalau baca entry tu, sekali aku bawak balik sampai 20kg ikan bilis okayyyyyy. 

Bila balik seminggu awal, adik ko dan semua orang lain kerja lagi. Aku time tu dah bersenang lenang kat rumah.. Boleh keluar pergi Jalan TAR shopping mopping. Oh syorga!

Tapi, bila dah balik sini. Walaupun office kau sekangkang kera dari Jalan TAR / Mid Valley / Sunway Pyramid / Sogo, pun tak dapat nak keluar shopping. Hari Jumaat ni dah raya, hari Rabu pun aku masih kerja lagi. Staff kat office aku tu, sorang-sorang mula hilang cuti. Esok pun aku suspect berapa ketul je ada. Menguap la aku esok sepanjang hari.

Nasib badan.

Walau macam manapun, rezeki dapat posting KL ni lepas 5 tahun memang tak dapat disangkal. Alhamdulillah. And kauorang tahu, even dah 2 tahun pun, aku masih rasa bersyukur dapat posting balik KL. Kawan-kawan batch selepas aku cakap sekarang susah sangat nak mintak pindah. Banyak kekangan. Kerenah birokrasi.

Jadi bersyukur. Syukur masih berjumpa Ramadhan lagi, dan Syawal, Alhamdullillah :). Sooooooo, mari menzahirkan perasaan syukur itu dengan bagi aku duit raya.

Eh.

5 comments:

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88