SweetMuslimah.com

Tuesday, May 8, 2018

# Personal

Pes Soto RnR Pagoh

Masa balik dari Kenduri Pah, aku ada cerita kan yang kami banyak kali berhenti, di hentian sebelah, RnR lagilah confirm wajib berhenti, ye tak? 😆

Last RnR kami berhenti RnR Pagoh, kakak aku singgah solat. Lepas solat, memang dah aim nak singgah tengok barang IKS & borong buah buat kudap-kudapan dalam kereta.

Personally, aku lagi suka RnR menghala ke utara, dia macam lagi banyak pilihan, buah toksah cakap la. Berpinau mata nak beli. Tinggal sanggup nak beli mahal sikit ke tak, itu je. 

Lepas borong buah, aku nampak ni.

PES SOTO SEDAP 

Produk IKS yang ada kat RnR ni selalunya sedap-sedap okeh! Kuantiti pun banyak, harga murah je. Aku beli sepeket RM5.

1 peket 200g boleh guna 5L air jadi kuah soto. Sesuaila untuk family aku 6 orang kat rumah kuantiti ni.

Meehon soto paling sedap dan mudah disediakan

Kuah kicap tak beli yaaaa. Itu buat sendiri. 
Sedap gila kuah kicap aku, kahkah. Puji diri sendiri. 😆

Aku pun google je cara buat kuah kicap sebab sebelum ni aku makan tauhu cicah kuah kicap, kuah kicap cair. Tak kick. Bila buat sendiri rupanya senang gila weh buat. Sapsapsoi, 5 minit siap. 

Mak kata
"Haaaa, pandai pun buat sambal kicap. Bukan tak tahu, pemalas je"

Mukadimah mak sebelum mula makan. Sempat lagi tu bagi bola tanggung. Dah aku yang beriya nak makan, haruslah tiba-tiba transform  jadi rajin. Dan Google kan ade mak. Haha.

Lagipun soto rasa tak lengkap takde kuah kicap. Macam pakai mekap takde lipstick. Haaaa begitu metaforanya kawan-kawan.

Lepas ni mak dah order lagi nak makan dengan tauhu goreng. Tauhu sumbat. Nampak gaya boleh buat bisnes dengan mak aku ni 😋

Meehon soto paling sedap dan cepat disediakan

Rezeki Amin, kebetulan dia balik minggu ni, dapatla merasa. Kalau korang tengok mangkuk dia, korang pun boleh pengsan. Penuh membukit!

Nasi impit + Tauge + Bergedil + Meehon + Daging Ayam di Carik + Bawang Goreng. Tak masukkan kacang tanah sebab Eja & Amin tak suka kacang. Punca jerawat katanya!

Pes Soto ni sedap! Masuk 5L air pun pekat lagi rasa dia. Next time boleh cuba jenis lain pulak. 

Sebenarnya kan, betul-betul nak buat sendiri pes tu, boleh insyaAllah. Tapi aku sangat malas. Nak sedia itu ini. Grrrrrrr. Tapi nak makan sedap. Kah. 😆



8 comments:

  1. Adududududu. Sedapnye soto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapppp. Dah siap makan nescaya pengsan lepas tu :p

      Delete
  2. nmpk nyer utk berbuka nnt kena laa cari soto

    ReplyDelete
  3. Fuyoh, nmpk sedap betul! Balik Raya nanti, boleh la akak cari pes special ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, akak lagi terer masak from scratch kutttt

      Delete
  4. produk tu memang dijual kat rnr Pagoh je ke ? sesuai buat bekalan time raya nanti bila orang datang beraya. rumah nenek plak rumah induk orang ramai sentiasa hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti, tapi rasanya rnr johor semua ada. Tapi memang membantu sgt buat stok kat rumah raya nanti =)

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88