SweetMuslimah.com

Sunday, May 6, 2018

# Info # Personal

Malas tukar duit

Money Changer Semenyih | Tak sampai 2,3 hari lagi nak pergi Aceh, tapi duit tak tukar lagi, macam mana? 😩

Sebenarnya aku malas nak tukar duit ni. Serius malas! Masa pergi Jepun sebelum ni kawan aku bawak tukar duit kat Masjid India. Boleh tahan berbaloi katanya dan sebab dah biasa best deal dengan money changer sana.

Lepas tu masa Vietnam datang dah perangai malas. Gamble pegi langsung tak tukar se sen pun Dong!

Tapi sebab shopping HCM tu majoriti pakai duit Malaysia pun boleh, kurang sikit gabra tu. But still aku tukar jugak sikit duit Dong di Vietnam buat beli kopi diorang yang kaw gila kat Malaysian Street tu! Kerana kopi aku menukar duit. Cewah 😋

Bila kali ni nak ke Aceh, dah sampai hujung minggu ni, pun tak tukar duit lagi. Aku malas nak tukar kat KL sebab sebulan 2 ni aku kerap outstation, tak sempat nak panas kerusi outstation lagi. Duit habis atas jalan isi minyak dan tol je.

Jadi dah beberapa hari aku google money changer di Semenyih. 

Yang keluar asyiklah money transfer. Yaaa, aku tahu kat Semenyih ni ramai foreigner, jadi agensi money transfer ni tumbuh macam span serap air! Berkembang pesat weh!

Terbaru aku berjalan di CS Bangi, dah ada money changer di situ ya! Aku singgah dan periksa kadar tukaran IDR dan MYR.

Singgah dan go! 
Kan dah kata aku malas! Kahkah.

Eja bagi maklumat yang memang ada 1 money changer di Semenyih ni, last time ada kawan kilangnya yang tukar duit di situ.

Aku terfikir "Dah 15 tahun aku duduk Semenyih, shopping raya tetiap tahun kat situ, tak pernah nampak money changer pun?"



Ya, aku dan noob memang tak dapat dipisahkan.

Memang ada weh sebijik money changer di Semenyih. Lokasinya terletak di kedai baris hadapan Econsave Semenyih, bersebelahan Klinik Mediveron. Kedai kecik comel je, entah kenapa tak pernah perasan 😅


Money changer Semenyih

"Mesti korang pun baru tahu kat Semenyih kecik ala pekan koboi ni pun ada money changer kan?". Haha.

Rate tukaran hari ini MYR ke IDR, RM2002 dapat 7 juta Rupiah. Jadi jutawan segera hari ni.

Settle urusan tukar duit, terus ke Tesco pula cari barang dapur. Mak beli pula air nenas madu yang terletak berhadapan Bank Islam. 


Air nenas madu sedap di Semenyih

Rasa memang KAW dan penuh nenas! Sambil minum tu, terasa serat nenas. Fuh, dah macam minum minute maid pulpy pula rasanya! Korang kalau suka air nenas boleh try air nenas kakak ni. Senang je nak carik, depan Bank Islam Semenyih. Nenas madu dia pun banyak dan manih, macam aku. Kahkah.


Shopping di Kedai RM2 Setia Eco Hill Semenyih

Kedai 2 Ringgit baru bukak kat Eco Hill la! Macam biasala, bila ada kedai baru bukak je, terutama Kedai 2 Ringgit, sambutan dia wow sangat.

Ramai betul manusia melabur duit beli barang harga RM2.12 ni. Oh ye, kat sini harga barang siap termasuk GST. Berbanding dengan Kedai Eco RM2 di Rinching tu, di Rinching harga barang hanya RM2. GST dikenakan pada harga total. 

Personally aku lagi suka ke Kedai Rco RM2 Rinching, tapi sebab kedai baru kan di Eco Hill ni, kita bagi meriah sama dia.


Hujung-hujung sebelum bayar ada lagi pertambahan barang. Total laburan di sini RM23.30. 

Yang selalu tukar duit asing ni, pada pendapat korang, adakah lokasi money changer (seperti bandar / pinggiran bandar / luar bandar) memainkan peranan penting dalam menentukan berbaloinya tukar wang tersebut? Ye ke tak?


1 comment:

  1. sama laa sy dah nk smpi hari bertolak baru laa terhegeh2 nk tkr... penah sekali punya laa tahap mls tkr kt airport wpn dah tau mahal...

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88