SweetMuslimah.com

Friday, May 4, 2018

# advertorial

Dulu Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Kini Miliki Rumah Melalui Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan | Siapa ingat lagi cerita aku sebelum ni yang aku beratur macam nak rak nak beli rumah? Ala ada aku cerita sebelum ni, yang aku tolong Eja sebenarnya . Eja pertama kali nak cuba nasib beli rumah low-cost. 

Tapi manusia maha ramai okay! Aku beratur hampir 4 jam! Semata-mata nak submit dokumen tapi akhirnya tak berkesempatan pun. Kuantiti rumah yang ditawarkan terhad, tetapi pemohon yang datang punyalah ramai. Aku risik dengan staf perumahan masa program tersebut, mereka pun tak jangka yang pemohon akan datang seramai itu. Beratur sepanjang 3 kilometer ya! 

Susahkan nak memiliki rumah sekarang? Rumah kat Malaysia ni boleh dikatakan mahal! Nama gaji sebulan RM1,500 nak beli rumah? Aduhai. Susah sangat.

Tapi sekurang-kurangnya, sekiranya ada peluang dan agak mampu dari segi gaji, insyaAllah kita boleh cuba juga untuk membeli rumah. Be it rumah lelong, rumah baru atau rumah subsale, jika kena caranya pasti akan bertemu juga rumah idaman yang sesuai dengan bajet kita.

Pernah perhati sekeliling kita. Ada tak mereka yang benar-benar kesempitan? Yang amat memerlukan tempat tinggal untuk berteduh dari panas dan hujan?

PROGRAM BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN


Siapa pernah dengar pasal Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan? Kalau tak pernah dengar, aku cerita ya.


Dulu Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, KIni Miliki Rumah Melalui Program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah program inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang bertujuan untuk membantu golongan miskin bandar dan miskin tegar serta para asnaf untuk memiliki serta mendiami rumah yang lebih selesa.


Memiliki serta mendiami rumah yang lebih selesa?

Ya, Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ini  dimulakan dengan inisiatif untuk memberikan penerimanya peluang untuk mendiami rumah yang lebih selesa dengan membaikpulih kediaman dan juga akan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni tersebut.

Antara penghuni yang dikenalpasti untuk dibantu antaranya penghuni dan asnaf yang menghuni rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Tidak mampu bayar sewa rumah serendah RM124?

Ada juga aku baca penyewa tidak mampu untuk membayar sewa bulanan rumah, yang hanya RM124 sebulan. Dengar macam pelik, RM124 pun tak mampu bayar? Macam rendah je sewa rumah tu kan? Kalau aku entah RM124 tu sekali shopping barang dapur je. Hehe. 

Haaaaa, korang silap tau! Memang ada antara para asnaf yang benar-benar tak mampu untuk bayar sewa rumah serendah RM124 tu.

Dulu Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, KIni Miliki Rumah Melalui Program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan

Kredit: Bernama

Aku terbaca di Bernama ada penerima program Baiti Jannati ini ibu tunggal, gaji hanya RM1,100 sebulan, kena sara mak dia umur 76 tahun dan juga 6 orang anak. 3 orang anak dia masih bersekolah. 

Tahu-tahu lah kalau anak masih bersekolah ni, belanja memang tinggi. Oleh sebab gaji hanya RM1,100 sebulan, sewa rumah tu selalu tertangguh. Yang lagi sedih, bila barang elektrik rosak pun tak mampu nak repair. Dah macam tu, macam mana nak ada rumah sendiri, ye tak?

Tapi syukurlah sebab ibu tunggal ni antara yang terpilih dalam program Baiti Jannati, rumah yang dulunya disewa, sekarang dah jadi milik sendiri. Alhamdulillah. Selain pemilikan rumah, penerima program ini juga menerima bersama barangan elektrik seperti kipas, mesin basuh, langsir dan lain-lain.

Aku kalau dengar kisah-kisah sedih macam ni, memang kesian sangat. Kadang-kadang terfikir jugak, dalam zaman sekarang era digital, bidang pendidikan pun menghampiri Industrial Revolution (IR) 4.0, masih ada mereka yang benar-benar susah dan melarat.

To be fair, kadang-kadang ada yang tak tahu ada banyak program seumpama ini yang dijalankan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Kita sebagai masyarakat yang prihatin boleh membantu dengan menyebarkan dan memperkenalkan kepada mereka program seumpama ini agar mereka boleh dibantu.

Ada yang tak tahu pasal program Baiti Jannati ni? Ada tak yang tahu Klinik 1Malaysia buka sampai pukul 10 malam dengan bayaran hanya RM1? Ada tak yang tak tahu ada Program Bas Sekolah Percuma?

Please people, we have to help supaya mereka yang benar-benar tidak berkemampuan yang berpendapatan rendah, miskin tegar dan para asnaf dapat dibantu supaya dapat dikenalpasti dan dibantu melalui program Baiti Jannati ini.

Lets move toward better nations!


25 comments:

  1. Sedih pula dengar rm 124 sebulan pun jadi sangat susah. Kita ni kadang tak fikir pun nak spend banyak tu

    ReplyDelete
  2. Bagus ada inisiatif begini & diharap berterusan..

    Teringat tahun 2010-2011 masa team kami kerjasama dengan persatuan ibu tunggal setempat buat kelas ajar bina kedai online dengan platform Blogger.

    Hasilnya, ramai yg terus menjana pen dapatan melalui blog sendiri, direct targeted sales melalui contents ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. digital marketing skrg sgt meluas. Moga2 inisiatif begini sampai kpd target audience

      Delete
  3. bagus kan ada program mcm ni ....
    berharap sangat membantu golongan yg kurang bernasib baik ...

    ReplyDelete
  4. Pengen sih, banget dan banget hehe

    ReplyDelete
  5. Bagus program ni membantu mereka yang betul2 memerlukan

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah betul tu golongan asnaf yg betul2 x mampu patut diberi sumbangan mcm ni..lega dpt ringan beban..terbaiklah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Dpt ringankan beban mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  8. Inisiatif terbaik kerajan pada golongan yang tak berkemampuan

    ReplyDelete
  9. Bagusnya program ini..baru tahu program untuk dapatkan kediaman bg golongan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  11. Dengan adanya program ni sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan tu kan. Hidup di bandar besar belanjanya pun memang besar. Tapi itulah kudrat kita tak selalunya kuat huhu

    ReplyDelete
  12. smoga byk lg golongan asnaf dpt dbntu

    ReplyDelete
  13. banyakknya program untuk orang2 KL

    ReplyDelete
  14. Sedih sangat bila baca kisah ibu tunggal yang terpaksa membanting tulang untuk menampung keperluan harian belum ditambah dengan perbelanjaan lain. Moga program macam ni diteruskan supaya golongan seperti ni tidak terbeban

    ReplyDelete
  15. rasanya masih ramai yg x tau lg psl program ni...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..ada yg perihatin dan dpt membantu mereka

    ReplyDelete
  17. Betul..ramai tak tahu ada program mcm ni wujud terutama di bandar besar macam KL ni..alhamdulillah bila sharing cam ni, ramai dpt info..at least kalau tahu ada sesapa yg boleh dibantu utk terima bantuan ni, kita boleh war-warkan...

    ReplyDelete
  18. Betul..ramai tak tahu ada program mcm ni wujud terutama di bandar besar macam KL ni..alhamdulillah bila sharing cam ni, ramai dpt info..at least kalau tahu ada sesapa yg boleh dibantu utk terima bantuan ni, kita boleh war-warkan...

    ReplyDelete
  19. Bagus ada program sebegini...dapat ringankan beban yang memerlukan

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Rumah ni keperluan asas. Moga semuanya mendapat te.pat perlindungan. 😊

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah syukur ada program bantu nasib yang memerlukan macam ni :)

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88