SweetMuslimah.com

Friday, May 4, 2018

# review # Tempat makan best

3 Menu Special di Bufet Ramadhan | Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai

3 Menu Special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai | Apa yang membezakan setiap bufet ramadhan yang ditawarkan di hotel-hotel mahupun restoran untuk pelanggan mereka?

Kalau korang tanya aku, pastinya aku akan cakap harga dan juga menu yang ditawarkan. Kan?

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Dan baru-baru ini, aku berpeluang untuk menikmati Bufet Ramadhan di Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai. Pertama kali kesini sebenarnya, tetapi aku confirm sangat SUKAKAN beberapa menu yang aku jarang dan tak pernah jumpa sepanjang hadiri bufet ramadhan sebelum ini.

Aku pasti kalau aku suka, korang pun mesti suka! 😉

Dah sedia?
Jom.

SHUKOOR BUFET RAMADHAN | KOTA SERIEMAS GOLF & COUNTRY CLUB

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Aku hadiri majlis ini bersama Epa, dan bertolak dari rumah apabila jam menghampiri 6 petang. Kelam kabut ya aku drive disebabkan janji Melayu yang aku tabur mengatakan aku akan sampai jam 6 petang! Haha.

Syukur Alhamdulillah, apabila aku sampai majlis belum bermula. Jadi sempat jugak aku meronda dan meninjau. Hm. Banyaknyaaaaa pilihan makanan! 

3 MENU SPECIAL SHUKOOR BUFET RAMADHAN KOTA SERIEMAS GOLF & COUNTRY CLUB


Shuwa Whole Lamb 

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Ini aku letak paling atas sekali sebab apa?Sebab ia paling SEDAP lah! Itu pun tak tahu 😆

Kambing Shuwa ni dimasak di dalam tanah, kambing dibalut dengan aluminium foil, dan daging kambing masak empuk hasil dari haba bara yang ditanam bersama dalam tanah tadi.

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Kau tahu, pertama kali tengok chef potong isi kambing pun dah tahu.

Lembut gila, juicy, hidu-hidu tak ada bau hamis dan paling penting. Kulit luar dia tak hangusssssss. Yey.

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Aku lambat beratur sebab nak tunggu solat Maghrib dulu. Bila turn nak beratur je ya rabbi manusia punya ramai. Gigih semua nak makan kambing.

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Dah dapat ❤

Ya Allah, nabilah tak kuat ya Allah.
Menyesal tak ambik banyak-banyak. Serius kambing tak ada bau, lembut sangat tau! Sebab kadang-kadang kambing yang bakar ni ada liat kan? 

Ni tak. Lembut je semua. Cicah dengan sos blackpaper. Takpun cendawan. Ataupun sos mint. Ataupun makan kosong gitu je. Pengsan.

Serius, ini korang kena mintak penuh pinggan ok! Tapi sambil-sambil tu ingat jugak orang belakang yaaaa. 


Manuk Pansuh

Manuk = Ayam
Pansuh = Buluh
Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Jadinya ayam buluh aka ayam yang dimasak dalam buluh. Rezeki aku jumpa kat sini sebab sebelum ni aku ke Sarawak, tapi tak dapat try ayam pansuh original Sarawak.

Masak dalam buluh, berkuah sikit ayam dia. Rasa?

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Korang campur dengan sos cendawan. Peh. Lazat berkrim. Next time mungkin boleh request umai pulak?

AYAM PASU

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club
Seksi yawwww

Ok, ini tak berapa rare, tapi WAJIB rasa di Shukoor Bufet Ramadhan Kota Seriemas ini.

Aku saja tanya staf yang jaga ayam ni
"Dik, kenapa tak gantung ayam ni dalam pasu lagi besar, senang"

"Tak tahu kak, ini resepi chef"
Sambil pandang muka chef, kahhhhhh. Saja je tanya laaaa, jangan gelabah sangat dik.

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Ayam pasu ni ok lah bagi aku. Juicy, tapi isi kat dalam masak. Perapan pun sedap, makan dengan sos cendawan / blackpaper. 

4 pilihan sos. Sos blackpaper, mushroom, lemon-mint dan teriyaki.

MENU BUFET RAMADHAN KOTA SERIEMAS


Selain yang wajib rasa tu, Kota Seriemas Golf & Country Club juga menyediakan pelbagai pilihan menu lain. Antaranya,

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club
Lala masak serai halia 👍

Daging blackpaper



Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club
Ikan keli lomak cili api 👍

Udang

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club
Ulam station
Kat sini disediakan sehingga 4 jenis sambal! Petai cicah sambal belacan? Ikan masin goreng? Telur masin? Tauhu goreng? 


Ada banyak lagi.

Peminat Laksa & Sup?

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club
Tahu tak ape ni??????

Haaaaaaaa, suka tetel? Jengjengjeng, letaklah seberapa banyak daging & lelemak tu dalam mee / beehon sup korang.

Sup

Laksa

Aku dah rasa,  LAZAT! Tapi sedikit peringatan, station ni cepat kehabisan stok. Mohon laju-laju ambil ya kalau nak. Laksa ada di station sebelah barangan sup.

Desert Bufet Ramadhan Kota Seriemas Nilai

Station desert ni berada depan sekali dari pintu utama berdekatan station air. Kuih tradisional, kek, brownies dan kurma disediakan.


 Tak sempat rasa puding 😫

 Bubur nangka madu. Patut wangi.

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Oh ye, ABC pun ada sebenarnya. Tapi aku tak ambik sebab tak minat sangat. Tapi puding yang aku nak, tak sempat rasa. 


Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club


Pinggan aku dan Epa, hehe. Tak ingat berapa round makan, yang pasti semua licin.


Bila semua makanan habis, of course jadi macam kucing disorong bantal! Takpun macam kura-kura tergigit gula-gula. Ekeke. Mata pun dah hilang. Maknanya kena sambung balik tidur lah okay!

Harga Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai

Shukoor Bufet Ramadhan berharga hanya RM58/pax. Antara yang berpatutan harganya setakat ini.

Menu special di Bufet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club

Jadi dah tertarik nak tempah bufet ramadhan ini? Boleh hubungi call laju-laju no yang tertera seperti gambar di atas! 

Istimewa jika berbuka puasa disini juga, disediakan surau yang besar dan juga terawih bersama imam jemputan setiap hari.

Dah berbuka, solat magrib, sambung makan, solat isyak dan terawih. Boleh sambung makan lagi. Ekekeke.

Sambil makan ada persembahan. 

Alamat: No. 1, Persiaran Seri Emas Golf, Kota Seriemas, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Website: https://www.seriemasgolf.com/
Facebook: @seriemasgolf
No phone: +606 790 9339

Selamat berpuasa!



1 comment:

  1. sedap2 belaka... aduyaiiii kambinggggg... kalau x ada mmg x lengkap.... rugi kn sapa x mkn kambing

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88