SweetMuslimah.com

Friday, May 18, 2018

# food # Lifestyle

Menu Berbuka Puasa 1439H - Hari 1

Assalamualaikum, selamat pagi! Hai, semalam Alhamdulillah dah 1 Ramadhan. Korang semua, macam mana puasa semalam? Kerja tak? Hehehe. Dan benda paling best nak tanya, biasanya adalah....Korang berbuka apa semalam? Masak sendiri ke beli kat bazar? Jom share menu berbuka puasa hari pertama korang.

MENU BERBUKA PUASA SIMPLE

Kalau masak sendiri, memang cari menu berbuka yang mudah dan simple lah jawapannya. Tapi Ramadhan pertama ni, mak kita yang masak tau awak! Yey, Simple tapi sedap! Aku balik kerja sempat buat air sunquick je :D

MENU BERBUKA PUASA 1439H - HARI 1

Menu mudah berbuka puasa 1439H

Semalam kami berbuka dengan sambal udang, ikan selar goreng, kambas goreng telur dan sambal asam pedas ikan.

Menu mudah berbuka puasa 1439H 

 Tak sedar rupanya dalam hujan renyai-renyai petang tu, abah keluar pegi bazar dengan Epa. Katanya nak cari kuih bakar. Alaaaa, kuih yang kaler hijau tu, manis-manis atas tabur bijan. Sedap!

Sekali bawak balik jugak lauk masak lemak ikan & cendawan. Tetiba meriah pulak lauk atas meja :D

Masak lemak ikan tu, ikan senangin kut? Rasanyalah sebab aku pun tak cam ikan bila dah kena potong masuk lauk gini. Sedap jugaklah, ingatkan tawar sebab tukang masak puasakan? Hahaha. Tapi paling ralat, bila nak makan lagi sekali balik dari solat terawih malam tu, lauk ni dah basi. Dah berbuih. Aduhai. Masak pukul berapa lah agaknya lauk diorang kat bazar ni kan?

Menu mudah berbuka puasa 1439H

Sup kambing!!!!! 

Walaupun tak nampak kambingnya, tapi dalam bekas sup tu ada daging kambing! Pun beli jugak.

 Menu mudah berbuka puasa 1439H

Sambal udang tu ada 1 bekas lagi bawak pi sahur pagi ni. Senang masak sekali harung, pepagi takdelah berkecah dapur nak masak lagi. Kan?

Korang masak ape pulak hari ni? 

 


No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88