-Lifestyle-Food-Travel-

Ikan Patin Tempoyak Terbaik!! di Kak Nik Patin House Pantai Dalam KL

Okey okey, ini cerita terakhir sebelum masuk mood Ramadhan 1439H, hehe. Lunch terakhir sebelum kita semua mula berpuasa esok, kita sempurnakan dengan makan Ikan patin Tempoyak!!! di Kak Nik Patin House Pantai Dalam.

PATIN TEMPOYAK PANTAI DALAM, KL


Kak Nik Patin House di Pantai Dalam ni memang selalu kami terjah bila teringin dan rindu dengan patin Pahang. Even ada orang kata tak boleh lawan patin Temerloh, tapi bagi aku ok sangat dah rasanya kat sini. 

Kuah tempoyak tuuuuuu, pekat, manis dan pedas sikit. 


Ikan Patin Tempoyak Terbaik di Kak Nik Patin House Pantai Dalam

Boleh tambah lagi sambal tempoyak, sambal belacan, sambal cili, budu ke kalau tak cukup. Aku selalu tambah 1 mangkuk kecik tempoyak + budu + sambal belacan. Gaul semua tu.

Balik kolej sendawa burppppp!! :D


IKAN PATIN TEMPOYAK TERBAIK PANTAI DALAM


Ikan Patin Tempoyak Terbaik di Kak Nik Patin House Pantai Dalam

 Pinggan aku tadi, hehe. Patin bahagian tengah + tempoyak rahsia & ulam. 

Harga? 

Tak kisah mana-mana bahagian ikan, flat rate RM12. Masa nak cedok ikan dari periuk, aku selalu mintak "Bang, bagi saya bahagian yang paling besar" Kahkahkah. Orang kata bahagian kepala yang selalu paling mahal kan?


Ikan Patin Tempoyak Terbaik di Kak Nik Patin House Pantai Dalam

Kat sini famous jugak dengan ikan air tawar lain, like baung. Udang galah pun ada.

Ikan Patin Tempoyak Terbaik di Kak Nik Patin House Pantai Dalam

Nak datang sini waze je Kak Nik Patin House. Make sure datang lepas Ramadhan. Oh ye, Kak Nik kata Ramadhan ni dia buka kedai juga bermula masa berbuka hingga pukul 9 malam SAHAJA. Lewat dari tu depa nak pegi terawih ler.

Okeh. Selamat berpuasa Ramadhan! Jangan puasa yangyok, nanti kena tangkap naik van jenazah! Haha.

Assalamualaikum =)







5 comments:

  1. Pengen banget mencoba masakan ini, terima kasih telah berbagi resepnya Uyesharecom - Download Free Kpop Mp3 Song

    ReplyDelete
  2. menjejes air liur tengok gambar ni time gini hahaha.. sabar sabar 3 jam lagi tigaaaa jam lagi. hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa ni, semua makanan nampak sedap kan? Hehe

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)