SweetMuslimah.com

Tuesday, May 22, 2018

# event # food

Ikan Fjord Trout Norway | Masakan Sihat & Berkhasiat Untuk Diet Ramadhan

Ikan Fjord Trout Norway - Masakan Sihat & Berkhasiat Untuk Diet Ramadhan  | Sebelum Ramadhan baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri sesi perkongsian masakan bersama Norwegian Food Council di Damansara yang berkongsi masakan yang sihat, sedap dan berkhasiat, terutamanya semasa berbuka dan sahur.

Sesi yang menarik, dimulakan dengan pembukaan oleh Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara mengenai industri makanan laut Norway, dan terutamanya memperkenalkan Ikan Trout Fjord Norway.

Ikan Fjord Trout Norway | Masakan Sihat & Berkhasiat Untuk Berbuka & Sahur bukan Ramadhan
Jon Erik Steenlid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara


IKAN FJORD TROUT NORWAY

Ikan Fjord Trout Norway | Masakan Sihat & Berkhasiat Untuk Berbuka & Sahur bukan Ramadhan

Apa istimewanya Ikan Fjord Trout Norway ini berbanding ikan-ikan yang biasa kita makan? Haaaaa, di dalam video pembukaan yang oleh Jon Erik Steenslid, Ikan Fjord Trout ini dijaga dengan sangat teliti, seperti kawalan suhu yang sesuai, makanan yang diberikan malah terdapat surveillance camera yang beroperasi untuk meninjau keadaan ikan trout di dalam sangkar. Ikan trout tersebut juga disuntik VAKSIN bagi memastikan ia sihat dan bebas ancaman penyakit. Disebabkan itu, Ikan Fjord Trout Norway ini selamat untuk dimakan mentah.
 
Ikan Trout Fjord Norway telah menjadi pilihan ikan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Daripada Indeks Pengguna Makanan Laut baru-baru ini, kajian tahunan yang dijalankan oleh Majlis Makanan Laut Norway menunjukkan bahawa 3 dari 4 rakyat Malaysia menganggap penting untuk mengetahui asal makanan laut mereka, dan 1 dari 2 rakyat Malaysia lebih suka membeli Ikan Trout Fjord dari Norway." - Jon Erik Steenlid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara.

Ikan Fjord Trout Norway ini mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3! Lemak Omega 3 sangat bagus untuk perkembangan otak, dan sangat sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Seperti mana salmon, kini Ikan Fjord Trout Norway banyak terdapat di pasar, pasaraya dan kedai makanan laut di Malaysia.

Kebaikan Ikan Fjord Trout Norway

Sesi masakan pada hari tersebut juga dihadir Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah, yang berkongsi resepi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway. 

Alexandra Prahabaran menunjukan demonstrasi memasak Ikan Fjord Trout Norway
Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental.

Paling best, cara masakan sangat ringkas dan cepat, sepantas 10 minit kita sudah boleh menikmati hidangan masakan yang sedap dan berkhasiat. Dengan masa sesingkat itu, memasak bukan lagi masalah ketika sahur dan berbuka =)

PERBEZAAN FJORD TROUT DAN SALMON

Pada mulanya aku juga agak keliru. Ikan Fjord Trout dan Salmon, kedua-dua mempunyai rasa dan mempunyai fizikal hampir serupa. Tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis 'mewah' kerana dagingnya berwarna merah jingga yang mendalam dengan sedikit warna putih. Ikan Fjord Trout Norway  kaya dengan rasa, dan kita boleh merasai perbezaan rasanya yang tersendiri selepas makan.

Ikan Fjord Trout Norway mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti salmon, dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, sedikit kecil daripada salmon. Diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk berais dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, ikan-ikan ini melalui proses piawai tertinggi untuk menghasilkan ikan yang segar.

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Fjord Trout yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberikan orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi.

Ikan Fjord Trout Norway - Resepi Untuk Bulan Ramadhan


Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

Bahan-bahan
1 filet trout
1 daun limau purut, dihiris nipis
1 limau, dihirau
1 cili padi merah, dihiris
1 cawan quinoa, dimasak
1 cawan stok ikan
1 daun bawang, dihiris
Garam dan lada, secukup rasa

Cara
1) Masukkan quinoa yang sudah dimasak dan stok ikan ke dalam pot dan reneh hingga ia menebal memjadi bubur keseluruhannya.
2) Dalam masa yang sama, letak ikan trout, daun limau purut, limau, cili padi dan daun ketumbar di atas satu kerajang aluminium.
3) Taburkan garam dan lada secukup rasa dan balut dengan ketat.
4) Bakar di dalam ketuhar dengan 200C selama 15 minit.
5) Letakkan bubur di dalam mangkuk. Selepas ikan trout dimasak, keluarkan ikan trout dari ketuhar dan hidangkan di atas bubur bersama dengan sedikit daun bawang.

Resepi Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

Seared Ikan Fjord Trout Norway dan Salad Kentang Asia

Bahan-bahan
1 filet trout
2 kentang, dimasak
1 sudu makan sos soya
1 sudu makan minyak bijan
1 daun bawang, dihiris
1 sudu teh bawang merah goreng
1 inci halia, diparut
Garam dan lada, secukup rasa
Minyak zaitun 

Cara
1) Taburkan ikan trout dengan sedikit minyak zaitun dan diikuti dengan garam dan lada.
2) Bakar ikan trout di dalam ketuhar dengan 200C selama 10 minit.
3) Potong kentang bentuk kiub dan letakkan ke tepi.
4) Pukul sos soya, minyak bijan dan halia yang diparut bersama. Gaul dengan kentang.
5) Masukkan daun bawang dan daun bawang merah goreng dan hidangkan dengan ikan trout bakar.

Resepi Seared Ikan Fjord Trout Norway dan Salad Kentang Asia

Ikan Fjord Trout Norway Bakar dalam Daun Pisang

Bahan-bahan
1 filet trout
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh belacan, diparut
Daun limau purut, dicincang halus
Minyak zaitun
Garam, secukup rasa
Daun pisang

Cara
1) Gaulkan serbuk kari, serbuk cili, belacan, gula da garam bersama-sama.
2) Buat belahan (slits) atas kulit ikan trout.
3) Sapu campuran rempah pada ikan. Pastikan daun limau purut dimasukkan ke belahan ikan (slits).
4) Taburkan sedikit minyak di atas ikan lalu bungkus dengan daun pisang.
5) Panggang bungkusan itu di dalam ketuhar dengan 220C selama 15 minit.
6) Hidangkan dengan sambal di tepinya.

Resepi Ikan Fjord Trout Norway Bakar dalam Daun Pisang

KENAPA PERLU MASUKKAN IKAN FJORD TROUT NORWAY DALAM DIET HARIAN SEPANJANG RAMADHAN?


Ini soalan menarik. Kenapa pentingnya memasukkan Ikan Fjord Trout Norway di dalam menu diet harian kita sepanjang Ramadhan ini? 

1) Keperluan protein yang tinggi

2) Kaya Omega 3 untuk perkembangan otak
 Kandungan Omega 3 yang tinggi pada Ikan Fjord Trout membantu melegakan keletihan dan memperbaiki konsentrasi.

3) Kandungan lemak sihat membakar lemak perut
What? Seriously?
And Yes! Apabila berpuasa, badan akan mengalami stress disebabkan perubahan pola dan waktu pemakanan dan apabila stress level meningkat, kita akan lebih berpotensi untuk mengumpul lemak, terutamanya di bahagian perut. Mengambil diet pemakanan yang kaya dengan lemak sihat seperti yang terdapat di dalam Ikan Fjord Trout sangat membantu membakar lemak perut.

4) Kulit berseri
Perubahan waktu tidur dan kekurangan air boleh mempengaruhi kondisi kulit. Kulit akan nampak kusam dan kurang berseri.  Minyak Ikan Fjord Trout Norway sangat membantu untuk proses rejuvenasi dan menyuburkan rambut, kulit dan kuku untuk kesihatan kesuluruhan dan seri kulit.

Makan Ikan Fjord Trout Norway
 Bon Appetit !
 

8 comments:

  1. boleh rasa macam dah sampai Norway kan.. sedap ikan trout ni. penah rasa sekali sebab susah juga nak dapat kat sini. dah ada ni lagi mudah nak dapat bekalan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap trout, dapat pulak yg fresh from norway, mcm x cukup 1 plate 😅.
      Lepas ni nk carik lg kat VG 😅

      Delete
  2. bnyk khasiat ikan fjord nih rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Sebab kaya dengan Omega 3, and ikan kat malaysia xde.

      Delete
  3. 1st time dgr nama ikan ni sbb terbaca novel...watak dlm novel tu nk msk asam pedas utk ikan ni😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trout? Dlm novel ape? Nak tau jugakkkk

      Delete
  4. Aduhai resipi en papillot dengan salmon.. Peberet sangat2. Kalau sushi salmon pun makan mentah rilek ja:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmon fresh norway memang best. Buat sushi bertambah-tambah best,hehe.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88