SweetMuslimah.com

Monday, April 30, 2018

# advertorial

Jom Pi Pasar | Kupon RM20 Menjimatkan Kos Sara Hidup Bandar!

Jom Pi Pasar | Dari kecil lagi, aku memang suka pergi pasar. Be it pasar malam, pasar siang, pasar ikan, pasar gantung sekalipun. Asalkan namanya, pasar beli barang dapur. Ikan, ayam. Barang dapur.

Jawapannya yes.

Dan rutin ini berlanjutan hingga aku dewasa, apabila berkelana ke bumi Sabah untuk posting pertama sebagai pengajar, pasar ikan dan pasar sayur masih aku terjah untuk dapatkan keperluan apabila mood rajin memasak tiba, haha.

Dan apabila posting kedua di semenanjung, rutin window shopping dan shopping di kawasan KL aku bawa juga.

Setiap hari aku lalui jalanan yang sama ke tempat kerja, ada masanya aku akan bertembung dengan suasana pasar pagi yang menawarkan pilihan ikan dan ayam segar, dan aku sedar ramainya suri rumah akan berada di situ untuk memilih dan membeli keperluan harian dan makanan untuk seisi keluarga.

HIDUP DI BANDAR

Aku harus akui yang kos sara hidup di bandar ini agak tinggi.

Sebentar aku rephrase.

Sememangnya tinggi! Hidup di bandar besar memang tidak akan lari dari jem, tol dan sebagainya. Nak berjimat, sememangnya memasak sendiri adalah langkah yang paling praktikal.


PROGRAM JOM PI PASAR


Pernah dengar tentang Program Jom Pi Pasar?

Jom Pi Pasar adalah program yang dimula dan dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyantuni keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan beban kaum ibu, suri rumah dan golongan berpendapatan rendah yang menetap di bandar dalam menghadapi situasi kos sara hidup yang tinggi di masa kini.


Pengunjung menggunakan kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan harian di Program Jom Pi Pasar DBKL

Menerusi program Jom Pi Pasar ini, setiap bulan di beberapa lokasi pasar tertentu, 150  hingga 300 orang pengunjung terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan yang diperlukan.

Program ini telah dilaksanakan bermula April 2017 lepas dan telah melibatkan beberapa pasar di sekitar Kuala Lumpur.


KUPON RM20 KEMPEN JOM PI PASAR

Pada aku, kupon RM20 ini, walaupun dilihat kecil nilainya, tetapi besar manfaat membantu keluarga berpendapatan rendah. Kalau kena gaya berbelanja, insyaAllah dapat beli macam-macam di pasar.

Baru-baru ini pun di pasar tempat aku menawarkan 3 jenis sayur dengan harga hanya RM5. Ada kupon RM20, dapat juga berjimat membeli, kan?


Iklan Program Jom Pi Pasar yang diadakan pada tahun 2017 di Cheras
Antara Program Jom Pi Pasar tahun lalu di Cheras

Usaha DBKL ini untuk membantu masyarakat, khususnya di Kuala Lumpur seharusnya diperluas untuk dinikmati lebih ramai rakyat. Dan personally, aku agak jeles juga dengan warga KL, macam-macam inisiatif DBKL untuk warganya. Antaranya Program Jom Pi Pasar ini, Bas Sekolah Percuma dan Kad Ceria.

Melalui program ini, selain meringankan kos sara hidup, pendekatan positif ini diharapkan dapat mendorong peniaga dan pengeluar makanan untuk turut sama menurunkan harga di pasaran dan tidak mengutamakan keuntungan semata-mata.

Dengan sambutan positif pengunjung juga, terutamanya suri rumah yang gembira dengan program ini, dengarnya Program Jom Pi Pasar ini akan diperluas lagi. Baguslah!

Good initiative should spread to others. The more the merrier! 

Jom Kita Pi Pasar!





78 comments:

  1. Good initiative dapat jugak buat tambah-tambah lauk dengan kupon rm20

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dan juga dapat lebih berjimat bila beli lauk =)

      Delete
  2. betul tu, walaupun rm20 tapi bolehla dorang beli lauk lebih siit rharitu, ayam ke kan :)

    ReplyDelete
  3. wah baru tahu tentang kewujudan kupon nih

    ReplyDelete
  4. jom jom..kita membeli di pasar..mana tau rezeki dpt kupon rm20 tu.. ;)

    ReplyDelete
  5. Bagus na program program gini bantu rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang aim utama bantuan kpd rakyat =)

      Delete
  6. Japgi ada la tu acik-acik wawang cakap "eleh setakat RM 20 je, baik tak payah"
    huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, kita jawab balik "cik wawang nk bg ke RM20 tuuuuu" hehe

      Delete
  7. saya pun suka pergi pasar. Best! barang basah semuanya fresh.. murah

    ReplyDelete
  8. Bgus de program sebegini. Dpt membantu yg memerlukan

    ReplyDelete
  9. Bagusnya program ni. Tambahan pula kebanyakan harga barang mahal, bila ada program macam ni sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak-mintak harga brg pun dpt diturunkan berperingkat

      Delete
  10. kalau shopping barang dapur boleh tahan jgk sekarang nih harga..kalau dapat kupon tuh..boleh la jimat RM20.

    ReplyDelete
  11. Pertama kali dengar program macam ni ni...xbiasa dengar g pasar ada kupon

    ReplyDelete
  12. Bestnye walau rm20 sangat mmbantu bagi yg memerlukan

    ReplyDelete
  13. program yang menarik ... RM20 tu membantu menjimatkan belanja dapur sekurang-kurangnya ...

    ReplyDelete
  14. Kupon RM20 tu pun boleh beli macam-macam di pasar tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye CN, sekurangnya lps jugak ayam sekor & sayur

      Delete
  15. Seronok pergi pasar, sayur-sayur segar lagi dan lagi seronok kalau dapat kupon cenggitu.. :)

    ReplyDelete
  16. Jom kita pi pasar. Menarik program ni

    ReplyDelete
  17. semoga diteruskan utk golongan kurang kemampuan

    ReplyDelete
  18. Wahhh bestnyaa dapat kupon. RM20 pun boleh beli macam macam.

    ReplyDelete
  19. Inisiatif camni sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat jugk 😊

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. Lepas la juga beli ayam sekor & sayur

      Delete
  21. Terbaiklah WP sure mengembirakan hati surirumah

    ReplyDelete
  22. Bagus program sebegini untuk membantu rakyat. Sedikit sebanyak ada juga bantuan yang dihulurkan kan :)

    nway, Nurul, jemput join giveaway dan segmen Siqah jika ada kelapangan :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  23. RM20 nampak sedikit tapi bermakna kan :)

    ReplyDelete
  24. Untung rm20 macam-macam boleh dapat di pasar. Macam mana nak tahu sama ada kita terpilih mendapat kupon ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke pasar yg terlibat, 150-300 pengunjung yg register dpt

      Delete
  25. Bagusnya program ni... RM20 pun besar gak nilainya.

    ReplyDelete
  26. Zaman sekarang, pasar pun harga kemain kan... Kalau dapat kupon RM20 tu kira syukur laa.. dapat la beli sayur. Buat makan tengah hari.

    ReplyDelete
  27. Setuju sgt. Rezeki iti walaupun sedikit mmg sgt membantu ..

    ReplyDelete
  28. wpn x byk tp atleast dah suku perbelanjaan...dah memadai

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah..membantu juga pada yang memerlukan

    ReplyDelete
  30. Syoknya pi pasar dapat kupon rm20 ni

    ReplyDelete
  31. esok pergi pasar dapat tak duo puluh hengget tu? hihi

    ReplyDelete
  32. Jalan-jalan membeli belah di pasar dapat kupon RM20, Mestilah nak, boleh menambah barang belian... huhu!

    ReplyDelete
  33. Akak suka pergi pasar. Pastu pilih2 sayur. Dpt pulak kopon. Lg best weii.

    ReplyDelete
  34. Jom Sha lanjer kak ana pii pasar :)

    ReplyDelete
  35. Kslau sy org sana pon akn rasa gembira dapat baucer rm20. 1ari p pasar dah dpt jimatkan wang perbelanjaan.nmpk kecik tp sgt besar di mata mereka yg susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, kekadang benda kita nampak kecik mcm ni, impak besar kpd org lain

      Delete
  36. Alhamdullilah Masih ada yg prihatin

    ReplyDelete
  37. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  38. RM20 daging setengah kilo pun dah lepas tau...banyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Balance boleh topup sayur pulak

      Delete
  39. Kalau dibelanjakan dgn betul, besar nilai RM20 tu kan.. :)

    ...

    ReplyDelete
  40. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  41. Good info. Baru tahu pasal program ni.

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88