-Lifestyle-Food-Travel-

Power Menggoreng

Hai. Cerita dimulakan dengan meter TNB. Ada sesiapa yang tahu tak macam mana nak mintak tukar meter TNB baru? Sebab aku nak yang baruuuuuuuuuu.


Sebenarnya, bak kata kakak aku, sama je ko dapat meter baru mula bacaan 000 dengan meter recon ni. Ko mengada je nak tukar yang baru padahal fungsi sama je. Kat taman tu, dalam 180 bijik rumah, 20 bijik rumah je rezeki dapat rupa ni. 

Bayar deposit meter sama je, full jugak. Agak-agak call TNB mintak yang baru makan penampo tak? Haha :D



Nasib hari ni hari last bengkel aku. Benda yang paling 'azab' konon masa bengkel benda kat atas tu.

Makanan.

Ko tengok cara-cara urusetia bagi peserta makanan. Ala-ala kenduri kan? 😁. Memang punah diet tak boleh tolak nasik aku ni. Menu sedap, lauk berjenis. Air sirap sejuuuuuuk. Balik tu  tetiap hari janji dalam diri nak jogging. Harapan sungguh!

Nak kena taubat nasuha ni baru insoffff nak jaga makan. Kihkih. Lagi best, kat HQ aku ni tetiap hari Selasa ada jualan Puspanita kat bangunan KBS. Hari Selasa tu aku boleh borong beli kek lapis Sarawak & kerepek pisang. 

Padahal tengah bulan ni. Esok aku telan biskut kering cicah teh o je la gamaknya 😩



Sambung pulak promosi kolej hari Rabu lepas. Tak jauh pun pergi, sekolah berdekatan kolej, jalan kaki 10 minit dah sampai. 

Bagus cikgu-cikgu sekolah ni panggil IPTA buat promosi program pengajian kepada pelajar. Ikut feedback yang aku dapat sepanjang terlibat dengan promosi kolej ni, ramai pelajar sekolah ni tak alert dengan pelbagai pilihan untuk sambung pengajian lepas tamat sekolah. Yang diorang tahu, universiti (of course lah kan, sape je tak tahu universiti?), Politeknik. 

Padahal laluan untuk sambung belajar lebih luas daripada itu. Kita ada Giat Mara, ILP, KKTM, Kolej Komuniti (of course kena promote :D) dan banyak lagi. Dengan adanya Karnival Hari Kerjaya dan sewaktu dengannya, baru boleh banding apa benefit yang dapat, kan?


Kakak tak tahu kakak goreng ape dik. Tapi yang pasti kakak terer menggoreng. Goreng kakak takde minyak, dijamin sihat 😉


Sebenarnya, aku salute sungguh dengan cikgu yang arrange Hari Informasi & Kerjaya sekolah ni. Timing student datang cantik je. Sentiasa ada crowd sebab kelas dilepaskan untuk meronda di kawasan pameran berlainan masa. Jadi student silih berganti datang.

Booth pameran aku kena serbuuuu weh sebab cikgu dah promo habis. Dekat dengan kawasan sekolah, yuran murah dan paling penting, lecturer comel! 

Eh, haha 😁.


Kakak goreng lagi. Kali ni goreng masuk gear 2. Kita kasi rentungggg.

Bagi pendedahan dunia selepas sekolah ni best. Sebab dari situ kita boleh polish skill menerangkan dengan jayanya, dan rasanya aku asah skill bercakap dengan student sekolah hasil dari program macam ni.

Budak-budak ni pun sebenarnya bukan nak tahu sangat, kadang-kadang tu singgah sebab ikut kawan je. Tapi itu yang manisnya bila ko berjaya attract those kid to stay and layan ko merapu. Siap diorang panggil kakak cikgu jugak tau! Iols is very sukaaaaaaaaa =)

Rupanya ramai lagi yang tak tahu kolej komuniti dah ada 100 kolej dalam Malaysia? Eh, promote lagi, hiks.



8 comments:

  1. mungkin kena beri 1001 alasan baru dpt meter br tu kot hahaha

    ReplyDelete
  2. budak-budak memang macam tu, polos dan layan ja apa yang kita bagitaw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tapi ada yg pandai soal jawab. =)

      Delete
  3. lama cikgu tak beraksi dlm blog.. hehehe welcome back. meter umah mmg mcm tu xpernah lawa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letrik rumah x pernah guna pun meter dah ribu riban, stresss

      Delete
  4. "...Kakak Cikgu..." rasa muda sekejap kan... hikhikhik

    Rezeki sekolah & anak2, moga terus sukses sis!

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)