SweetMuslimah.com

Friday, April 27, 2018

# Personal

Kereta Orang Lain

Semalam aku pinjam kereta Eja buat pergi kerja. Kereta aku entah apa masalah, mintak duit lagi, macam tahu-tahu je tuan tanah baru masuk gaji bulan ni 😅.

Sebenarnya, kereta aku tu lama dah ada bunyi-bunyi pelik dekat dashboard / stereng bila lalu jalan berlubang. Lalu jalan yang ada printed line lagilah bergegar habis stereng sampai naik ke badan kereta. Mula-mula boleh tahan lagi, jadi aku pun bawa kereta slow-slow, brake bila lalu printed line biar kelajuan kereta 40km/j saja.

Tapi mana tahan beb, sebab sakit badan bergegar teruk tu. Aku pula setiap hari berulang dari rumah ke pejabat 100km pergi balik. Banyak masa dalam kereta, stress dengan jalan yang jem teruk tambah pula condition kereta hampeh. Memang mengundang amarah wanita betul kat pejabat. 


KL selalu sangat hujan lebat petang hari. Seram hujan lebat KL sekarang 😭

Mula-mula ingat masalah absorber. Absorber mati ke? Sebab bergegar luar biasa tu, macam dilanda gempa bumi. Tapi bila check, ok semua. Takde leaking, spring ok lagi. So tolak tepi absorber.

Malas nak fikir lagi, aku hantar je ke bengkel kereta berdekatan kedai dobi abah. Mudah untuk abah tengokkan dan lagi pula abah dah kenal lama dengan owner bengkel tu. Sebelum ni pun servis kereta abah kat situ juga. Epa pun servis aircond Saga kat situ juga. Apa lagi? Mintak tolong abah hantarkan semalam juga dan aku? Pinjam kereta Eja lah jawapannya!

Petang bila balik, aku dah spare RM200 kut banyak yang kena ganti. Entah cukup ke tidak ni dalam fikiran aku. Gigil tangan masa cucuk duit sebab bulan ni bajet aku agak tight. Bulan ni lah kena renew roadtax & insurans kereta, bulan ni juga mula potongan gaji rumah, bulan ni juga nak travel ke Acheh kena tukar duit ke Rupiah. Rasanya kali ni betul-betul aku bawak biskut kering cicah teh o kat opis. Pasti😂!

Technician bagitahu yang ada skru yang hilang rupanya dekat stereng shaft tu yang berbunyi-bunyi stereng aku bila lalu jalan tak rata. Dia carikan skru baru, ganti dan adjust stereng sebab stereng aku pun luar biasa longgarnya. Lepas tu buat alignment. Bila test drive, Alhamdulillah tetiba rasa macam bawak kereta baru! Kahkahkahkah. Hilang terus niat nak tukar kereta baru. 

Bengkel charge kat aku harga murah, sampai aku tanya 10 kali. Betul ke harga tu tokey? "Haiyaaa, u biar betul tokey? Murah sangat ni" sambil nak keluarkan dompet.  Poyo. Hahaha.

Mudah mudahan murah rezeki lagi ya tokey =)

Orang Beranang tahu kut bengkel ni. Dekat Kesuma Lakes kawasan kedai 3 tingkat sebaris Dobi Nadia. Boleh pergi situ, servis kereta ok sangat.


Ni gambar masa bateri kereta tunjukkan tanda nak kong. 6 bar minyak tapi anggaran km hanya 66km. Biobax Cool Theraphy spray berangin untuk legakan lenguh kaki sebab jalan asyik jem jangan dilupakan. Harus ada dalam handbag ya!

Bila dah biasa dengan kereta sendiri, tiba-tiba ko bawa kereta orang rasa lain kan? Macam aku, sehari je pakai kereta Eja, kereta adik sendiri jugak tapi entah lain macam. Bawa kereta pun tawaduk sungguh okey, 80km/j saja pergi dan balik. Kahkahkah. Aku pun terkesima dengan tekanan kaki aku pada pedal minyak ni. Dah kenapa behave sangat? Kalau kereta sendiri sedap je tekan sampai 100km/j tak sedar. 

Balik kerja singgah Petronas isikan minyak Eja sikit. Dah pakai pandai-pandailah tolong topup balik, ye tak? So singgah Petronas. 

Beratur dalam 5 minit sebab tunggu pam sebelah kiri free. Tapikan. Baru ingat. Kereta Eja tangki masuk minyak dia sebelah  KANAN! Kahkahkahkah😂. Apa ke sengalnya tak perasan ini bukan kereta ko, ini kereta orang lain!

Siapa lagi yang selalu tertipu dan confuse bila bertukar-tukar kereta macam ni?


Kereta dah okay? Tadi kata ada RM200 kan? Mehlah mentekedarah McDonalds 😋


4 comments:

  1. Murah atau mahal, kita sebagai manusia tak buleh lari dari komplen kan... Hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan komplen yang, ini puji, hehe =)

      Delete
  2. bla dpt murah x caya pulak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious x percaya sbb over murah. Rupanya ada yg tokey bg free service, x charge

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88