SweetMuslimah.com

Thursday, April 26, 2018

# food # Tempat makan best

Akhirnya! Dapat Juga Cendol Durian Sedap di Seksyen 24, Shah Alam

Aku pernah cerita sebelum ni yang nak makan cendol durian. Cendol durian paling sedap yang banyaaaaak isi durian, tak kisahlah durian jenis apa, D24, Musang King, durian kawen, tak pun durian kampung. Tak kisah! Asalkan durian dalam santan gula melaka dan cendol yang melimpah ruah dalam mangkuk. Ya Allah, nikmat dunia! Dan baru-baru ini baru dapat mengulang makan cendol durian sedap di Seksyen 24, Shah Alam!
 

Hari Isnin hingga Rabu lepas aku sertai Kursus SEO di CIAST Shah Alam. Kebetulan mohon kursus ini, ingatkan tak dapat sebab tarikh kursus dah dekat, keputusan tak tahu dapat ke tak. 

Pagi Isnin bertolak dari Beranang. Sebelum pergi lagi dah fikir nak makan apa bila menumpang tidur kat Shah Alam ni, haha. Tahun lepas masa celebrate birthday abah kat Bentong, dah angan-angan nak makan Durian King. Murah agaknya kat Bentong sebab pokok durian king banyak gila kut kat sana. Tapi kecewa sebab harga kat Bentong dengan harga durian KL sama je mahalnya. Jadi kita tak boleh kecewa lagi. Sebab You Never Walk Alone, sampailah ke sini.

CENDOL DURIAN SEDAP DI SEKSYEN 24, SHAH ALAM

Gerai cendol durian sedap di Seksyen 24, Shah Alam

Gerai cendol yang aku makan ni terletak di Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam. Dari rumah makcik aku di Kampung Jawa ke sini ambil masa dalam 15 minit je. 

Sebenarnya kalau google Cendol Sedap Shah Alam, ada je tempat lain. Tapi aku cari tempat yang paling dekat, senang nak drive tersenguk kalau dah over kenyang! Hahaha. Dan lagi, kat sini ada berpuluh menu cendol! Ko tengok je lah menu kat atas signboard tu. Tapi aku tak pandang lain, pandang cendol durian je. Sementara durian tengah ada ni, ye tak? Esok dah takde baru kita cuba menu lain.


Geng makan durian.

Makan cendol durian sedap di Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam

Cendol durian tembaga dan durian kawen di Seksyen 24 Shah Alam

Please dont screaaaaaaaam

Kami order 2 cendol durian tembaga dan 1 cendol durian kawen. Harga?

HARGA CENDOL DURIAN SHAH ALAM

Jangan terkejut ya kalau tahu harga cendol tu. Dan sebenarnya kan, aku pun terkejut bila nak membayar, hahahaha. Tapi disebabkan teringinnya mengalahkan orang mengandung, bayar sambil pejam mata je lah.  Alhamdulillah, harga setimpal dengan rasa. Sedap! Durian besar sampai 3 ulas macam dalam gambar atas. Durian sedap gila! Lembut berkrim, bila dah lenyek dalam cendol tu laaaagi sedap. 

Cendol durian tembaga RM21(b) / RM18(k)
Cendol durian kawen RM23(b) / RM20(k)

Cuma 1 kekurangan, diorang isi kuah santan tu over, penuh mangkuk. Nak kacau gula melaka tu susah nau. Yang lain ok. Tapi next time nak cuba tempat lain pulak. Seksyen 7 barangkali?

Rojak di Medan Selera Delima Seksyen 24 Shah Alam

Dah habis makan, rasa perut macam boleh sumbat makanan lagi. jadi kita order rojak sotong pulak. Presentation wise.


Skill bergambar elak reporter

Rojak di Medan Selera Delima Seksyen 24 Shah Alam

Presentation wise, tak semestinya rasa tip top ye anak-anak. Bagi aku, rojak dia kurang kick, kuah kacang pekat tapi kacang kurang. 

Patutnya makan rojak ni, macam makan pasemboq jugak. Meriah dan kuah kacang sedap. Okeh, meriah tolak tepi sebab nak meriah harga pun kena meriah. Tapi kuah kacang tidak! Pada pendapat aku lah, kalau dapat kuah kacang banyak, pekat manis pedas. Padu. Ya Allah, nabilah tak kuat Ya Allah.

Nak try makan cendol durian sementara tengah ada durian ni, boleh waze ke:

Medan Selera Delima Seksyen 24 Shah Alam.
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, sehingga jam 12 tengah malam.


2 comments:

  1. sy ke sini bln 11 thn lps... ms tu durian tgh mahal so mkn cendol murah je laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni saja je nk mkn cendol durian. Lps kempunan katanya, hehe

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88