Airbnb melancarkan Pengalaman bertema Songkran buat julung-julung kalinya
Kuala Lumpur, 4 April 2018 - Hari ini, buat julung-julung kalinya, Airbnb melancarkan Pengalaman Airbnb Songkran eksklusif untuk bulan-bulan menjelang perayaan Songkran (19 Mac hingga 15 April). Sepanjang bulan ini, komuniti tempatan di Airbnb merancang untuk membangkitkan semula keajaiban dan tradisi di sebalik festival yang paling diraikan dan meriah ini menerusi pelancaran “Pengalaman Airbnb Istimewa Songkran”. Di sini, warga tempatan dan pengembara dapat bertemu dan menyelami aktiviti-aktiviti asli Songkran yang biasa diraikan.
Dengan anggaran lebih 35,000 ketibaan tetamu (peningkatan 20% berbanding tahun lalu), Songkran nyata kian meningkat popular di serata dunia. Festival ini merupakan satu perayaan yang diraikan di negara Gajah Putih, di mana warga tempatan berkumpul untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada warga tua mereka, serta melawati kuil untuk upacara persembahan dan pemujaan, termasuk menyiram air ke patung Buddha demi tuah dan kemakmuran untuk tahun berikutnya.
Pengembara kini dapat menyertai sambutan ini tahun ini, dengan menempah Pengalaman Airbnb yang bukan sahaja bersifat asli, tetapi juga berpeluang mempelajari daripada Hos-Hos Pengalaman mengenai Thailand semasa Songkran dan mengambil bahagian dalam ritual tradisional yang diamalkan oleh warga tempatan.
Bagi warga Thai tempatan, jika anda mempunyai minat untuk menjadi hos dan berkongsi pengetahuan dan minat anda tentang Thailand, anda juga boleh menjadi Hos Pengalaman Airbnb!
Petikan daripada Sriram Vaidhya, Pengarah Jabatan Perjalanan bagi Asia Tenggara dan India, Airbnb
“Kami menyaksikan pengembara kembali ke Bangkok setiap tahun untuk mencari pengembaraan alternatif semasa Songkran, sama ada pengembara solo mahupun bersama keluarga atau rakan. Selain pilihan untuk tinggal di penginapan unik, para pengembara juga mempunyai keinginan untuk menikmati sesebuah bandar daripada kaca mata warga tempatan. Pengalaman Airbnb ialah cara yang sangat baik untuk membuka peluang ekonomi buat rakyat tempatan, dan telah muncul sebagai satu platform untuk orang ramai menjana pendapatan daripada minat dan bakat mereka. Aset terbaik kami ialah masa dan potensi, dan Pengalaman mempunyai cara untuk memanfaatkannya.”
Berikut ialah beberapa contoh untuk memberi anda sedikit idea tentang apa yang boleh dijangkakan daripada Pengalaman Songkran Thai:
![]() |
Traditional Thai Dance (https://www.airbnb.com.
Touch of Traditional Thai Recipe (https://www.airbnb.
Alami pengalaman Songkran tradisional dengan memakai pakaian tradisional Thai dan mempelajari lagu dan tarian Thailand yang dimainkan sepanjang Songkran (oleh hos tempatan yang telah mula menari sejak berumur 3 tahun!) |
Sejak pelancarannya setahun yang lalu, Pengalaman Airbnb telah membolehkan orang ramai mempelajari kemahiran baru dan menyelami pengembaraan baru bersama pakar tempatan yang berkongsi minat dan hobi mereka, dan dalam aspek ini - lebih memahami budaya dan tradisi sebuah festival yang diraikan di peringkat negara. Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 5,000 pengalaman merentasi 60 destinasi global, dengan sasaran untuk 1,000 bandar menjelang penghujung 2018. Bangkok merupakan antara bandar Pengalaman yang paling popular di Asia Pasifik, dan siri Pengalaman bertemakan Songkran ini dilihat bakal membawa lebih banyak pengembara ke Bumi Gajah Putih ini!
wow menatik yaa :D
ReplyDeletefollow sini #487
Banyaknya aktiviti yg best masa songkran ni ye
ReplyDelete