-Lifestyle-Food-Travel-

297 km

Sabtu lepas kawan aku sejak dari zaman matrikulasi bersambung ke zaman uni, kahwin. Alhamdulillah, bertemu pilihan hati, dekat-dekat kampung sendiri jugak jodoh kawan aku tu.

Cuma aku lah jauh nak datang! Tapi ada aku kisah?

Janji nak datang tu lama dah buat. Masa mula-mula Pah (kawan aku nama Afifah, panggil Pah. Cliche) call tetiba. Konon-konon salah call. Aku dah agak, there's must be something wrong?

Tapi member tak nak bagitahu beb. But I just know. Kah.

Lepas tu aku pulak main kata salah call. Strategi sama, dan berjayaaaaaa. Hahaha.

Pah dengan aku dulu dah semacam twin eventhough kaler kulit kami macam langit dengan bumi. Lain course, tapi aku la selalu melepak bilik dia. Kolej pun lain okeh, kolej aku masa kat UTM kat atas bukit nun. Kolej Perdana lah katakan. Haruslah atas kayangan.

Pah Kolej 10. Bawah bukit nun. So setiap kali aku nak melepak bilik dia, aku akan berjalan kaki turun bukit lalu court futsal ke Kolej 10.

Please lah ada budak UTM yang baca boleh paham. Haha.

That time, Pah ada motor, aku ada kaki. 



Nak outing pegi Taman U? Tengok wayang? Karaoke jamban? Makan kepci? Pegi kerja part time kat Jusco yang bayar RM4/jam tapi diorang tak bayar full masa kita kerja tu?

Semua aku tumpang motor Pah. Hehe.

How I miss those moments. Tapi miss-miss pun, lepas habis belajar terus tak contact! Cis. Aku dengan ke seberang laut, Pah stay Pontian. 

Tapi hari kejadian hari Sabtu, anak buah aku dengan kakak aku balik rumah. Aku ni, kalau anak buah ada kat rumah memang sejenis malas nak keluar, walaupun baju & tudung dah gosok!


Dah fikir dah nak datang majlis belah lelaki je pulak sebab ada budak-budak ni kat rumah. Fikir punya fikir akhirnya....

Pergi jugak aku ke Pontian!

Dah janji dengan bestfriend kan? Apelah aku ni, janji harus ditepati bukan dicapati! 

'Jemputan walimah kita harus tunaikan kecuali jika ada hal yang menghalang, betul tak?'

Jam 11 pagi baru bertolak dari Beranang, singgah Senawang ambik kakak aku dan shoot terus ke Pontian.

'Agak-agak berapa jam nak sampai ke Pontian dari Beranang?'

Dalam pukul 3 baru sampai Pontian. 297 km, aku bawak macam orang gila dengan Myvi tahun 2012 tu. 

Now I know why Myvi orang selalu panggil supercar! Kah. Ini kalau bawak kereta lain mau terbang aku kerjakan.


Sampai Pontian sesat barat. Sepanjang jalan tu, adalah dalam 3 bijik kenduri yang aku jumpa. Jadi satu hal pulak terteleng kepala aku nak tengok bunting muka pengantin. Kang main terjah je dah semput perut makan baru tahu salah rumah naya ja.

Banyak betul parit kat Pontian ni ye? Aku waze Parit Semerah, waze ni bawak aku masuk Jalan Haji ape entah. Kuang ajo ko kan Waze!

Nasib manusia ni pandai lagi tau! Aku masuk ikut instict, baca nama jalan. Dah hampir-hampir nak sampai, aku call Kak Jannah, kakak pengantin. 

Syukurlahhhhh Kak Jannah still ingat aku yang kulit tebal selalu lepak bilik diorang kat Kolej 10 tu. Ko bayangkan Pah takde kat bilik tak balik kuliah lagi pun aku boleh stay bilik dia tunggu dia balik? Muahahaha.



Sampai rumah pengantin dah settle makan beradap semua. In fact tengah bergambar sementara tunggu nak outdoor photoshoot je.

Alhamdulillah sempat jumpa. Cantik sangat pengantin! Tapi ko ingat ye Pah, lepas ni turn aku ko duduk kat Antartica pun kena datang ya! Nak fly macam Batman pun aku tak kisah! Yang penting tunjuk batang hidung! Hahaha.


Settle makan, pengantin dah keluar outdoor photoshoot. Hari pun dah nak gelap hujan, aku pun bertolak balik Beranang. 

297km lagi. The same day. Penat badan weh. Tengah drive pun mengantuk amat.



Berhenti beberapa RnR, dan banyak duit kakak aku mengalir keluar, sebab dicukai anak dara dia. Kekadang aku rasa, travel ni habis duit bukan kat minyak dan tol sangat tapi habis kat makanan anak-anak. Nasib laaaa, hehe.

For Pah, welcome to the new phase of your life. Congratulation, and I couldnt ask more other than your happiness =)

And korang, next time kalau dah tahu nak jalan jauh, keluar awal pagi okeh! Next time aku nak keluar pukul 7 pagi!

Mohon doakan!

6 comments:

  1. budak2 mmg seronok kalau dapat jalan2..berhenti kat RnR tu satu kemestian utk rehat dan regangkan otot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Setiap kali berhenti mesti mintak macam-macam. Beli air kat kedai 1, singgah kedai 2 mintak air lagi. Pengsan.

      Delete
  2. Jauh perjalanan tu.... tahniah Pah.. cantik dieeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh, mau 600km sehari jugak. Balik terus fengsan :D

      Delete
  3. selamat pengantin baru utk mempelai...sy dah penah rasa sesat barat msk parit tu keluar parit ni...mmg penat giler wpn guna segala mak nenek apps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Signage parit dia mengelirukan. Waze pun surrender

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)