SweetMuslimah.com

Thursday, March 29, 2018

# Lifestyle

Poket Bocor & Bateri Kong. Ada Kaitan?

Yaaaaaaaa, duit poket untuk belanja 2 minggu aku habis dalam masa 2 minit. Yey, poket bocor bulan ni 😭

Sebenarnya, dah lama juga aku perasan yang bateri kereta aku ni macam nak kong. Almost drain gitu sebab ada beberapa kali bunyi cranking pelik masa nak hidupkan enjin. 

Tapi macam biasa, ignore je sebab aku ingat baru setahun lepas kut tukar bateri baru. I like, eh come on la, bateri lama tu tahan 4 tahun kut. Ni baru setahun jangan memain hokay.

Then pagi ni, tiba-tiba meter minyak mula buat gila. Range km perjalanan vs bilangan bar minyak tak tally. Bar minyak 4 bar, tapi range km 50 km ja? Klako. Aku ni baru isi minyak, dah terfikir kut-kut ada bocor pula? Ah sudah, ini bukan setakat poket bocor. Dengan aku-aku sekali bocor. Kahhh 😤

Tapi degil ni, tak nak tukar bateri baru. Jadi aku mintak tolong kawan aku cabut terminal bateri, then pasang balik. Kira konon macam nak reset sistem elektronik kereta balik.

Andddddd, the trick worked! Hehe. Jimat duit aku. Balik petang tu hidupkan enjin tengok 4 bar vs 165km. Baru hang nampak semenggah sikit odometer! 

Sampai Semenyih, singgah kedai abah. Dannnnnnnnnn paling best.

Nak hidupkan enjin langsung tak boleh dah! Mati terus. Kahhhhhhh. Padan muka aku konon nak jimat. Kong terus bateri kereta aku! Terpaksa juga beli bateri baru, and goooooooone my 2 weeks duit belanja 😭

But on the bright side, bila hidupkan enjin, semua petunjuk minyak dan range km perjalanan seems normal. Takdelah sebelum ni dah jalan jauh almost 100km return (pagi-petang) tapi minyak 1 bar pun x turun! Menguatkan firasat aku yang bateri ni memang dah loqlaq!

Kesimpulannya, kalau bateri kereta korang dah  mula tunjuk simptom macam tu, 
- meter minyak & range km tak tally
- lampu malap
- lampu kabin berkelip (tak semua, tapi ni kes kereta aku)

Cepat-cepat bawa pergi SC periksa bateri. Sebab bila bateri dah tunjuk cara-cara nak kong, bila-bila masa je boleh habis. Naya je kalu mati enjin kereta tengah jalan. Masak.

Meter minyak yang normal 

Fuel consumption 18.6km/L untuk Myvi yang 80% pemanduan bandar. Kira ok ke tak?

4 comments:

  1. sakit oo bila jadi perkara-perkara unplan ni. Koyak poket dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrrr, rasanya lepas ni dah kena start tabung kereta.
      Jenuh mengorek duit sebab benda unplanned gini. Huuu.

      Delete
  2. cakap2 orang, sebelum berlaku masalah memang ada hint2.. cuma kadang hint tu kita xpenah tau atau tau tp buat2 taktau... haha kes poket nipis la buat taktau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah itu. Memang nipis poket dibuatnya

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88