Thursday, February 22, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

February 22, 2018
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. 

Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 


Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:


Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale



Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.



Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
 

Tuesday, February 20, 2018

Ye Ke Ada Tips Jimat Masa Lipat Baju?

February 20, 2018
10 cara jimat masa melipat baju? Serius betul tajuk blog aku kali ni. Entah betul entah tidak nak bagi tips jimat masa lipat kain baju yang meninggi menimbun bak gandum di ladang nun! Haha.

 

NGELAT LIPAT BAJU

Aku pernah tengok dalam facebook rasanya yang sekarang ni dah ada mesin yang boleh melipat baju. Yesssssss, LIPAT-KAIN-BAJU gaissss. Bukan basuh pinggan mangkuk lagi dah, tapi lipat kain baju. Even mesin tu ambik masa yang lama bila nak siapkan lipat sehelai baju, it is still an invention yang mengambilkira 'keperluan' kita zaman sekarang. Ye tak? Aku ni tunggu je mesin tu jadi lagi compact, lagi murah dan yang paling penting lebih cepat lipat baju. Aku sign jadi distributor, biar korang beratur beli dengan aku ya, hahahahahaha :D

Lipat baju. Sejenis kerja yang tak susah, tapi renyah dan akan jadi susah kalau kau seumur hidup tak pernah lipat kain baju sendiri. Jenis pandai order, "mak, seluar takde"  hah, nangis sikitlah bila kau kena hantar masuk asrama. Atau pertama kali merantau duduk rumah sewa, kena basuh kain guna tangan dulu sebab rumah sewa kau kosong tak ada perabot. Dan lepas tu kau kena lipat sendiri kain baju tu. Untung kalau dapat rumah sewa ada mesin basuh ni, ye tak? Kau dah terlepas seksa menenyeh kain dalam toilet, tapi selepas itu belum pasti. Kah. Aku la tu.

Itu belum lagi bila kau sejenis bila lipat baju, tapi lepas tu kau tengok kenapa sama je baju kau macam tak lipat? Baik tak payah lipat kan? Kita biar je dia menimbun. 
10 cara jimat masa melipat baju

Ini entry tahun 2015: http://www.nurulshahira.com/2015/02/cerita-lipat-kain-baju.html. Jemput baca kalau berminat ya. Tapi kauorang tengok kain baju tu, hebat tak aku longgokkan kain main humban masuk je dalam beg baju bawak balik kampung? Selain humban saja, nak tak aku share 10 cara jimat masa melipat baju?

10 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU


1)  Hantar ke dobi

Ye, ini tips jimat masa melipat baju paling agung yang paling digemari. Selain rumah kau tak berkecah dengan baju, kau pun akan rasa senang hati tak perlu tengok semua kain baju bersepah ni. Sangat jimat masa dan tenaga, nak-nak pula wanita bekerjaya yang dalam masa yang sama nak mengurus rumah pulak. Penat weh!

Tetapi macam biasa, cuma perlu sediakan duit lah ya. Nak lagi jimat masa, kau hantar kain baju kau pergi dobi siap pakej basuh, kering, lipat. 

2) Upah orang lipat kain baju

Tahu tak sekarang dah ada perkhidmatan lipat kain baju dari rumah ke rumah. Tinggal sediakan duit, dan kau boleh panggil servis tersebut ke rumah untuk settlekan kain baju. Bayaran dikira perjam rasanya.

3) Lipat depan tv

Ini best, selalu memang aku lipat kain baju depan tv sebab nak elak mengantuk. Memang tak rasa penat sangat, dan tak terasa kain baju tu banyak. 

4) Asingkan kain baju

Kadang kalau aku super malas, tapi terpaksa juga lipat kain baju, aku buat macam ni. Asingkan siap-siap kain baju dengan pakaian dalam. Pakaian dalam 1 bakul, haaa tuan punya tu korang cari lah sendiri dalam bakul tu. Yang lain takpe aku settlekan lipat.

5) Guna penyangkut baju

Lagi jimat tak payah lipat kain, guna je penyangkut baju untuk lipat baju-baju tu semua dalam almari.

6) Lipat sikit-sikit tetapi kerap

Kalau lipat sekali banyak menimbun memang buat sakit dada. Apa kata setiap kali selepas kain kering terus lipat. Sikit-sikit lama-lama kain tak membukit :p

7) Lipat bila anak tidur

Budak-budak ni memang ada potensi suka punggah balik kain yang kita dah lipat, ye tak? Kadang tu kita lipat, dia buat main pulak alih-alih sampai baju tu terbuka balik lipatan dia. Apa nak buat? 

8) Lipat kain sama-sama

Apa yang penting? KERJASAMAAAAAAA........
Ajaklah adik ke, kakak ke, suami ke. Anak ke. Two-is-better-than-one :)

9) Lipat atas meja sambil berdiri

Macam kelakar, tapi its work tau! Beza betul prestasi kelajuan kau bila lipat kain sambil duduk atas lantai dengan lipat kain atas meja sambil berdiri. Aku dah selalu buat lipat kain atas meja, lagi laju dan kurang sakit belakang. Guna meja makan laaaa, besar.

10) Beli mesin lipat kain

Ini, kalau ada kat rumah?
Untungla.


Ada lagi tips yang kauorang amalkan supaya dapat jimatkan masa lipat kain baju? Share please :)







Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (13) food (112) Lifestyle (85) Personal (80) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *