Thursday, January 4, 2018

# Lifestyle

Beratur yang Memenatkan | Permohonan Rumah Selangorku

Baru rasa best nak update blog bila blog dah ada rupa semenggah ni. Hari ni rasanya puas godek blog, tengok coding, nak besarkan font itu, pekatkan font ini, itulah inilah. Rasa-rasa bila dah start edit blog, jadi obses pulak. Kahkah. Gila berangan macam hebat, padahal nak edit sikit google tutorial. Buat ini sikit google tutorial.

Tapi yang penting dah serupa semenggah selepas berapa tahun? Setahun ke? Aku tak aktif blogging. Cerita banyak sangat, gambar pun penuh sampai habis memory tapi semangat hilang aduhai. Habis income adsense kita. Eh!

RUMAH SELANGORKU

Iye, tajuk atas tu tak salah. Memang aku pergi beratur untuk cuba dapatkan Rumah Selangorku baru-baru ini. Terbaru Rumah Selangorku ditawarkan di Ecohill, Semenyih berharga RM100,000 sahaja. Dan sebenarnya, aku ni tukang beratur tukang cop tempat dalam barisan je. Sebabkan, kalau korang nak datang untuk event-event macam ni, harus datang beramai-ramai. Sebab apa aku cakap macam tu?

Hah, meh aku cerita!

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih 
 
Senarai Rumah Selangorku yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor boleh didapati dari Portal Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Aku NASIHATKAN (siap huruf besar lagi melambangkan betapa pentingnya perkara ini, haha :D) untuk korang buat dahulu permohonan secara dalam talian di LPHS dan pilih senarai rumah-rumah yang dirasakan sesuai dengan bajet korang, sebelum terjun walk-in ke event-event macam ni.

Sebab apa? Masa aku pergi beratur macam nak rak, ada kaunter express untuk pemohon yang berjaya mendaftar di LPHS. Tak payah beratur, ko datang terus ke kaunter ekspress. Kiranya korang bas ekspress, yang beratur panjang-panjang macam dalam  gambar kat atas ni naik bas lompat-lompat.

Aku pun salah satu manusia dalam bas lompat-lompat tu T_T

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Orang Semenyih yang selalu beriadah kat Ecohill ni mesti tahu betapa jauhnya barisan orang beratur, semata-mata nak dapatkan Laporan CCRIS. 

Adik aku sebenarnya yang nak cuba nasib beli Rumah Selangorku ni. Dah harga macam ok, RM100k dalam bajet dia agaknya. Aku pun fikir why not cuba kan? Lagi pun rumah ni baru pecah tanah je, lama lagi nak siap. Mahu makan 2 tahun jugak tu. 2 tahun lagi insyaAllah gaji dah stabil (doa-doakan ya :)) 

Jadi pagi Sabtu yang hening pun berangkatlah kami 2 beradik. Sampai Ecohill dalam pukul 9 pagi, barisan manusia dah beratur panjang okayyyyyyyyyyyy. Beratur panjang di barisan nak dapatkan Laporan CCRIS! 

Adik aku pun tak ada lagi Laporan CCRIS. Hampeh! 

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Tengah-tengah beratur tu, borak-borak dengan orang depan macamkan dah kenal lama. Baru tahu juga, untuk pemohon bujang, perlu kemukan bersama Surat Isytihar Bujang, samada dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah. Untuk pemohon yang sudah berkahwin, bawa je kad nikah. Settle. Tapi adik aku memang sadis, dia tak ada juga surat ni. Kahkahkahhhhhhhhhhh. 

Makanya ...................................... Aku beratur di barisan CCRIS yang panjang berjela macam ular kena palu. Adik aku pergi beratur untuk dapatkan pengesahan bujang pula di bangunan sebelah. T_T

Dah. Yang penting, bila korang berminat nak mohon Rumah Selangorku ni, paling penting untuk lengkapkan semua dokumen sebelum datang ke event terbuka begini ya. Jika tidak kauorang bersedialah zahir dan batin untuk berada di bawah mentari pagi, tengahari dan petang. Dan juga bersedia untuk menjadi saksi pergaduhan mulut disebabkan adanya manusia tak bertamadun potong barisan.

Eh, ko pegi lah mana-mana, bila kena beratur macam ni, mesti ada manusia baru keluar dari gua yang tak tahu untuk beratur! Masa aku dah dekat-dekat nak sampai kaunter CCRIS (selepas 3 jam beratur), tiba-tiba datang brader ke kaunter CCRIS ni serang pekerja developer. 

"Ada orang kata dekat saya kat bawah yang rumah dah habis. Betul ke tidak rumah dah habis?"

Buntang mata aku dengar kata rumah dah habis. Gila kau aku beratur peluh menjejes tak sempat nak kering dah tersejat dek panas, tapi rumah dah habis? Memang mendatangkan kemarahan kut!

"Kami tak tahu. Kami hanya ditugaskan untuk kaunter CCRIS ini" - Staf developer

"Tapi ada orang kata rumah dah habis. Kalau rumah dah habis, what for u still collect money here from us?" - Brader

Collect money here sebab RM10 perlu dibayar untuk mendapatkan Laporan CCRIS. Kalau kauorang pergi sendiri ke Bank Negara Malaysia dan print out dari kiosk, baru PERCUMA. Nak percuma sila ke Bank Negara Malaysia! Tapi sebab kau tak pergi, dan kau tak mohon Laporan CCRIS secara online, maka tersadailah kau disini didalam barisan yang panjang gila.

Tengah-tengah bertegang mulut, dan dan tu rakyat Malaysia pun beramai-ramai angkut phone rakam. Kahkahkah. Typical Malaysia. Semua nak rakam. Semua nak viral. Tapi kan bagus juga kebetulan ramai orang rakam. Tengah-tengah bergaduh mulut, ada pula manusia tak bertamadun nak potong barisan depan sekali okeh. DEPAN SEKALI. Ada dalam 3 manusia yang ambik kesempatan dalam kekecohan masuk dari barisan keluar terus ke kaunter. 

Amboi! Ko ingat tak ade orang nampak? Bila orang belakang dah mengamuk marah sebab ko potong barisan, tahu buat muka ketat.

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Yang bulat hitam tu kawasan pembangunan Eco Hill. Aku pun tak tahu kenapa aku bulat tang situ. Nak ajak kauorang jadi jiran aku? Hahaha. Meh la jadi jiran aku. 50 km nak ke PJ. Ekekeke :D

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Antara masalah rumah low-cost. Limited parking space. Ni kira konsep siapa balik awal dia dapat parking dulu.

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

For RM100k, Rumah Selangorku ditawarkan sebesar 810 sqft. Pada aku berbaloi sangat untuk yang sedang mencari rumah pertama. Masa hari kejadian ni pun, ramai juga yang muda-muda datang, aku antara muka tua kat situ. Tapi still tak dapat jugak!  Nampaknya aku tak membantu rupanya dalam mencari Rumah Selangorku, haha. Ampunlah Eja.

Adik aku tak dapat pun rumah ni. Tapi kami dapat pengalaman, insyaAllah next time kalau ada lagi open event, adik aku boleh terus ke Kaunter Ekspress. Jangan lain kali tu dia mintak aku beratur kat Barisan CCRIS lagi sudah. Aku lesing je nanti T_T

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK RUMAH SELANGORKU

Bagi yang berminat untuk cuba memohon Rumah Selangorku, kauorang boleh baca syarat kelayakan dan buat permohonan dalam laman sesawang LPHS dan selepas itu lengkapkan semua dokumen yang diperlukan. Antaranya: 

Pemohon Bujang: 

1) Salinan Kad Pengenalan 
2) Salinan Penyata Gaji Terkini (3 bulan) 
3) Surat Pengesahan Bujang daripada Majikan
4) Salinan Penyata CCRIS 
5) Salinan Bil Air atau Bil Elektrik 
6) Salinan KWSP (jika ada) 
7) Sekiranya bekerja sendiri:  
     - Pengesahan Pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah
     - Surat Akuan Bujang daripada Pesuruhjaya Sumpah

Pemohon Berkahwin:
1) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
2) Salinan Penyata Gaji Terkini (3 bulan) pemohon dan pasangan
3) Surat akuan bersumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
4) Salinan Penyata CCRIS pemohon dan pasangan
5) Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan 
6) Salinan Bil Air atau Bil Elektrik
7) Penyata KWSP (sekiranya ada)
8) Sekiranya bekerja sendiri:
    -  Pengesahan Pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah


Aku macam ejen pulak! Kahkahkah.

Tak adalah. Sama-sama share pengalaman, mana tahu esok-esok berkat kauorang baca entry aku ini, dapat pula beli rumah sebiji. Kan dah berjasa aku pada korang? Tak banyak pun aku mintak. KFC 1 bucket cukuplah hantar ke Tasik Kesuma ya! Hahaha :D

Preparelah semua ni kalau berminat ya!


2 comments:

  1. perghhhh gagah sggh beratur ya.. hmpr sm ceritanya ms sy apply rumah prima thn lps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa jadi gagah sebab adik dah umpan belanja kfc, hehe :D.

      Tapi serius kne kuat fizikal mental kan nk mohon rumah-rumah ni

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @nshahira88