Hi. Ingat lagi mengenai Cabaran Raja Kuah Knorr yang pernah diceritakan sebelum ini di entri ini? Mengenai Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 yang dalam pencarian hidangan berkuah masakan melayu terbaik di seluruh Malaysia?
Haaaaaa, pencarian untuk tahun 2017 ini telah bernoktah apabila seorang pemenang telah diumumkan dalam pertandingan ini yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampus UiTM Puncak Alam pada 4 Disember lalu. Untung orang UiTM Puncak Alam dapat makan percuma masa hari pertandingan tersebut, kan? :)
Pengusaha makanan, Nur Fakhira Mohd Rosli, 27 tahun, mengatasi 19 orang peserta lain di peringkat akhir berjaya untuk meyakinkan para pengadil dan juri untuk dinobatkan sebagai juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2017, cabaran yang mengangkat hidangan berkuah masakan Melayu sepertimana yang digemari rakyat Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi.
Nur Fakhira memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk 2 orang bernilai RM25,000 serta wang tunai bernilai RM15,000 dan hamper sementara naib juara Mohd Sharifudin Saleh, 47 tahun dari Melaka, membawa pulang wang tunai RM 10,000 beserta hamper diikuti pemenang tempat ketiga, Zaleha Idris, 60 tahun, membawa pulang wang tunai RM 60,000 beserta hamper. Manakala 16 peserta lain memperolehi hadiah wang tunai RM500 beserta hamper.

Dengan menampilkan 2 hidangan ayam dan 1 hidangan udang, iaitu Udang Kari Kering, Masak Lemak Tempoyak Ayam dan Ayam Kicap Szechuan, kesemua hidangan kreatif ini menambat hati para juri yang terdiri dari cef handalan!
Hidangan masakan pemenang utama Fakhira (dari kiri) Masak Lemak Tempoyak Ayam, Ayam Kicap Szechuan dan Udang Kari Kering |
Menurut Fakhira, “ketiga hidangan menjadi pilihan saya kerana agak berlainan dari kuisin Melayu dan merupakan gabungan yang bercitarasa sedap serta senang dimasak dalam jangkamasa pendek iaitu tidak melebihi 90 minit,”.
Para juri yang mengadil termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, Cef Budiman Bistari Mohamed serta Dr Ahmad Esa Abdul Rahman, Pengetua Pusat Seni Kulinari dan Pendidikan Gastronomi di Kampus UiTM Puncak Alam yang menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.
Para juri sedang mencuba hidangan masakan peserta Fakhira |
Sejak
diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever
Food Solutions ini memfokus kepada hidangan berkuah terutamanya
seperti kari, kicap, masakan lemak dan rempah lain.
Penyertaan
bagi tahun 2017 ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan syarat utama yang sungguh mudah sekali, iaitu hidangan yang menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam
Knorr.
Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata, “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menaikkan rasa dan selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr".

“Hari
ini amat bererti kerana kerjasama khas UFS ini dengan UiTM yang
merupakan pusat pendidikan utama dalam bidang kulinari. Kami
sungguh yakin dengan pendekatan bahawa dia antara langkah untuk menjadi cef yang bagus harus
bermula seawal boleh, termasuk di tahap universiti".
“Lebih lagi, acara Cabaran Ketupat Rendang Knorr yang berlangsung pada hari dan lokasi sama dengan Cabaran Raja Kuah Knorr akan memberi pendedahan sewajar kepada kesemua 40 penuntut UiTM dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang menyertai cabaran pertama ini.”

Juara Pasukan Kencanaa (dari kiri) Nur Fatin Syahirah bt Mohd Fisol dan Nur Suhana bt Jamaluddin bersama Pengarah Pemasaran Rangkaian Claire Sullivan dan Pengarah Urusan UFS Nusrat Perveen |
Dua
pelajar UiTM iaitu Nur Fatin Syahirah Mohd Fisol dan Nur Suhana
Jamaluddin, masing-masing berusia 21 tahun, menangi hadiah utama tunai RM200
dan hamper untuk hidangan interpretasi mereka iaitu Rendang dan
Ketupat Palas.
“Kemenangan juara Cabaran Raja Kuah Knorr tahun lalu oleh Chef Budiman Bistari Mohamed sungguh bererti kerana beliau merupakan graduan fakulti kulinari UiTM!” Nusrat berkata.
“Kemenangan juara Cabaran Raja Kuah Knorr tahun lalu oleh Chef Budiman Bistari Mohamed sungguh bererti kerana beliau merupakan graduan fakulti kulinari UiTM!” Nusrat berkata.
Nusrat berkata lagi, “Unilever
Food Solutions Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam arena
makanan tempatan, berkongsi kepakaran dan terus membuat inovasi untuk
memberikan kandungan makanan terbaik untuk rakan perniagaan dan
pelanggan kami.
“Dari Chefmanship Akademi berinovatif yang dilancarkan pada tahun 2013 dan melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia – iaitu satu inisiatif pertama di negara ini – sehingga kedua dua acara hari ini, UFS Malaysia akan terus mengukuhkan piawaian tempatan yang diiktiraf oleh rangkaian global kami.”

Unilever Food Solutions ingin berkembang di masa akan datang untuk mencapai 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.
Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!
wow.. mesti dorang nie hebat memasak kan..
ReplyDelete