SweetMuslimah.com

Sunday, April 30, 2017

Dari EFG kepada AFB

Assalamualaikum 

Let's change feed blog. Atau let's feed exchange. Atau pun, in malay, marilah bertukar blog feed. Biasa dengar atau nampak? Pemblogger tegar dan otai, inshaaAllah, mesti tahu lah. Otai lah katakan. Untuk blogger ikan bilis macam aku ni? Yg pv sehari semput cukup-cukup makan aje nak sampai 350. Phewwww. Mesti tak pernah dengar, atau dengar tapi tak tahu nak buat apa.

#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup

#exchangefeedgroup adalah salah satu cara untuk mempromosikan blog. Promosi dari segi macam mana? Feed blog yang terlibat akan terpapar di blog berlainan dalam masa 3 hari. Maksudnya, kalau dalam 1 group tu ada 20 orang blogger, maka feed terbaru dari blog korang akan terpapar selang seli 3 hari di blog A, 3 hari kemudian di blog B, 3 hari kemudian di blog C dan seterusnya sehingga habis pusingan 19 orang. Dan cycle akan bermula semula.



Dengan menyertai #exchangefeedgroup ni, peluang untuk entry post kita dilihat dan dibaca oleh oleh orang lain lebih cerah. Sebab, pembaca setia blogger C mungkin tak pernah pun tahu kewujudan blog korang, tapi bila feed blog korang berada di blog blogger kesayangan, dapat pulak tajuk yang menarik-tertarik-kau-memang-de'-boom, kemungkinan tak untuk entry kita diklik dan dibaca?



Selain daripada bertukar-tukar feed, sesama ahli group juga banyak berkongsi ilmu dan tips blogging. Tips untuk ringankan loading blog, belajar tips seo, jadikan blog kita mesra seo. Apa lagi, semua adalah, sebabnya ahli-ahli dalam group ni memang sangat-sangat mesra, pemurah ilmu, yang ikan jaws jaga dan bantu ikan bilis supaya dapat membesar dengan jayanya jadi geng anak ikan jaws.


Macam hari ni, aku baru aje join #exchangefeedgroup. Baru tau. Tak sampai lagi 24 jam. Tapi, bila mintak tolong dengan blogger +ewento marcello , pemilik Blog Ohsem, untuk repair template blog aku. Supaya lebih mesra-mesra alam gitu SEO. Dan hasil dia? In a blink, 100% dah. Padahal aku sendiri godek-godek, google, seminggu, still tak dapat naikkan rate SEO tu. Nampak tak betapa group ni sangat membantu :). Lagipun admin dia Kak +irra yyan , pemilik blog irrayyan journey tak makan orang pun. Feel free to whatsapp her ^^

Ukhuwah macam ni lah yang dapat menbantu sesama blogger untuk lebih bersemangat dalam berblogging dan memanfaatkan sepenuhnya kebaikan berblogging. Kualiti berblogging meningkat, hati pun senang :)

Kalau ada yang berminat nak jadi keluarga #exchangefeedgroup ni, boleh whatsapp / sms / email no. phone dan alamat email yang tertera pada banner ye. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Kalau malu tinggal. Bai bai bai. Hehehehe :)


- P/s: Hai. Dah petang macam ni, baru aku sempat nak buat 1 entry. Sehari ni, entah tak tahu la apa yang disibukkan. Nak kata sibuk masuk kelas, sekejap aja buat taklimat tadi. Agaknya sibuk makan, sebab tengok atas meja tadi, rupanya aku dah makan megi cup dengan soto ayam. Just for lunch! Pheww. Balas dendam kena bersenam mop lantai semalam? T_T

#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup
#feedblog

Update : 
EFG dah dibubarkan, TETAPI....... kini bertukar kepada AFB. Rebranding gitu. Feed pun dah automatik. Ramai juga kawan baru. Tetapi semangat tolong menolong dan kerjasama tetap TERBAIK!  macam dulu :)

Pada aku, pentingnya sertai kumpulan blogger yg buat kita rasa selesa, baru terasa semangat nak berukhuwah, ye tak? Hehe.

This post ditimbulkan semula seiring dengan anniversary aku dgn EFG, kahhhhhh. Anniversary bagai. :D

To AFB, semoga ukhuwah kita akan berpanjangan hendaknya :)



Baca selengkapnya

Friday, April 28, 2017

Burger Kat Mane? Untuk Pengusaha dan Peminat Burger di Serata Malaysia!

Anda pengusaha dan peminat burger yang sentiasa inginkan kelainan dalam menilai citarasa burger? Pernah tak terfikir supaya ada one-stop-center atau laman web yang interaktif dan inovatif untuk memudahkan kita mencari peluang menikmati burger sedap dan menarik? Hanya klik di hujung jari dan...Burger Kat Mane?


Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;

Laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my  telah dilancarkan secara rasmi dan kini siap sedia untuk menerajui usaha pengusaha burger untuk menaikkan taraf bisnes mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang menarik mengenai laman web Burger Kat Mane? kepada peminat dan pengusaha burger?


Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;
Hadir di majlis perasmian, dari kiri adalah operator burger Mohamad Hazlan Yusop (Lan Burger), UFS Managers Angeline Ho, Nadia and Alessandra



Laman ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk peluang masa kini di mana pengusaha burger berkemampuan mengadakan publisiti serta pos tawaran mereka sendiri kepada pelanggan sambil menjimatkan masa, tenaga dan kos dengan menggunakan kuasa media sosial.


Pengurus Jualan UFS Malaysia iaitu Angeline Ho berkata: “Selain dari ciri B2B, aplikasi unik ini membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dengan ciri ciri mudah guna. Pengusaha mahupun pelanggan senang mendaftarkan diri.

“Pelanggan boleh menggunakan aplikasi canggih ini untuk mengunjungi pilihan burger tempatan atau bereksplorasi mencari sendiri kerana laman ini berdasarkan lokasi berpeta.

“Mereka juga boleh memilih untuk menilai dan menghargai gerai burger kegemaran mereka secara atas talian dan berkongsi pendapat dengan pengguna lain juga melalui Facebook di laman Burger Kat Mane.”

Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;
Pelancaran rasmi BurgerKatMane? oleh pihak pengurusan UFS (dari kiri) - Alessandra Abreu, Marketing Manager Angeline Ho  dan Channel Activation Manager Nadia Mohd Irwan

Dicipta oleh Unilever Food Solutions (UFS) Malaysia, laman web ini dijangka menyediakan pletform bersepadu yang amat diperlukan untuk masyarakat pengendali burger yang dianggarkan berjumlah lebih 10,000 gerai di seluruh negara dan peminat serta pengikut berjumlah berjuta pelanggan burger.


Nusrat Perveen, Ketua Negara UFS berkata: Menikmati hidangan burger sudah menjadi satu gaya hidup untuk ramai rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Pengusaha burger juga sering mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka untuk membuat persembahan burger yang bukan sahaja lazat tetapi unik dalam membezakan dari pesaing lain.



“Selain dari menggunakan bahan-bahan sesuai seperti Lady’s Choice MayoMagic dalam burger dan melalui usaha seperti projek di atas, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan serta menggalakkan penyediaan makanan hebat rasa dengan pengalaman makan yang sahih segar, menarik dan membawa kepada gaya hidup sihat dari sumber-sumber yang mampan.

Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;
Wedding burger yang dipersembahkan dengan penuh kreativiti oleh operator burger Mohamad Hazlan Yusop

“Tujuan kami di UFS: Kami membebaskan cef untuk kerjaya tersayang mereka. Sebagai sebahagian daripada Unilever, iaitu salah satu pembekal terkemuka di dunia barangan pengguna bergerak pantas dengan jualan di 180 negara dan sebagai perniagaan perkhidmatan makanan berdedikasi Unilever, kami menerajui industri dalam menyediakan bahan-bahan makanan inovatif, berkualiti tinggi serta profesional dan perkhidmatan nilai tambah yang dicipta oleh 300 cef professional, meliputi 50 jenis kuisin melalui 200 juta hidangan sehari.
“Unilever Food Solutions adalah sebuah syarikat berinspirasi global terdiri daripada tenaga kerja yang berbakat, profesional dan bersifat keusahawanan serta bekerjasama dengan cef dan rakan kongsi pengedaran setiap hari.
“Dalam budaya positif dan terbuka ini kita mencari inspirasi setiap hari, memberi kuasa kepada pihak majikan dan setaf untuk membuat perbezaan yang lebih besar di setiap peringkat dalam organisasi.
“Dan melalui rakan perkongsian jangka panjang dengan pembekal, pelanggan dan lain pihak berkepentingan, UFS tentu sekali mencapai satu perbezaan,” kata Nusrat.

Pengusaha burger semestinya harus tidak melepaskan peluang ini untuk memasarkan produk mereka ke sasaran peminat yang lebih meluas. Hanya perlu ke laman web Burger Kat Mane? dan terus mendaftar! Peminat burger juga boleh mendaftar secara PERCUMA di laman web dan mencari lokasi-lokasi burger yang berdekatan untuk dicuba!

Highlights info row image03-22462288

Baca selengkapnya

Wednesday, April 5, 2017

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!


Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri majlis Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 yang diadakan julung kalinya di Hotel Pullman Kuala Kumpur. Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions ini memberi fokus pada hidangan berkuah makanan Melayu terutamanya kari, dihidangkan dengan kicap, kunyit dan rempah lain.


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!


Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menaikkan selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr.

“Tahun lepas, kami telah mengadakan buat kali pertama satu cabaran khas yang melibatkan pertandingan di kesemua empat penjuru Semenanjung Malaysia, iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 di mana pemenangnya dinobatkan yang terbaik daripada yang terbaik dalam penyediaan makanan Melayu di seluruh negara.”


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!

Setibanya di ruang legar majlis, pengunjung semua berpeluang untuk mencuba pelbagai masakan peserta yang memasuki pusingan akhir Cabaran Raja Knorr 2016 yang lepas. Aku pun tidak lepaskan peluang semestinya, untuk mencuba semua masakan tersebut. Jom ke sajian enak yang dipertandingkan.


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!
Daging Purba Kuah Karipoley Knorr
Sajian ini adalah sajian pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 yang disediakan oleh En. Budiman Bestari Mohamed. Dalam majlis ini juga En. Budiman ada membuat demo masakan ini. Sangat menarik.


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!
Sotong Pulut Bakar Kuah Kicap Diraja Knorr

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!
Kari Udang Sijantung Hati Knorr

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!
Masak Lemak Ayam Salai Gulai Pucuk Ubi Knorr

Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions yang hadir sebagai tetamu kehormat di acara pelancaran berkata: Unilever Food Solutions ingin berkembang dimasa depan dan kita mensasarkan 800 juta pengguna setiap tahun. Kami berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana kami boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!
Bersama di sidang akhbar ialah dari kiri: Pengurus Pemasaran Malaysia, Angeline Ho; Ketua Negara Malaysia, Nusrat Perveen; Timbalan Presiden Eksekutif, Harry Brouwer serta Timbalan Presiden Asia Tenggara, Ira Noviarti

“Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!
Pengurusan kanan UFS sibuk 'memasak' gambit pelancaran (dari kiri) ialah: Pengarah Pemasaran Rangkaian, Claire Sullivan; Timbalan Presiden Asia Tenggara, Ira Noviarti; Timbalan Presiden Kewangan, Gavin-Van Boekel; Timbalan Pengarah Eksekutif, Harry Brouwer; Timbalan Pengarah Eksekutif Asia, Australia dan Timur Tengah, Star Chen; Pengurus Pemasaran Malaysia, Angeline Ho serta Ketua Negara Malaysia Malaysia, Nusrat Perveen

Unilever Food Solutions Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam arena makanan tempatan, berkongsi kepakaran dan terus membuat inovasi untuk memberikan kandungan makanan terbaik untuk rakan perniagaan dan pelanggan kami,” katanya.

Para juri yang mengadil tahun lalu termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan bloger tempatan yang bersama menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Pemenang dari Kawasan Utara iaitu Budiman Bistari Mohamed dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016, diikuti dengan naib johan Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad dari Pantai Timur, pemenang ketiga Mohd Salehzarin Mohd Saleh dari Kawasan Selatan dan pemenang keempat Raiei Mahidin dari Kawasan Sentral.


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 Untuk Pengendali Masakan Melayu Berkuah!
Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Budiman Bistari Mohamed mengadakan demonstrasi tentang penyediaan makanan resipi ciptaan sendiri

Bagi penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr 2017, cabaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Syarat penyertaan sungguh mudah, hanya sediakan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 20 penyerta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir di Lembah Klang.

Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017:


  • Hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper
  • Naib johan menerima tunai RM10,000 beserta hamper
  • Pemenang ketiga mendapat tunai RM6,000 dan hamper
  • Pemenang saguhati dari 13 tempat teratas yang berikutan menerima tunai RM500 beserta hamper.
Penyertaan boleh dihantar sebelum atau pada 30 September 2017 11.59 malam. Untuk maklumat lanjut, layari Unilever Food Solution di www.unileverfoodsolutions.com.my (klik untuk akses terus ke laman web)

Baca selengkapnya

Followers

Google+